- Niat Umrah,
- Tawaf Umrah,
- Saie Umrah dan
- Gunting Umrah.
- (Tertib mengikut susunan di atas)
- Berniat di Miqat dan
- Berpantang Larang.
Ini masjid di Bi’r Ali, salah sebuah tempat Miqat Umrah, tempat jemaah berniat Umrah jika datang dari arah Madinah atau utara, ke Mekah. Di sini jemaah bersiap-siap seperti memotong kuku dan bulu, mandi sunat Ihram, memakai bau-bauan, minyak wangi dan meminyakkan rambut.
Pemandangan di dalam Masjid Bi’r Ali. Selepas jemaah Umrah bersolat Sunat Ihram 2 rakaat, mereka terus berniat Umrah dan mula berpantang larang (berihram).
1.1) PERSEDIAAN BERNIAT
- Mengerat kuku.
- Menanggal bulu.
- Mandi.
- Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
- Memakai pakaian putih.
- Solat sunat ihram
a) Miqat Zamani (Masa) : Pada bila-bila masa.
b) Miqat Makani (Tempat) :
Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Halal.·
Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.· Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya.
1.3) NIAT UMRAH
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَىْ
“Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”.
1.4) TALBIYAH
Sunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah.
Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ , لاَ شَرِيْكَ لَكَ .
Setelah berniat Umrah di Miqat Bi’r Ali dan mula berpantang larang dalam Ihram, jemaah terus bergerak ke Mekah (450 km) dan memasukki Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf, Saie dan Gunting mengikut tertib. Foto : Jemaah kali pertama melihat Kaabah sebaik tiba di Mekah.
- Menutup kepala (lelaki).
- Pakaian bersarung (lelaki).
- Menutup muka (wanita).
- Memakai sarung tangan.
- Memakai bau-bauan.
- Memakai minyak rambut.
- Menanggalkan bulu.
- Mengerat kuku.
- Memotong pokok Tanah Haram.
- Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
- Bersetubuh.
- Pendahuluan persetubuhan.
- Akad nikah.
Tawaf adalah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan memenuhi syarat-syaratnya.
2) TAWAF UMRAH
2.1) Syarat-syarat Tawaf
- Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
- Suci badan, pakaian dan tempat.
- Menutup aurat seperti dalam solat.
- Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
- Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
- Bertujuan Tawaf.
- Cukup 7 keliling dengan yakin.
- Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..
- Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
- Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
- Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
- Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
- Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
- Berturut-turut 7 pusingan.
- Tawadhuk dan khusyuk.
- Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
- Berdoa di Multazam.
- Minum air Zam-zam sambil berdoa.
Saie ialah berulangalik diantara Bukit Safa dan Bukit Marwa. Jarak antara kedua bukit tersebut ialah lebih kurang 400 meter. Foto : Kelihatan juga lampu hijau dimana jemaah lelaki sunat berlari anak diantara kedua lampu hijau tersebut.
Jemaah yang bersaie melepasi Bukit Marwa, dan sekarang menuju ke Bukit Safa pula.
3) SAIE UMRAH
3.1) Syarat-syarat Saie
- Dilakukan selepas Tawaf Umrah.
- Mula di Bukit Safa.
- Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
- Saie hingga sampai ke hujung.
- Saie di Batnul Wadi (landasan).
- Bertujuan Saie.
- Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
- Naik Bukit hingga sampai ke batu.
- Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
- Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :
- Berturut-turut 7 perjalanan.
- Berwuduk.
- Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
- Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
4) GUNTING UMRAH
4.1) Syarat-syarat Gunting Umrah
- Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
- Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai (atau Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut).
- Bercukur bagi lelaki.
- Berdoa ketika bergunting. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
TAHALLUL & TAMAT UMRAH
Setelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya (Tahallul).
No comments:
Post a Comment