Pages

Saturday 15 October 2011

pengertian umrah seorang kawan




Umrah diambil dari ‘itimar, artinya berziarah. Secara istilah Umrah berarti menziarahi Ka’bah untuk beribadat kepada Allah dengan memenuhi syarat-syarat, rukun-rukun, dan wajib-wajibnya.

Umrah pada syarak pula ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sai’e dengan menurut syarat-syarat serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun jika tidak berada dalam ihram haji.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda junjungan Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Mengerjakan Umrah kepada satu Umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan Haji yang mabrur ( yang penuh dengan kebajikan ) tidak ada balasannya melainkan syurga“.

No comments:

Post a Comment