Pages

Sunday 16 October 2011

perihal kucing




Seperti mana yang kita ketahui kucing adalah haiwan yg sangat manja. Tapi tentu tidak ramai yg tau tentang penjagaan yang sempurna tentang haiwan ini. Sebagai seorang breeder, kita hanya tahu memberi makan serta membersihkan najis sahaja. Tahukah anda ada berapa jenis atau ras kucing yang terdapat di dunia? Berdasarkan pada statistik yang menarik, ada 41 ras kucing yang terdaftar di Cat Fanciers’ Association pada tahun 2006.


07title1.gif


Untuk menjadi seorang breeder, anda perlu tahu tentang faktor-faktor kriteria kucing yang ada. Contohnya terdapatnya beberapa jenis atau ras kucing, saiz setiap jenis atau ras, tempoh pembesaran dan perkembangan.

Selain itu, untuk menjadi seorang breeder. Seseorang itu perlu memikirkan beberapa factor yang perlu dilakukan. Contohnya dari segi kesanggupan untuk menghabis wang ringgit untuk keperluan kucing itu sendiri.

Mengenai jenis tumbesaran kucing, seekor kucing jantan lebih cepat membesar daripada kucing betina, dan kebiasaannya pertumbuhan kucing jantan lebih cepat beberapa minggu dari kucing betina. Jadi tidak hairanlah mengapa kucing jantan lebih berat dan mempunyai saiz lebih besar saiznya dari kucing betina.

Selain daripada faktor jenis kelamin, faktor Gen juga memainkan peranan yang besar apabila setiap gen ibu dan bapa kucing akan di turunkan pada anak kucing. Tahukah anda kucing perlu tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari? Oleh itu kucing akan menghabiskan 2/3 hidupnya dengan di buai mimpi?

Seekor kucing mempunyai jumlah tulang yang banyak berbanding manusia. Manusia mempunyai 206 tulang manakala kucing mempunyai 230 tulang. Untuk pengetahuan, kucing mempunyai deria pendengaran jauh lebih baik dari manusia dan ataupun anjing.
Bercakap mengenai deria penglihatan kucing pula, kucing adalah enam kali lebih baik daripada anjing apabila berada di tempat gelap.

Setiap seekor kucing dewasa yang mempunyai 30 buah gigi, 16 buah rahang atas dan 14 buah rahang bawah. Kucing betina akan mencapai tempoh umur matang pada usia 6 hingga 10 bulan dan akan melahirkan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 ekor setiap kelahiran. Tetapi tidak semua anak yang dilahirkan akan hidup 100%. Tempoh Kucing betina bunting adalah selama 9 minggu atau 62 – 65 hari. Sedangkan kucing jantan akan mencapai tempoh umur matang pada usia 9 hingga 12 bulan.

Bulu yang terdapat di badan kucing ialah sebanyak 9600 helai.. Hmm banyak kan! Setiap 1cm bahagian atas adalah 19200 helai bulu dibahagian bawah. Manakala suhu seekor kucing yang sihat adalah 38 hingga 39.5 O C.

Kucing juga mempunyai 5 jari pada bahagian depan dan 4 jari pada bahagian belakang.

No comments:

Post a Comment