Pages

Tuesday 11 October 2011

piramid -wikipedia

Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.
Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.

Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)

Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.

 

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 23:39, 26 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment