Pages

Monday 17 October 2011

geografi grand canyon

 



Grand Canyon ialah sebuah gelinciran yang amat besar dan amat panjang di Penara Colorado yang mendedahkan strata Proterozoik dan Paleozoik yang terjulang.

Panjangnya Grand Canyon di sesetengah bahagian melebihi sebatu (1,609 meter) dalamnya. Walaupun demikian, ia bukannya ngarai yang paling dalam di dunia. Kedua-dua Barranca del Cobre di Mexico Utara dan Ngarai Hell di Idaho adalah lebih dalam, akan tetapi ia terkenal untuk saiznya yang amat besar serta pandangan daratnya yang rumit dan berwarna-warni. Pemandangannya dari lingkaran yang ditawarkan kepada para pelancong tidak dapat ditandingi di seluruh dunia. Dari segi geologi, ia sangat bererti kerana jujukan batuan purba yang tebal yang dikekalkan dengan indah dan yang terdedah pada tembok-tembok ngarai. Lapisan-lapisan batuannya mencatatkan banyak sejarah geologi benua Amerika Utara yang awal. Grand Canyon juga merupakan salah satu contoh hakisan semula jadi yang paling hebat di seluruh dunia.

Julangan yang dikaitkan dengan penciptaan gunung kemudian mengalihkan endapan-endapannya ribuan kaki naik ke atas untuk mencipta Penara Colorado. Kawasan penyairan Sungai Colorado yang lebih tinggi ini telah menyebabkan lebih banyak hujan, walaupun masih tidak mencukupi untuk mengubahkan keadaan kawasan Grand Canyon yang separuh gersang. Penjulangan Penara Colorado adalah tidak rata, dengan Penara Kaibab di Lingkaran Utara seribu kaki (kira-kira kurang 300 meter) lebih tinggi berbanding dengan kawasannya di Lingkaran Selatan. Penara Kaibab ini yang terletak pada arah utara-selatan dibelah dua oleh Grand Canyon. Fakta bahawa Sungai Coloradi melengkung mengelilingi bahagian Lingkaran Utaranya tetapi lebih rapat dengan bahagian Lingkaran Selatannya juga boleh dijelaskan melalui asimetrinya.

Ivo Lucchitta daripada Survei Geologi Amerika Syarikat merupakan orang pertama untuk mencadangkan bahawa oleh sebab Sungai Colorado berkembang sebelum hakisan yang bererti bermula di kawasan ini, ia sewajarnya akan merentasi atau mengelilingi Julangan Kaibab dengan mengikut "balapan lumpa" di selatan bahagian penara yang tertinggi. Hampir semua larian air dari Lingkaran Utara (yang mendapat lebih banyak hujan dan salji) mengalir menuju ke Grand Canyon, manakala kebanyakan larian air penara di belakang Lingkaran Selatan mengalir menjauhi ngarai (mengikut kesengetan umum). Hakikatnya ialah olak-olak air cawang dan ngarai-ngarai yang lebih dalam dan panjang pada sebelah utara dan ngarai-ngarai yang lebih pendek dan curam pada sebelah selatan.

Suhu-suhu di Lingkaran Utara umumnya adalah lebih rendah berbanding dengan suhu-suhu di Lingkaran Selatan kerana ia lebih tinggi (8,000 kaki (2,438 meter) [2] pada puratanya di atas aras laut). Hujan lebat adalah biasa di kedua-dua lingkaran pada bulan-bulan musim panas. Pemasukan ke Lingkaran Utara melalui laluan utama yang menuju ke ngarai (Laluan Negeri Arizona 67) adalah terbatas pada musim sejuk, akibat penutupan banyak jalan raya. Lingkaran Utara cenderung memberikan pemandangan-pemandangan kawasan ngarai luas terbentang yang lebih baik berbanding dengan pemandangan dari Lingkaran Selatan.



 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 05:13, 18 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment