Pages

Monday 24 October 2011

akhir zaman

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku
peperangan demi peperangan demi peperangan.






Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang
pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai
buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang
pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.




Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir
tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah bahawa
ekonomi Iraq disekat oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom
lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan
Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan
Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku.

Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad
(Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini
belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang
hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi
pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai
Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel
akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi.
Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke
Sungai Euphrates.




Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq
(Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat
Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan
menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan
- Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang
paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang
peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran,
satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun
berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi
bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu
bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur.
Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak
takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya segelintir yang menikmati
kemenangan.




Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini,
Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi,
sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.
Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari
pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh
Rasulullah, sekiranya burung terbang mel intasi medan ini akan jatuh mati
melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar
senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan
umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat
Islam ada iman, iman dan iman. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita.

Marilah kita sama sama merenung ke dunia dan usia kita. Kita masih mampu kembali ke jalan yang benar dan nyata selagi umur kita masih muda. Ingatlah bahawa kita adalah manusia akhir zaman dan juga umat Rasulullah yang terakhir. marilah sama sama mengejar keredhaan Allah SWT

No comments:

Post a Comment