Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga...tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet?
Sebab :
- Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.
- Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
- Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
- Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
- Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.
Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.
Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk.
No comments:
Post a Comment