Ingatlah sabda Nabi saw :
“Tidak ada satu penagguhan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seorang. mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah niscaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan”
boleh dirujuk dalam buku rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah (fathi yakan)
menahan kemarahan adalah salah satu latihan yang paling mencabar dalam kehidupan. ini kerana setiap yang berlaku disekeliling kita sekarang ini banyak mengundang kemarahan yang tidak terhingga. bukan bermaksud perlu menahan kemarahan ini sampai bila-bila tetapi cara kita melepaskan kemarahan itu yang sangat diambil kira!
Ini kerana seseorang itu dinilai banyak dari segi akhlak dan budi pekertinya. lihat sahaja cara untuk memilih calon pilihan hati mesti mengambil kira faktor kesopanan. tetapi pelik juga zaman sekarang ini ramai yang memilih kerana rupa.ingatlah ! manusia itu bukan sentiasa kekal dengan paras rupanya kerana muda kemudian tua dan seterusnya.
Nabi saw menjelaskan :
“Sesungguhnya seseorang hamba Allah itu dengan akhlaknya yang baik boleh mencapai darjat yang paling agung di akhirat dan mencapai darjat yang paling mulia meskipun lemah dari segi ibadat. dan sesungguhnya seseorag hamba Allah itu dengan keburukan akhlaknya boleh menjunam ke dasar neraka yang paling bawah”hadith riwayat At-Tabrani
Dalam menghadapi manusia yang sering menyakiti hati disebabkan kelebihan yang kita perolehi sering membuatkan kita marah seterusnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. sedangkan telah digariskan dalam buku yang telah disebutkan di atas bagaimana yang untuk menghadapi orang yang mempunyai hasad dengki ini. perasaan marah ini mesti diubati dengan sifat sabar dan memperbanyakkan solat maksudnya berdoa. cara untuk membalas orang seperti ini perlulah dengan akhlak seorang Mu’min.
Sukar sebenarnya bagi orang yang mengalami. tetapi itu lah kehidupan yang pastinya akan dilalui oleh seorang Da’ie atau orang yang ingin mengajak kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran. Apabila berlaku keadaan sebegini perlu diingat bahawa adakah marah itu menyelesaikan atau menjunamkan kita kepada tempat yang paling bawah.tetapi amat mudah bagi orang yang berfikir kehidupan dunia adalah saham untuk mendapat kemuliaan di Akhirat. sama-sama usaha ke arah itu.
sumber dari: hafizahsalwa.wordpress.com
No comments:
Post a Comment