Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Sunday 16 October 2011
jangka hayat kucing
Umur kucing
Pernahkah kamu tertanya-tanya berapa lamakah jangka hayat seekor kucing? Kebanyakkan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.
Manakala kucing yang terbiar kebanyakkanya terdapat di tepi-tepi jalan hanya boleh menjangkau selama 4 hingga 8 tahun sahaja. Apa yang menyedihkan lagi kucing yang terbiar ini mati akibat dari tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan kurangnya mendapat nutrisi yang sepatutnya.
Bayangkan sahaja berjuta-juta anak kucing yang lahir dari induk yang terbiar. Bagaimanakah nasib anak-anak kucing itu. Walhal sepatutnya umur yang begitu kecil sepatutnya mendapat penjagaan yang sempurna tetapi banyak pula yang mati akibat dari tidak mampu mencari makanan sendiri ataupun dilanggar kenderaan.
Tetapi apakah hal dengan kucing yang dipelihara tetapi di biarkan berkeliaran di luar rumah? Biasanya kucing seperti ini jangka hayat mereka lebih lama jika di bandingkan dengan kucing liar. Ini kerana walaupun kucing ini berkeliaran tetapi makan minum masih terjaga. Cuma kucing seperti ini mempunyai risiko mati akibat dari jangkitan kuman daripada kucing-kucing liar yang lain.
Perbandingan Umur Manusia dan Kucing.
Pelik jangka hayat kucing lebih cepat berbanding dengan manusia. Tahukah kamu kucing yang beumur 1 tahun sama dengan 6 tahun umur manusia. Jadi bererti jika umur kucing 10 tahun sama dengan 60 tahun umur manusia.
Tidak kisahlah berapa beza umur dan jangka hayatnya. Apa yang penting kita sudah memberikan rawatan dan perlindugan yang terbaik kepada si comel kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment