Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:
- Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
- (Puru dari Benarus, Parsi (Iran).
- Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
- Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
- Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
- Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
- Muhammad Hanif - penyelia
- Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
- Pengukir dari Bukhara.
- Kaligrafi dari Syria dan Parsi.
- Inlayer dari India Selatan.
- Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.
Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.
Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata didindingnya.
Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.
Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak akibat serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.
Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.
Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 19:13, 9 Oktober 2011.
No comments:
Post a Comment