Grand Canyon ialah sebuah gaung yang amat curam dan berwarna-warni yang diukir oleh Sungai Colorado di negeri Arizona, Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya terangkum dalam Taman Negara Grand Canyon — salah satu taman negara yang awal di Amerika Syarikat. Presiden Theodore Roosevelt ialah penyokong utama kawasan Grand Canyon dan yang banyak kali mengunjunginya untuk memburu serta untuk menikmati pemandangannya.
Grand Canyon dicipta oleh Sungai Colorado yang memotong sebatang saluran melebihi enam juta tahun dahulu. Ngarai ini 277 batu (446 kilometer) panjangnya, dengan lebarnya 4 - 18 batu (6.4 - 24 kilometer) dan dalamnya melebihi sebatu (1.6 kilometer). Hampir dua bilion tahun sejarah Bumi didedahkan ketika Sungai Colorado dan cawang-cawangnya memotong lapisan demi lapisan enapan apabila penara-penara Colorado terjulang.
Penglihatan tercatat Grand Canyon yang pertama oleh seorang Eropah adalah pada tahun 1540 oleh García López de Cárdenas dari Sepanyol. [1] Grand Canyon umumnya tidak diketahui sehingga selepas Perang Saudara Amerika Syarikat. Pada tahun 1869, Mejar John Wesley Powell, seorang bekas perajurit Perang Saudara satu tangan yang haus akan sains dan pengembaraan, membuat perjalanan perintis merentasi Grand Canyon melalui Sungai Colorado. Beliau mencapai perbuatan ini bersama-sama sembilan orang lelaki di dalam empat bot papan, walaupun hanya enam lelaki menyiapkan perjalanan mereka. Sejauh yang diketahui, kumpulan ini merupakan kumpulan pertama yang pernah membuat perjalanan sebegini. Powell merujuk kepada batuan-batuan enap sebagai "halaman-halaman sebuah buku cerita yang agung". Jauh sebelum itu, kawasan Grand Canyon dihuni oleh orang asli Amerika yang membina petempatan-petempatan mereka di dalam tembok ngarai serta gua-guanya.
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 05:13, 18 September 2011.
No comments:
Post a Comment