Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Wednesday 12 October 2011
bosan kerja
Kekadang kita merasa benci, bosan dengan kerja kita. Kalau sesekali tak mengapa tapi kalau selalu diucapkan pasti ada yg tidak kena. Pendapat saya ( juga bagi ingatan diri saya )
Kenalpasti kenapa atau mengapa ?
Contoh :
1. Bos yang cerewet
2. Politik pejabat
3. Bonus tak ada atau kenaikan kecil
4. Bosan melayan karenah pelanggan ( Rutin harian )
5. Ada Lelaki mengatal dengan anda di pejabat.
Ada tiga plihan samada :
1. hiduplah sebegitu sehingga anda pencen atau meninggal,
2 : Selesaikan masalah anda
3 : Berhenti kerja , cari kerja lain
Renungan :
Org yang cerdik akan menukar masalah kepada suatu penyelesaian tapi org yang bodoh akan menambah kusutkan masalah yang ada.
Ubah / Baiki :
1. Kenalpasti KPI , ada target syarikat : Contoh kalau target nak dapatkan RM pastikan rancangan anda kepada naikkan RM syarikat
3. Ubah cara kerja yang ada supaya lebih baik. Contoh anda ubah proses yang merumitkan anda dan pelanggan ( banyak prosedur ).
4. Fahami politik pejabat supaya anda tidak tersepit.
5. Jika terlalu lama disuatu bahagian boleh minta pada bos tukar di bahagian lain. Jika terlalu lama melakukan rutin yang sama nanti jadi kurang kreatif. Ambil cabaran melakukan tugas baru ( saya sendiri kalau mengajar subjek yg sama terlalu lama menjadi bosan )
Tambah Nilai :
1. Tambah ilmu yang boleh menaik taraf diri anda ( seperti kursus bahasa Inggeris, bekerja sambil belajar dan sebagainya ) dan jika anda berminat dibidang lain cari ilmu tamabahan dibidang berikut.
2. Tukar ketrampilan ( yg ni saya pun kena improve ). Mengikut pembacaan, pakaian, komuniksai, penampilan pun ada faktor untuk kenaikan pangkat.
Tambah aktiviti lain :
1. Sukan
2. Perniagaan sambilan.
3. Bina network persahabatan yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment