Pages

Wednesday 12 October 2011

kucing dalam masyarakat mesir purba

Agama dan kepercayaan sangat sebati dengan kehidupan orang Mesir purba. Mereka mempercayai bahawa seluruh alam dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau matinya sesuatu kehidupan di alam semesta.Dewa-dewi dianggap mendatangkan kebahagiaan kepada orang Mesir purba.




Oleh sebab itulah mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing.
Orang Mesir purba telah menubuhkan satu kumpulan agama yang bertuhankan kucing yang dikenali sebagai Bast.
Kepentingan watak seekor kucing dalam kehidupan orang Mesir purba dijelaskan oleh Herodotus, seorang sejarawan Greek. Beliau menyatakan bahawa apabila kucing peliharaan mereka mati, mereka sekeluarga akan berkabung dan mencukur bulu kening bagi menandakan kesedihan mereka.

Kucing juga merupakan binatang kesayangan Rasulullah Saw. Kasih Rasulullah Saw kepada kucing menyebabkan para sahabat juga menyayangi kucing sehingga seorang sahabat besar Nabi Muhammad Saw terkenal dengan jolokan Abu Hurairah yang bermaksud ‘bapa kucing’.

No comments:

Post a Comment