Pages

Thursday 27 October 2011

makan dan tidur





Hari ni aku nak cerita pasal makan dan tidur. bagi korang makan dan tidur agak agak sinonim tak? bagi aku makan dan tidur memang sinonim dengan aku. sejak kecil lagi lepas makan je mesti aku akan tidur selepas tu. tapi ada satu cara je nak bagi hilang ngantuk selepas makan. Exercise. itu bagi aku la. mungkin ada cara lain. macam minum nescafe. kepada yang penagih nescafe tu mungkin cara nak hilang ngantuk selepas makan tu adalah benda tu. tapi minum nescafe banyak banyak ni dapat merosak kan otak oleh kerana err. sebab banyak bahan bahan kimia dalam nescafe tu masuk dalam badan kita. =.=" cuma aku nak tekankan di sini adalah exercise adalah cara terbaik untuk hilangkan ngantuk daripada minum nescafe sampai jadi penagih.
kembali kepada topik. anda tahu tak selepas kita makan badan kita akan menghasilkan metabolisma untuk mencerna makanan yang kita hadam tadi. jadi waktu pemprosesan sedang berlaku otak kita akan kehilangan bekalan oksigen oleh kerana sewaktu metabolisma itu sedang berlaku, banyak tenaga diperlukan untuk mencerna makanan tersebut. sebab itu la kita akan rasa ngantuk selepas makan.




oleh disebabkan aku merasakan makan dan tidur itu agak sinonim, aku melatih diri aku untuk makan sekali sehari. ini bukan kerana tahan lapar, tak cukup duit, diet dan tak lapar. tapi yang membuatkan kita kenyang bukan lah makanan itu sendiri tetapi Allah SWT yang membuatkan kita kenyang. walaupun ada orang yang makan banyak kali tapi masih mampu makan lagi, itu adalah kehendak dia. minum pun sama. jadi apa la sangat makan banyak banyak tapi perut masih rasa kenyang, Rasullullah pernah bersabda bahawa

"berhenti lah makan sebelum terlalu kenyang".

ini kerana sekiranya kita terlalu kenyang, kita akan menjadi malas dan merasa berat untuk beribadat kepada Allah SWT.

sejukkan dengan wudhu'

"Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik."

 
Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 
“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.”
 
 
(Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.”    (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud:
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.
Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.
Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud:

“Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.”                                                                                                          (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.

Wudhu' mempunyai banyak kelebihan dari segi fakta sains. (cari la sendiri ye dekat google). antara kelebihan wdhu' ialah ia dapat menyucikan dan menyejukan hati seseorang tatkala dia sedang resah, marah, takut dan lain lain.
Jika korang ada rasa tak selesa pasal sesuatu ke. disarankan berwudhu' dan juga membaca Quran.

Monday 24 October 2011

syair abu sufyan

seorang kenalan mengirimkan syair untuk dikongsi....
syair abu sufyan bin haris setelah kewafatan rasulullah.......



Aku tidak dapat tidur
dan malam pun susah berakhir




Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.

hormati guru

Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...
Satu lagi keistimewaan Imam Shafie ialah dari segi menghormati guru. Pernah diriwayatkan tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

Imam Shafie juga amat menghormati Imam Malik (pengasas Mazhab Maliki) walaupun Imam malik sudah meninggal dunia. Sebab itulah bila dia menziarahi makam Imam Malik dia tidak berqunut semasa bersembahyang subuh ditepi makam Imam Malik. Ini kerana dalam Mazhab Maliki tiada qunut waktu subuh walaupun dalam Mazhab Shafie ada qunut sewaktu sembahyang Subuh.

Imam Shafie juga memastikan dia tidak tidur dengan kakinya menghala kerumah Imam Malik sebagai menghormati gurunya itu..

Oleh itu hormatilah guru kerana ilmu tidak akan menjadi berkat jika kita tidak menghormati guru...

guru -wikipedia

image
Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan).

Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.







Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:15, 24 Jun 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • hari kehancur

    seorang sahabat menghantar email untuk dikongsi bersama.....


    ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

    ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

    ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

    ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

    ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

    ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

    akhir zaman

    Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku
    peperangan demi peperangan demi peperangan.






    Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang
    pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak?
    Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai
    buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang
    pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.




    Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir
    tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah bahawa
    ekonomi Iraq disekat oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

    Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom
    lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan
    Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan
    Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku.

    Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad
    (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini
    belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang
    hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi
    pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai
    Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel
    akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi.
    Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke
    Sungai Euphrates.




    Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq
    (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat
    Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan
    menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan
    - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang
    paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang
    peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran,
    satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

    Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun
    berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi
    bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu
    bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur.
    Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak
    takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya segelintir yang menikmati
    kemenangan.




    Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini,
    Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi,
    sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.
    Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari
    pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh
    Rasulullah, sekiranya burung terbang mel intasi medan ini akan jatuh mati
    melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar
    senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan
    umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat
    Islam ada iman, iman dan iman. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita.

    Marilah kita sama sama merenung ke dunia dan usia kita. Kita masih mampu kembali ke jalan yang benar dan nyata selagi umur kita masih muda. Ingatlah bahawa kita adalah manusia akhir zaman dan juga umat Rasulullah yang terakhir. marilah sama sama mengejar keredhaan Allah SWT

    menyintai tidak bermakna memiliki

    seorang teman e-mail kepada saya pagi ni.......


     



    Janganlah kau angkuh melaungkan
    Si dia kepunyaanmu

    Atau kau kepunyaan si dia
    Kerana hakikatnya
    Kita tidak pernah memiliki sesiapa
    Walau sekeping hati seorang insan

    Tidakkah kau sedar
    Hukum alam menyatakan
    Menyintai tidak semestinya memiliki?

    Manusia pandai berpura
    Berlakon di pentas dunia
    Dan bertopeng menutup rahsia
    Tetapi hati
    Tidak pernah berdusta pada empunya
    Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

    Tidakkah kau sedar
    Mungkin si dia melafazkan
    Ungkapan cinta padamu
    Tetapi hati dan perasaannya
    Tidak pernah berniat begitu

    Dia hanya berselindung
    Di sebalik sejuta alasan

    Dan kau…
    Begitu jujur dan setia menyintainya
    Sehingga terlupa
    Hukum alam menyatakan
    Menyintai tidak bermakna memiliki

    Sesungguhnya
    “Aku tidak pernah memiliki dirimu…”
    “Dan kau jua tidak memiliki diriku”

    Mengertilah…
    Kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa
    Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
    Kecuali Dia

    Dia mengasihi hambaNya
    Dia memiliki hambaNya
    Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali

    nasihat luqman al-hakim

    Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba kepada seorang yang kaya yang telah mendapat sanjungan dan pujian daripada Allah S.W.T. Nasihat-nasihat yang diberikan kepada anaknya telah diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nasihatnya terkandung di dalam kitab suci Al-Quran. Ianya menjadi perintah Allah yang wajib kita taati. Nasihatnya umpama permata yang berharga kepada kaum muslimin terutamanya untuk anak-anak zaman sekarang. Begitu mulia dan tinggi martabat Luqman al-Hakim sehinggakan Allah S.W.T telah merakamkan nasihatnya ke dalam Al-Quran.
    Sepuluh nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya adalah :

    Nasihat pertama
    Janganlah kamu mensyirikkan Allah S.W.T

    Nasihat kedua
    Sentiasa bersyukur kepada Allah
    Nasihat ketiga
    Berbaktilah kepada ibu bapamu
    Nasihat keempat
    Taatlah kepada ibu bapamu dalam perkara yang diizinkan Allah
    Nasihat kelima
    Lakukan amal soleh setiap masa
    Nasihat keenam
    Dirikan solat lima waktu
    Nasihat ketujuh
    Serulah manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
    Nasihat kelapan
    Tanamkan sifat sabar dalam dirimu
    Nasihat kesembilan
    Janganlah kamu menyombongkan diri
    Nasihat kesepuluh
    Bersederhanalah ketika berjalan dan bercakap

    Sunday 23 October 2011

    iklan lama laaa

    elak duduk ada wallet

    Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga...tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet?



    Sebab :

    • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.
    • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
    • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
    • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
    • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.


    Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.


    Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk.

    karangan budak sekolah














    jurugambar berani





    Saya terkejut melihat lelaki ini berdiri bersendirian di atas batu di Grand Canyon. Kedalaman gaung di sini adalah 900 meter (3000 kaki). Batu di sebelah kanan lebih selamat. Memerhatikan lelaki ini hanya memakai selipar flip-flop, bersama kamera dan tripod, saya bertanya kepada diri sendiri 3 soalan :

     
    1. Bagaimana dia sampai ke atas batu itu?
    2. Mengapa tidak mengambil gambar matahari terbenam dari batu yang sebelah kanan, yang lebih selamat?
    3. Bagaimana dia akan kembali?

    Selepas matahari terbenam, dia mengemas peralatannya dan menyiapkan diri untuk membuat lompatan. Ini mengambil masa kira-kira 2 minit, dan dalam masa tersebut, dia mencuri perhatian daripada pelancong lain.
     
     




     
     
    Dia kini berada dalam situasi tidak boleh berpatah balik - dia melompat dengan selipar flip-flopnya.
     
     




     
    Sekarang anda boleh lihat bahawa batu yang selamat (sebelah kanan) adalah lebih tinggi. Jadi, dia terpaksa mendarat lebih rendah pada batu tersebut yang agak curam dengan cuba menggunakan salah satu tangannya untuk mencapai batu tersebut.
     




    Lihat dengan teliti pada jurugambar tersebut. Beliau mempunyai kamera, tripod dan sebuah beg plastik, sama ada di atas bahu atau di tangan kirinya. Hanya tangan kanannya tersedia untuk mencapai batu dan berat peralatan itu menjadi satu masalah.


    Dia mendarat rendah dengan tangan kanan dan kaki kanan. Dia kemudiannya merapatkan badannya ke batu itu, menunggu selama beberapa saat, membaling peralatannya ke atas batu yang rata, memanjat dan berlalu pergi.

    landskap indah sg colorado





    Masih ingat film cowboy yang seringkali mengambil setting Sungai Colorado sebagai latar belakang ceritera? Sungai Colorado merupakan salah satu sungai tertua dan boleh jadi terindah di Amerika Serikat. Sungai yang berhulu dari Pegunungan Roky, airnya mengalir ke arah barat daya sejauh 2.300 kilometer menyeberangi Gurun Mojave dan Sonoran, sampai kemudian mencapai Meksiko dan bermuara di Laut Cortez.

    Selama jutaan tahun konon ceriteranya, aliran dari Sungai Colorado membentuk Grand-Canyon, sebuah ngarai yang luar biasa indahnya sebagai karunia Tuhan Yang Maha Pencipta bagi umat manusia di bumi Amerika. Meskipun demikian selama 100 tahun terakhir, Sungai Colorado menjadi sumber air yang paling banyak dikeruk di muka bumi. Sebagai contoh enam bendungan yang mengambil air dari sungai ini, termasuk Bendungan Glen Canyon dan Hoover, memanfaatkan sungai ini untuk kepentingan arigasi dan juga pasokan listrik bagi kota metropolis seperti Los Angeles dan Phoenix.


    Menetapkan seberapa lama waktu yang dibutuhkan aliran air untuk menyusuri Colorado, penting bagi instansi maupun petugas yang bertanggungjawab mengontrol penggunaan sumber daya air dari sungai ini. Untuk mengetahui seberapa lama perjalanan setetes air menyusuri Colorado, para peneliti menggunakan cairan celup yang berpendar ( fluorescent dye ) yang tidak membahayakan binatang atau tumbuhan yang dapat dideteksi alat pengukur khusus.







    Celupan itu ditempatkan di suatu lokasi khusus di sungai dan sampelnya kemudian diambil dari beberapa tempat di hilir untuk mengetahui kapan pertama kali celupan itu melintas. Data diambil dari sampel tersebut memungkinkan para peneliti menentukan secara akurat kecepatan aliran air. Aliran air tercatat menempuh jarak 1.250 kilometer antara Bendungan Glen Canyon dan laut dengan waktu tempuh 15 hari.







    Kini Sungai Colorado tidak lagi mengalir ke Laut Cartez. Sebagian besar air yang mengalir di selatan dari Bendungan Imperial dialihkan ke Laut Salton. Muara tersebut sekarang terlihat tandus dan rata. Bagaimana pun Sungai Colorado mempunyai kenangan tersendiri akan keindahan alamnya bagi orang yang sudah melihatnya. Aliran sungainya membentuk ngarai yang luar biasa indahnya yaitu Grand Canyon Colorado.


    Tebing tinggi di kanan kiri sungai Colorado menjadi benteng kokoh sepanjang aliran sungainya.


    Keajaiban dari Sungai Colorado adalah Grand Canyon, sebuah jurang tebing-terjal, diukir oleh Sungai Colorado, di utara Arizona. Jurang ini merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia dan sebagian besar berada di Taman Nasional Grand Canyon, salah satu taman nasional pertama di Amerika Serikat. Presiden Theodore Roosevelt merupakan salah satu pendukung utama wilayah Grand Canyon, mengunjunginya dalam beberapa kesempatan untuk berburu singa gunung dan menikmati pemandangan alam yang luar biasa.

    Friday 21 October 2011

    siapa yang tak pernah menangis





    siapa yang tak pernah menangis
    di hujung setiap ketawa dan lupa

    siapakah di antara kita
    yang memalingkan muka
    ketika mendengar kalimah Tuhan?

    banyak bakti yang dapat diberi
    sepanjang hidup yang sesingkat ini
    lautan manusia berombakkan nafsu
    kebenaran terdampar di pantai kecewa

    airmata seperti mutiara
    apakah itu rasa keinsafan
    rintihan dari hati yang rindu
    apakah itu hakikat cintamu





    lagu/puisi: Zubir Ali

    siapakah yang memberi khabar





    siapakah memberi khabar
    fajar akan menjelma
    pabila malam dipancung
    oleh ketakutan

    siapakah memberi khabar
    bunga akan tumbuh
    pabila alam dibakar hangus
    oleh kesangsian

    siapakah memberi khabar
    cinta akan timbul
    pabila dada ditenggelamkan
    oleh kepalsuan





    puisi: Latiff Mohideen
    lagu: Zubir Ali

    sewaktu hujan berbisik





    sewaktu hujan berbisik
    dari jendela kaca
    engkaukah duhai wanitaku
    yang meniup nafas lembut di telinga

    malam telah merangkak keluar
    dari jendela terbuka
    dan kau dengan secawan kopi
    mengejutkan aku dari mimpi-mimpi

    sewaktu hujan berbisik
    dari jendela kaca
    aku terasa terdengar
    suara lembutmu

    kau dengan kehebatanmu
    akan menemui
    segala yang kaucari
    kecuali dirimu






    lagu/puisi: Zubir Ali

    doa





    Tuhanku
    Dalam termanggu
    Kusebut nama-Mu
    Biar susah sungguh
    Mengingat Kau
    Penuh seluruh

    Tuhanku
    Cahaya-Mu panas suci
    Bagai kerdip lilin
    Di kelam sunyi

    Tuhanku
    Aku hilang bentuk
    Kembara di negeri asing

    Tuhanku
    Pintu-Mu kuketuk
    Aku tak bisa berpaling




    puisi: Chairil Anwar
    lagu: Zubir Ali

    nyanyian pantai timur





    wajah laut dan perahu tua
    adalah rakan setia hidupku
    aku yang sentiasa
    merindukan senyum
    dan tawa anak isteriku

    ombak laut Cina Selatan
    adalah suara tangisanku
    seorang nelayan kecil
    memperjudikan hidup
    bersama doa di bibir gersang

    ikan dan camar
    lebih mengerti
    trajidi hidup kami
    dari mereka yang berjanji
    dengan kata bak puisi

    laut ngeri di bulan Disember
    ada kalanya lebih simpati
    kerna mengambil diri
    dan melimpahkan rezeki
    serentak pada hidup kami

    tiap subuh
    pantai berselimutkan sepi
    menanti berita kematian
    dari saujana lautan

    lagu/puisi: Zubir Ali

    sepanjang jalan ke pulau pinang




    Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
    Laut mengimbau sayu
    Ombak ombak ini hatiku
    Berhasrat tiada sepi

    Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
    Hujan memberi lagu
    Angin menampar
    Setiap ruang angkasa
    Berhiba awan pilu

    Aku antara insan beribu
    Airmataku antara laut lepas
    Laguku hilang di angin menderu
    Pecah di pantai terhempas

    Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
    Hatiku terjun ke air
    Mencari tempat tempat bagiku
    Aku seorang pelarian



    Zubir Ali & Harmoni

    penantian




    Berapa lama mesti kunanti
    Sinar cahaya matamu
    Gemerlap bagai bintang
    Menghiasi malam
    Malam yang menutup diriku

    Berapa lama perlu kutunggu
    Lontaran suara dari bibirmu
    Memecah hening taman
    Taman syurgawi
    Pada sebuah hati yang sepi

    Penantian suatu siksa
    Yang tidak tertanggung
    Oleh tubuhku yang kering dan layu
    Kepastian suatu penawar
    Dalam suka dan duka
    Yang meniti hidupku




    Zubir Ali

    Thursday 20 October 2011

    hak dan kewajipan perkahwinan

    Biasanya, perkahwinan merupakan institusi yang menggabungkan kehidupan orang-orang dari segi emosi dan ekonomi melalui pembentukan rumah tangga. Perkahwinan sering memberikan hak dan kewajipan untuk membesarkan anak dan memiliki harta, serta untuk tingkah laku seks, hubungan kekeluargaan, keahlian puak, hubungan dengan masyarakat, pewarisan, kemesraan emosi, penjagaan kesihatan dan cinta.

    Perkahwinan kekadang:
    • menentukan bapa yang sah di sisi undang-undang bagi anak seseorang perempuan;
    • menentukan ibu yang sah di sisi undang-undang bagi anak seseorang lelaki;
    • memberi kawalan kepada suami atau keluarganya terhadap perkhidmatan seks, hasil kerja, dan/atau harta isterinya;
    • memberi kawalan kepada isteri atau keluarganya terhadap perkhidmatan seks, hasil kerja, dan/atau harta suaminya;
    • menubuhkan tabung harta bersama untuk manfaat anak-anak;
    • menjalin hubungan antara keluarga-keluarga suami dan isteri.
    Tidak terdapat sebuah masyarakat yang mengamalkan kesemua ini; tidak ada sesuatunya yang sejagat (sila lihat makalah Edmund Leach dalam "Perkhidmatan, Keluarga, dan Kediaman" ("Marriage, Family, and Residence") yang disunting oleh Paul Bohannan dan John Middleton).

    Secara tradisi, perkahwinan merupakan prasyarat untuk memulakan sebuah keluarga yang biasanya bertindak sebagai blok binaan bagi sebuah komuniti atau masyarakat. Oleh itu, perkahwinan bukan sahaja bertindak untuk memenuhi kepentingan kedua-dua orang, tetapi juga untuk memenuhi kepentingan anak-anak dan masyarakat yang mereka merupakan sebahagian.





    Dalam kebanyakan agama yang utama, perkahwinan merupakan prasyarat untuk hubungan seks: orang-orang yang masih belum berkahwin tidak dibenarkan melakukan hubungan seks. Hubungan seks sedemikian dirujuk sebagai zina dan tidak digalakkan dari segi sosial serta juga dijenayahkan. Hubungan seks antara seorang yang sudah berkahwin dengan seorang yang bukan pasangannya juga dipanggil zina dan lagi tidak dapat diterima dan seringnya dijenayahkan, khususnya jika orang tersebut merupakan seorang wakil kerajaan (umpamanya, presiden, perdana menteri, wakil politik, guru sekolah awam, dan pegawai tentera). Perbuatan ini mencabuli undang-undang tentera Amerika Syarikat. Sebaliknya, perkahwinan biasanya dianggap memerlukan hubungan seks dan kegagalan berbuat demikan merupakan alasan untuk membatalkan perkahwinan (umpamanya, perkahwinan John Ruskin).



    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 11:07, 20 Oktober 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • upacara perkahwinan

    Upacara perkahwinan (bahasa Inggeris: wedding) yang diakui oleh undang-undang digelarkan "perkahwinan sivil", sedangkan agama-agama merasmikan upacara perkahwinan dalam "mata Tuhan".





    Di banyak negara Eropah dan sebilangan negara Amerika Latin, seseorang harus mengadakan upacara perkahwinan yang berasingan daripada upacara sivil. Beberapa kerajaan negara, seperti Belgium, Bulgaria, dan Belanda juga menuntut bahawa perkahwinan sivil diadakan sebelum sebarang perkahwinan agama. Dalam sebilangan negara, terutamanya Amerika Syarikat, United Kingdom, Republik Ireland dan Sepanyol, kedua-dua upacara boleh diadakan bersama-sama; juruacara untuk gabungan upacara agama dan komuniti juga bertindak sebagai ejen negara untuk merasmikan perkahwinan sivil. Ini tidak bermakna bahawa negara itu "mengakui" perkahwinan agama; upacara agama hanya diadakan pada waktu yang sama dengan upacara "sivil". Seringnya, ini melibatkan penandatangan daftar semasa upacara agama. Jika unsur-unsur sivil ditinggalkan atas mana-mana satu alasan, perkahwinan itu dianggap tidak berlaku dari segi undang-undang walaupun upacara agama diadakan.





    Sedangkan sebilangan negara seperti Australia membenarkan perkahwinan diadakan di tempat peribadi dan di mana-mana satu tempat, negara yang lain, termasuk England, memerlukan upacara sivil diadakan di tempat yang diluluskan oleh undang-undang (iaitu, gereja atau pejabat pendaftaran), dan dibuka kepada orang umum. Satu kekecualian boleh diberikan dalam kes [[perkahwinan melalui lesen kecemasan khas yang biasa diberikan hanya jika salah satu pihak menghidap penyakit yang membawa maut. Peraturan mengenai di mana dan dengan siapa seseorang boleh berkahwin berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat. Sesetengah peraturan memerlukan salah satu pihak tinggal di kawasan pejabat pendaftaran. Disebabkan peraturan perkahwinan yang amat longgar di Australia, banyak orang terkenal, termasuk Michael Jackson, telah memilih Australia sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan peribadi.





    Cara bagaimana upacara perkahwinan diadakan telah berubah dengan masa, dan serupa juga dengan institusi perkahwinan pada dirinya. Di Eropah semasa Zaman Pertengahan, perkahwinan diadakan dengan pasangan berjanji antara satu sama lain bahawa mereka ingin berkahwin secara lisan; kehadiran paderi atau saksi yang lain tidak diperlukan. Perjanjian seumpama ini digelarkan "verbum". Jika perjanjian dibuat dalam kala kini ("Saya berkahwin dengan kamu", perjanjian itu adalah sah; jika dibuat dalam kala depan ("Saya akan berkahwin dengan kamu"), perjanjian itu merupakan pertunangan, asalkan mereka tidak melakukan hubungan jenis. Jika hubungan jenis dilakukan, persetubuhan itu dianggap sebagai perkahwinan.

    Sebagai sebahagian Reformasi, tanggungjawab untuk mendaftar perkahwinan dan menentukan peraturan telah dipindahkan kepada negara; sejak 1600-an, banyak negara Eropah Prostestan telah amat melibatkan diri dalam perkahwinan. Sebagai Reformasi Katolik, Gereja Katolik menambahkan keperluan saksi untuk perjanjian yang biasanya melibatkan paderi.



    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 11:07, 20 Oktober 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • sekatan perkahwinan

    Banyak negara mengawal umur yang seseorang boleh kahwin. (Sila lihat umur layak berkahwin.) Masyarakat-masyarakat selalu mengenakan sekatan terhadap perkahwinan dengan saudara, walaupun tahap hubungan larangan berbeza-beza secara meluas. Dalam hampir semua masyarakat, perkahwinan antara adik-beradik dilarangkan, dengan keluarga raja Mesir kuno, Hawaii, dan Inka merupakan kekecualian yang amat jarang. Dalam banyak masyarakat, perkahwinan antara pupu-silang nasab-ibu disukai, sedangkan pada keterlaluan yang lain, Gereja Katolik Zaman Pertengahan melarangkan perkahwinan saudara sepupu jauh juga. Pada hari ini, Gereja Katolik masih memeliharakan jarak piawaian untuk perkahwinan (dari segi kesedarahan dan kesemendaan).





    Dalam komuniti Hindu India, khususnya kasta Brahmin, perkahwinan dengan Gotra yang sama dilarangkan kerana orang-orang yang mempunyai Gotra yang sama dikatakan mempunyai keturunan patrilineal yang sama. Di India kuno ketika Gurukul masih wujud, syisya-syisya (murid-murid) dinasihatkan supaya jangan berkahwin antara satu sama lain disebabkan syisya-syisya dianggap sebagai anak-anak Guru dan oleh itu, dianggap sebagai perkahwinan antara adik beradik (walau terdapat kekecualian seperti anak Arjuna, Abhimanyu, yang berkahwin dengan Uttra, murid tarian Arjuna dalam mahakarya Mahabharata).





    Banyak masyarakat juga mengamalkan sekatan-sekatan yang lain terhadap siapakah yang boleh dikahwini, umpamanya larangan tentang perkahwinan dengan orang yang mempunyai nama keluarga yang sama, atau orang yang mempunyai zodiak yang sama. Umpamanya di Korea Selatan, perkahwinan antara orang-orang yang mempunyai nama keluarga yang sama masih dianggap sebagai satu kepantangan pada hari ini. Nama keluarga yang paling biasa ialah "Kim" (hampir 15%). Bagaimanapun, terdapat banyak cabang (atau suku, atau keluarga turun-temurun) bagi nama keluarga "Kim", serupa dengan semua nama keluarga di Korea. Hanya perkahwinan dalam cabang yang sama tidak dibenarkan. Oleh itu, terdapat banyak pasangan "Kim-Kim" yang berkahwin dengan satu sama lain.





    Ahli antropologi merujuk kepada sekatan-sekatan ini sebagai eksogami. Satu kekecualian untuk pola ini ialah di Mesir kuno di mana perkahwinan antara adik-beradik dalam keluarga diraja dibenarkan — seperti di Hawaii dan antara orang Inka; hak istimewa ini tidak diberikan kepada orang biasa dan mungkin bertindak untuk menumpukan kekayaan dan kuasa dalam sebuah keluarga (lihat juga inses). Akibat kepantangan inses ialah eksogami, iaitu keperluan untuk berkahwin dengan orang daripada kelompok yang lain. Oleh itu, ahli antropologi menunjukkan bahawa kepantangan inses mungkin bertindak untuk mempromosikan perpaduan sosial.

    Masyarakat-masyarakat kekadang juga mengenakan perkahwinan dalam sesuatu kelompok. Ahli-ahli antropologi merujuk kepada sekatan-sekatan ini sebagai endogami. Salah satu daripada sekatan ini ialah keperluan untuk berkahwin dengan seorang dalam puak yang sama. Undang-undang rasisme yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat pada zaman dahulu — seperti era Nazisme Jerman, era aparteid Afrika Selatan, dan kebanyakan Amerika Syarikat selatan dan Utah sebelum 1967 — melarangkan perkahwinan antara orang-orang daripada bangsa yang berbeza (pengmisegenasisan) boleh dianggap juga sebagai contoh-contoh endogami.

    Budaya-budaya yang mengamalkan pengabdian memberikan pengakuan kepada perkahwinan abdi tetapi tidak memberikan mereka status undang-undang. Ini merupakan amalan di bawah empayar Rom dan oleh itu, wanita bebas Perpetua dalam karya Perbuatan-perbuatan Perpetua dan Felicitas boleh diperihalkan sebagai "wanita berkahwin", tetapi Felicitas hanya dianggap sebagai "pembantu" Revocatus, walaupun orang-orang Kristian menganggap bahawa perkahwinan-perkahwinan itu adalah sah dari segi agama. Serupa juga, perkahwinan abdi di Amerika Syarikat adalah tidak sah. Oleh itu, banyak orang kontraban yang melarikan diri daripada pengabdian semasa Perang Saudara Amerika mencari taraf rasmi untuk perkahwinan mereka. Antara hak yang membezakan perhambaan (bahasa Inggeris: serfom) daripada pengabdian (bahasa Inggeris: slavery) adalah hak untuk memperoleh perkahwinan yang sah dari segi undang-undang.



    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 11:07, 20 Oktober 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • pengisytiharan perkahwinan

    Penyerta-penyerta dalam perkahwinan biasanya mencari pengakuan sosial untuk hubungan mereka, dan banyak masyarakat memerlukan kebenaran rasmi daripada badan agama atau sivil. Oleh itu, ahli sosiologi membezakan antara upacara perkahwinan yang dilakukan di bawah naungan agama, dan perkahwinan sivil yang diberi kebenaran oleh negara.





    Di dalam banyak bidang kuasa, upacara perkahwinan sivil berlaku pada masa yang sama dengan perkahwinan agama, walaupun kedua-dua itu adalah berasingan secara teori. Dalam kebanyakan negara Amerika, paderi atau pihak berkuasa agama menjalani upacara perkahwinan, dan dalam kes tersebut, pihak berkuasa agama bertindak serentak sebagai ejen untuk negara. Dalam sebilangan negara yang lain seperti Perancis, Jerman dan Rusia, perkahwinan harus dibenarkan oleh negara sebelum upacara agama boleh diadakan. Sebilangan negara membenarkan perkahwinan sivil untuk keadaan yang tidak dibenarkan oleh banyak agama, seperti perkahwinan sama jantina atau kesedudukan sivil, dan perkahwinan boleh disahkan hanya melalui kuat kuasa undang-undang seperti dalam perkahwinan common law yang merupakan pengisytiharan kehakiman bahawa dua orang yang tinggal sebagai pasangan rumah tangga adalah berhak untuk kesan-kesan perkahwinan.

    Sebaliknya, terdapat juga orang-orang yang mempunyai upacara agama yang tidak diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil. Contoh-contohnya termasuk:
    • balu-balu yang akan menghilangkan pencennya jika dia berkahwin semula
    • pasangan homoseksual
    • sebilangan taifah yang mengiktirafkan poligami
    • pasangan bersara yang akan menghilangkan manfaat pencen jika berkahwin semula secara undang-undang
    • lelaki Islam yang ingin mengamalkan poligami yang dibiarkan berlaku dalam sesetengah keadaan di bawah agama Islam
    • pendatang yang tidak ingin menarik perhatian pihak berkuasa imigresen tentang perkahwinannya kepada pasangan yang telah ditinggalkan di tempat asalnya ataupun kerumitan undang-undang imigresen yang menyusahkan pasangannya untuk melawatnya dengan visa pelancong.




    Secara tradisi di Eropah, pejabat gereja-gereja merasmikan perkahwinan melalui pendaftaran. Oleh itu, pengenalan Zivilehe (perkahwinan sivil) oleh Canselor Otto von Bismarck pada tahun 1875 merupakan satu langkah yang penting untuk memisahkan dengan jelas gereja daripada negara serta untuk melemahkan, secara terancang, peranan gereja Kristian dengan berkesan. Undang-undang ini mewajibkan pengisytiharan perkahwinan di hadapan seorang kerani kerajaan daripada pentadbiran sivil (kedua-dua pasangan berikrar tentang kesudian untuk berkahwin) sebagai prosedur untuk mengesahkan perkahwinan dari segi undang-undang dan oleh itu, mengurangkan perkahwinan yang dirasmikan oleh paderi menjadi hanya sebuah upacara peribadi.



    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 11:07, 20 Oktober 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • rekabentuk menara

    Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit.

    Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.

    Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.












    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 15:29, 21 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.