Orang Kafir sekarang mempelajarinya dari Gengis Khan, Raja Mongol, seorang penakluk Agung dunia dari Timur ke Barat. Kemudian diperluaskan oleh cucunya Hulagu Khan yang menakluk kota Islam Baghdad dan kota-kota di sekitarnya.
“Apabila kamu hendak menakluk negara Islam, perdayakan terutama alim ulamanya supaya memakan yang tidak halal tanpa mereka sedari. Selepas itu kamu pergilah menakluk negaranya kerana apa pun terjadi, jika berdoa, doa mereka tidak akan dimakbulkan oleh tuhan alam ini”
Tercatat dalam sejarah Islam, Hulagu Khan telah berpura-pura ingin masuk Islam dan meminta dihantar 100 ulama yang paling hebat di kota Baghdad. Khalifah pada masa itu menghantarnya dan kemudian mereka disambut dengan baik serta diberikan makanan yang dicampurkan dengan babi. Selepas mereka selesai makan, mereka ketawa terbahak-bahak akan kejayaan mereka dan seterusnya membunuh alim ulama tersebut. Kemudian barulah mereka menyerang kota Baghdad dan runtuhlah Baghdad yang megah itu dalam masa yang sekejap sahaja.
**Pengajarannya : Jangan ambil sambil lewa akan halal haram yang masuk ke perut kita dan anak-anak kita.
Copy paste from Islamic Parenting Network
Sungguh, perkara sebeginilah yang amat membimbangkan saya. Kebimbangan ini telah bermula sejak saya berada di Malaysia. Malah kini bila berada di Australia, perasaan tersebut semakin menjadi-jadi.
Ya, Allah. Engkau peliharalah diriku, keluargaku dan zuriat keturunanku daripada terlibat dengan perkara haram tersebut.
sumber dari: radieah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment