Pages

Thursday 20 October 2011

upacara perkahwinan

Upacara perkahwinan (bahasa Inggeris: wedding) yang diakui oleh undang-undang digelarkan "perkahwinan sivil", sedangkan agama-agama merasmikan upacara perkahwinan dalam "mata Tuhan".





Di banyak negara Eropah dan sebilangan negara Amerika Latin, seseorang harus mengadakan upacara perkahwinan yang berasingan daripada upacara sivil. Beberapa kerajaan negara, seperti Belgium, Bulgaria, dan Belanda juga menuntut bahawa perkahwinan sivil diadakan sebelum sebarang perkahwinan agama. Dalam sebilangan negara, terutamanya Amerika Syarikat, United Kingdom, Republik Ireland dan Sepanyol, kedua-dua upacara boleh diadakan bersama-sama; juruacara untuk gabungan upacara agama dan komuniti juga bertindak sebagai ejen negara untuk merasmikan perkahwinan sivil. Ini tidak bermakna bahawa negara itu "mengakui" perkahwinan agama; upacara agama hanya diadakan pada waktu yang sama dengan upacara "sivil". Seringnya, ini melibatkan penandatangan daftar semasa upacara agama. Jika unsur-unsur sivil ditinggalkan atas mana-mana satu alasan, perkahwinan itu dianggap tidak berlaku dari segi undang-undang walaupun upacara agama diadakan.





Sedangkan sebilangan negara seperti Australia membenarkan perkahwinan diadakan di tempat peribadi dan di mana-mana satu tempat, negara yang lain, termasuk England, memerlukan upacara sivil diadakan di tempat yang diluluskan oleh undang-undang (iaitu, gereja atau pejabat pendaftaran), dan dibuka kepada orang umum. Satu kekecualian boleh diberikan dalam kes [[perkahwinan melalui lesen kecemasan khas yang biasa diberikan hanya jika salah satu pihak menghidap penyakit yang membawa maut. Peraturan mengenai di mana dan dengan siapa seseorang boleh berkahwin berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat. Sesetengah peraturan memerlukan salah satu pihak tinggal di kawasan pejabat pendaftaran. Disebabkan peraturan perkahwinan yang amat longgar di Australia, banyak orang terkenal, termasuk Michael Jackson, telah memilih Australia sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan peribadi.





Cara bagaimana upacara perkahwinan diadakan telah berubah dengan masa, dan serupa juga dengan institusi perkahwinan pada dirinya. Di Eropah semasa Zaman Pertengahan, perkahwinan diadakan dengan pasangan berjanji antara satu sama lain bahawa mereka ingin berkahwin secara lisan; kehadiran paderi atau saksi yang lain tidak diperlukan. Perjanjian seumpama ini digelarkan "verbum". Jika perjanjian dibuat dalam kala kini ("Saya berkahwin dengan kamu", perjanjian itu adalah sah; jika dibuat dalam kala depan ("Saya akan berkahwin dengan kamu"), perjanjian itu merupakan pertunangan, asalkan mereka tidak melakukan hubungan jenis. Jika hubungan jenis dilakukan, persetubuhan itu dianggap sebagai perkahwinan.

Sebagai sebahagian Reformasi, tanggungjawab untuk mendaftar perkahwinan dan menentukan peraturan telah dipindahkan kepada negara; sejak 1600-an, banyak negara Eropah Prostestan telah amat melibatkan diri dalam perkahwinan. Sebagai Reformasi Katolik, Gereja Katolik menambahkan keperluan saksi untuk perjanjian yang biasanya melibatkan paderi.



Laman ini diubah buat kali terakhir pada 11:07, 20 Oktober 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment