Pages

Wednesday 19 October 2011

sistem lif dan hawa dingin menara




Syaf utama lif buatan Otis terletak di pusat setiap menara. Semua lif utama merupakan lif dua tingkat yang terdiri daripada dek bawah yang mengangkut penumpang ke tingkat bernombor ganjil dan dek atas untuk ke tingkat bernombor genap. Untuk mencapai tingkat bernombor genap dari tingkat bawah, penumpang perlu menaiki tangga bergerak ke dek atas lif.[36]

Dari tingkat bawah, terdapat tiga kelompok lif. Kelompok enam lif "jarak pendek" mengangkut penumpang ke antara tingkat 2/3 dan tingkat 16/17. Kelompok enam lif "jarak sederhana" pula mengangkut penumpang ke antara tingkat 18/19 dan tingkat 37/38. Terdapat juga lima lif segera yang membawa penumpang terus ke tingkat 41/42. Untuk ke tingkat-tingkat melebihi 41/42, penumpang perlu menaiki lif segera, kemudian bertukar lif ke tingkat-tingkat tinggi itu. Lif-lif penyambung ini melebihi paras tertinggi lif-lif yang mencapai tingkat 2 hingga 38. Corak perkhidmatan lif berulang dengan tingkat-tingkat atas, iaitu satu set ke tingkat antara 43/44 dan 57/58 dan satu lagi set ke tingkat antara 59/60 dan 73/74.[36]

Selain lif-lif utama ini, terdapat juga sebilangan lif "penyambung" yang mengangkut penumpang di antara kelompok tingkat lif utama. Berbeza dengan lif utama tersebut, lif tambahan ini bukan jenis dua tingkat. Dua buah lif disediakan untuk mengangkut penumpang dari tingkat 37/38 ke tingkat 41/42 (tingkat 39 dan 40 tidak boleh dimasuki). Oleh itu, tidak perlulah seseorang di separuh bawah bangunan untuk turun ke tingkat bawah untuk sampai ke separuh atas bangunan.

Lif-lif ini dilengkapi beberapa ciri-ciri keselamatan, seperti kebolehan mengeluarkan orang dari lif yang tersekat di antara tingkat dengan memandu salah sebuah lif bersebelahan secara manual ke sisinya, kemudian membuka panel pada dinding untuk membuka laluan kepada penumpang dalam lif yang tersekat agar melintas ke gerabak lif yang lain.[37] Ketika mengosongkan bangunan, hanya lif segera boleh digunakan, kerana hanya dilengkapi pintu keluar di tingkat G/1 dan tingkat 41/42; oleh itu sekiranya terjadinya kebakaran di separuh bawah bangunan, syaf yang terlindung ini tidak akan terjejas. Lif bomba turut disediakan untuk tujuan kecemasan.






Di kawasan timur perkarangan Menara Berkembar Petronas, di sebelah utara Masjid As Syakirin[38], terletaknya bangunan utiliti KLCC District Cooling yang bertujuan membekalkan air sejuk kepada semua bangunan di perkarangan KLCC. Unit air dingin pacuan turbin janaan gas ini mampu membekalkan udara nyaman sebanyak 42,000 RT[38], bukan sahaja kepada Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC, bahkan juga Menara Maxis, Menara Exxon Mobil, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, and Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan Masjid As Syakirin.



Laman ini diubah buat kali terakhir pada 12:12, 5 Oktober 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment