Pages

Wednesday 31 August 2011

salam kemerdekaan 2011





dikesempatan ini, izinkan saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54 kepada semua rakyat Malaysia.

semoga kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini akan terus kekal selamanya....

salam eidul fitri 5

ucapan hari raya dari seorang kawan...
terima kasih....



pemergian ramadan diratapi sayu,
kedatangan syawal disambut syahdu,
semuga keceriaan syawal tidak melalaikan kita dari penghayatan ramadan yang berlalu,
ya ALLAH, temukanlah kami dengan ramadan yang akan datang,
salam aidilfitri dari kami sekeluarga...

salam eidul fitri 4


seorang saudara jauh mengirimkan ucapan indah di pagi raya...
terima kasih saudara ku...

senyap tak bererti hilang,
diam tak bererti lupa,
jauh tak bererti putus,
walau di mana kita berada,
kita tetap sama,
sekaya mana pun kita,
dan sebesar manapun jawatan kita,
kita masih tetap menjunjung langit yang sama,
kita masih tetap berpijak bumi yang sama,
maaf sekiranya ada salah dan silap,
ikhlas dari kami sekeluarga...


 


salam eidul fitri 3

sorang rakan kerja mengirimkan ucapan selamat hari raya aidilfitri...
terima kasih rakan...



dengan rasa rendah diri, izinkan saya menyusun jari memohon kemaafan,
sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan maupun kesalahan,
mungkin kata-kata dan perbuatan saya menyinggung perasaan,
tetapi hakikatnya tidak terdetik pun hati saya untuk berbuat demikian,
saya memohon kemaafan di atas sebarang kekhilafan atau kesalahan yang berlaku,
semuga di dalam keberkatanNya, tuan sekeluarga memperolehi kebahagiaan....
salam aidilfitri dari saya sekeluarga...



salam eidul fitri 2


seorang rakan mengirimkan ucapan hari raya.....
terima kasih rakan....

 

sahabat itu seperti bintang,
walaupun jauh ia tetap bercahaya,
kekadang ia menghilang,
namun ia tetap ada,
tak mungkin dimiliki,
walau pun ia indah berseri,
hingga terbawa ke dalam mimpi,
tanda ingatan kekal di hati,
setulus hati tangan dihulur,
andaikata ada kehilafan dan kelemahan
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin...

salam eidul fitri 1

seorang sahabat mengirimkan ucapan selamat hari raya...
terima kasih sahabat....


secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
tetapi sebuah kemaafan membuat kita jadi mulia,
ucapan selamat hari raya buat tuan sekeluarga,
maaf zahir dan batin ikhlas dari kami

Thursday 25 August 2011

semulia manusia




Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat

-Khalifah Abdul Malik Marwan

ya, siddi mustaffa



Seberat mana bebanan kau mampu tersenyum
Wajahmu tenang sentiasa nampakkan girang
Mengambil kira luahan setiap insan
Biarpun hidupmu sedang dalam tertekan

Dalam terang, Dalam gelap
Dalam sengsara kau terus juang

Sedihmu tak kau larutkan menjadi tangisan
Tanganmu kau ringankan untuk hulurkan bantuan
Kau coba kabulkan setiap permintaan
Biar habis segala kau sanggup meminjam

Dalam terang, Dalam gelap
Dalam sengsara kau terus juang
Pahit kau telan, Ya! Sidi

Ya! Sidi Mustaffa
Sultan segala fakir
Di mataku kaulah manusia paling istimewa

Ya! Sidi Mustaffa
Pemilik Panji Sakinah
Di mataku kaulah terkaya antara yang terkaya

Tak segan bermandi keringat
Tak takut dihitam mentari
Tak lari walaupun dicabar
Demi sebuah kebenaran
Demi kebenaran

Dalam terang, Dalam gelap
Dalam sengsara kau terus juang
Pahit kau telan, Ya! Sidi

Lagu dan lirik: M. Nasir

Tuesday 23 August 2011

tadarrus Al-Quran


tadarus-al-quran
BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.”
(riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam bukunya Mausu’ah Qadaya Islamiah Mu’asirah 1/328 berkata:

“Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi.”

Sebuah hadis riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya menyebut: Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus. Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca. Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.”

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

Sebuah hadis riwayat al-Turmuzi daripada Abi Sa’id bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”

doa ibubapa


ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.




Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.

Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.

Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah Nabi SAW menegaskan,

“Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.

Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.

berdoalah untuk ibubapa



“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.




Berdasarkan Hadith Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).

motivasi kerja



‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

benci



Jangan Ada Perasaan Benci

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

cemerlang dalam pergaulan



Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.



Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

anda bukan gagal

Anda Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya



Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan. Gagal ketika exam, gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain. Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.

Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi, kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. Apa gunanya hidup tanpa ujian?

Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.

Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders. Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.

Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud:
“Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan”.
Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu. Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.

Akhir kata daripada saya, moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri. Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya”.
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Wallahualam….

kerja perlu berpakaian kemas


Mengapa Bekerja Perlu Berpakaian Kemas?

Satu soalan mudah saya tanya pada anda? Tetapi saya tujukan soalan ini bagi mereka yang bekerja memerlukan penampilan yang kemas sahaja. Tidak adil pula jika soalan ini ditujukan pada semua kan? Saya sengaja tanyakan soalan ini memandangkan sebahagian daripada kita mungkin agak tidak mengambil berat dengan perkara seumpama ini.

Pakaian kemas menunjukkan perbezaan profesion anda

Perasan atau tidak bukan semua kerja memerlukan anda berpakaian kemas. Contohnya jika anda seorang buruh kasar, nelayan atau pesawah sudah pasti tidak memerlukan pakaian kemas seumpama ini. Jadi jelas sekali pakaian kemas menjadi satu perbezaan anda dengan pekerjaan lain. Jadi mengapa tidak mahu berpakaian kemas. Sakit juga mata anda memandang jika seorang pengarah atau pegawai tidak menjaga penampilannya bukan?

Pakaian kemas menunjukkan kredibiliti

Wah! Bagaimana kredibiliti dilihat dari penampilan? Apa pandangan anda apabila anda melihat dua orang yang anda tidak kenali tetapi mereka mempunyai penampilan yang berbeza. Seorang lelaki berstatus bos tetapi berpakaian selekeh dengan baju berkedut dan seorang lagi hanyalah kerani biasa tetapi berpakaian kemas dan bertali leher. Siapakah yang anda lihat lebih hebat? Sejujurnya dari penampilan mungkin anda akan meletakkan seorang kerani tadi adalah bos bukan? Itulah yang saya maksudkan sebagai kredibiliti.

Pakaian menunjukkan prestij di mana anda bekerja

Prestij berbeza dengan kredibiliti. Apa pandangan anda melihat satu kelompok tentera yang sedang berjalan dengan pakaian seragam berkawad kaki dengan teratur di hadapan anda? Pastinya anda akan rasa kagum melihat mereka. Jika dilihat pada gaji seorang tentera mungkin tidaklah sehebat golongan profesional sekalipun pengorbanan tentera dalam keamanan negara lebih besar. Namun mengapa ada orang suka kerjaya sebagai tentera? Sebahagiannya kerana pakaian tentera itu sendiri menunjukkan prestij yang tersendiri. Prestij boleh menjadikan kerjaya tersebut popular di mata orang lain.

30 petua dapatkan pasangan


pasangan bahagia

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.


Petua oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Monday 22 August 2011

banyak ketawa



SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” – (Surah at-Taubah, ayat 82)
Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

peluk isteri




Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

peluklah isteri



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang baru-baru ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

solat witir



Salah satu sembahyang yang dilakukan pada waktu malam yang waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah datang waktu untuk menunaikan sembahyang sunat Fajar, baik didalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan lainnya dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Sembahyang Witir ini merupakan salah satu sembahyang sunat muakkad yang amat digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa melakukan sembahyang ini dengan sembahyang sunat Fajar, baik ketika baginda didalam kota (bermukim) ataupun ketika didalam musafir. Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan sembahyang Witir walaupun sekali.

Sabda Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Barang siapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami."

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya sembahyang sunat Witir walaupun ia tidaklah sampai hukum wajib.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim dari Ali ra yang bermaksud:

"Sebenarnya Witir itu bukanlah fardhu sebagaimana sembahyang kamu yang lima. Tetapi setelah Rasulullah saw melakukan sembahyang Witir baginda bersabda, " Wahai ahli Al-Quaran, kerjakanlah sembahyang Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil atau Esa) dan suka sekali kepada ganjil."

Rasulullah saw sering mengerjakan sembahyang sunat Witir ini sebanyak sebelas raka'at, dan ada juga yang meriwayatkan bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka'at satu salam.Bahkan ada yang meriwayatkan yamg Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak satu raka'at. Memandangkan ini maka sembahyang Witir ini boleh dilakukan paling sedikit stu raka'at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka'at dan keatas, maka tiga raka'at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.

Sunday 21 August 2011

bershukurlah



untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, bersyukurlah kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, bersyukurlah
kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, bersyukurlah
kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

untuk pakaian kita yang dah tak muat, bersyukurlah
kerana itu bermakna kita cukup makan.

untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, bersyukurlah
kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

untuk bunyi bising jiran-jiran, bersyukurlah
kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
renung-renung seketika..

tazkirah buat diri



Antara peluang syaitan untuk menguasai anak Adam ialah melalui sifat kikir dan takut papa. Kedua-dua sifat ini menghalang seseorang dari berkorban harta dan tenaga untuk perjuangan di jalan Allah. Ia menghalang seseorang menghulurkan bantuan kepada orang yang susah. Malah ia melemahkan rasa simpati dan kesan sifat perkemanusiaan yang ada dalam jiwa.

Allah menerangkan :


"Syaitan menjanjikan ( menakut-nakutkan ) kamu dengan kemiskinan ( risiko ) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan ( kikir).(Akan tetapi ) Allah menjanjikan untuk kamu keampunan dan kurnia daripadanya, dan Allah Maha Luas ( kurniaNya) dan Maha Mengetahui." ( Surah Al - Baqarah : 268)

khasiat kurma





Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.



Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel
darah putih secara berlebihan.



Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa
hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

kurma





Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
 
 
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan
vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

marhaban ya ramadhan 2

sambungan dari artikel: maraban ya ramadhan
selamat membaca


d. Wa 'alal ladzina yuthiqunahu fidyatun tha'amu
   miskin (Dan wajib bagi orang yang berat
   menjalankannya membayar fidyah, (yaitu): memberi
   makan seorang miskin) (QS Al-Baqarah [2]: 184).
 
Penggalan ayat ini diperselisihkan maknanya oleh banyak  ulama
tafsir.  Ada  yang  berpendapat  bahwa pada mulanya Allah Swt.
memberi alternatif bagi orang yang wajib puasa, yakni berpuasa
atau berbuka dengan membayar fidyah. Ada juga yang be~pendapat
bahwa ayat ini berbicara tentang para musafir dan orang sakit,
yakni  bagi  kedua  kelompok  ini  terdapat  dua  kemungkinan:
musafir dan orang  yang  merasa  berat  untuk  berpuasa,  maka
ketika  itu  dia harus berbuka; dan ada juga di antara mereka,
yang pada hakikatnya  mampu  berpuasa,  tetapi  enggan  karena
kurang  sehat  dan  atau  dalam  perjalanan,  maka bagi mereka
diperbolehkan untuk berbuka dengan syarat membayar fidyah.
 
Pendapat-pendapat di atas tidak populer di kalangan  mayoritas
ulama.  Mayoritas  memahami  penggalan  ini  berbicara tentang
orang-orang tua  atau  orang  yang  mempunyai  pekerjaan  yang
sangat  berat, sehingga puasa sangat memberatkannya, sedang ia
tidak mempunyai sumber rezeki lain kecuali pekerjaan itu. Maka
dalam  kondisi  semacam  ini. mereka diperbolehkan untuk tidak
berpuasa dengan syarat membayar fidyah. Demikian  juga  halnya
terhadap  orang  yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa, dan
diduga tidak akan sembuh dari penyakitnya. Termasuk juga dalam
pesan  penggalan  ayat  di atas adalah wanita-wanita hamil dan
atau menyusui. Dalam hal ini terdapat rincian sebagai berikut:
 
Wanita yang hamil  dan  menyusui  wajib  membayar  fidyah  dan
mengganti  puasanya  di  hari  lain,  seandainya  yang  mereka
khawatirkan adalah janin atau anaknya  yang  sedang  menyusui.
Tetapi  bila  yang mereka khawatirkan diri mereka, maka mereka
berbuka dan hanya wajib menggantinya di hari lain, tanpa harus
membayar fidyah.
 
Fidyah  dimaksud adalah memberi makan fakir/miskin setiap hari
selama  ia  tidak  berpuasa.  Ada  yang  berpendapat  sebanyak
setengah  sha'  (gantang)  atau kurang lebih 3,125 gram gandum
atau kurma (makanan pokok). Ada juga yang menyatakan satu  mud
yakni   sekitar   lima   perenam  liter,  dan  ada  lagi  yang
mengembalikan penentuan jumlahnya pada kebiasaan yang  berlaku
pada setiap masyarakat.
 
e. Uhilla lakum lailatash-shiyamir-rafatsu ila
   nisa'ikum (Dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadhan
   bersebadan dengan istri-istrimu) (QS Al-Baqarah [2]:
   187)
 
Ayat ini membolehkan hubungan seks (bersebadan) di malam  hari
bulan  Ramadhan, dan ini berarti bahwa di siang hari Ramadhan,
hubungan seks  tidak  dibenarkan.  Termasuk  dalam  pengertian
hubungan  seks  adalah  "mengeluarkan  sperma" dengan cara apa
pun. Karena itu walaupun ayat ini tak  melarang  ciuman,  atau
pelukan antar suami-istri, namun para ulama mengingatkan bahwa
hal tersebut bersifat makruh, khususnya bagi yang tidak  dapat
menahan  diri,  karena  dapat  mengakibatkan keluarnya sperma.
Menurut istri Nabi, Aisyah  r.a.,  Nabi  Saw.  pernah  mencium
istrinya  saat  berpuasa.  Nah, bagi yang mencium atau apa pun
selain  berhubungan  seks,  kemudian  ternyata  "basah",  maka
puasanya  batal;  ia harus menggantinya pada hari 1ain. Tetapi
mayoritas ulama tidak mewajibkan  yang  bersangkutan  membayar
kaffarat,  kecuali  jika  ia melakukan hubungan seks (di siang
hari), dan kaffaratnya dalam hal ini  berdasarkan  hadis  Nabi
adalah  berpuasa  dua  bulan berturut-turut. Jika tidak mampu,
maka ia harus memerdekakan hamba. Jika tidak mampu juga,  maka
ia harus memberi makan enam puluh orang miskin.
 
Bagi  yang  melakukan hubungan seks di malam hari, tidak harus
mandi sebelum terbitnya fajar.  Ia  hanya  berkewajiban  mandi
sebelum  terbitnya  matahari  --paling tidak dalam batas waktu
yang memungkinkan ia shalat  subuh  dalam  keadaan  suci  pada
waktunya. Demikian pendapat mayoritas ulama.
 
f. Wakulu wasyrabu hatta yatabayyana lakumul khaith
   al-abyadhu minal khaithil aswadi minal fajr (Makan
   dan minumlah sampai terang bagimu benang putih dan
   benang hitam, yaitu fajar).
 
Ayat ini membolehkan seseorang untuk  makan  dan  minum  (juga
melakukan hubungan seks) sampai terbitnya fajar.
 
Pada   zaman   Nabi,   beberapa   saat  sebelum  fajar,  Bilal
mengumandangkan azan, namun beliau  mengingatkan  bahwa  bukan
itu  yang dimaksud dengan fajar yang mengakibatkan larangan di
atas.  Imsak  yang  diadakan  hanya  sebagai  peringatan   dan
persiapan untuk tidak lagi melakukan aktivitas yang terlarang.
Namun  bila  dilakukan,  maka  dari  segi  hukum  masih  dapat
dipertanggungjawabkan  selama fajar (waktu subuh belum masuk).
Perlu  dingatkan,  bahwa   hendaknya   kita   jangan   terlalu
mengandalkan  azan,  karena  boleh jadi muazin mengumandangkan
azannya setelah berlalu beberapa saat dari waktu subuh. Karena
itu  sangat  beralasan  untuk  menghentikan aktivitas tersebut
saat imsak.

kasih



Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman......
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih setulus Zulaika....
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar....
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna seperti Rasulullah S.A.W...........
Bimbinglah dirinya,dan terimalah kekuranganitu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya........
Tetaplah berdoa pada Allah agar dia akan terus menjadi milikmu........................................


phoenix bangkit dari abu




Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)


 

Lagu dan lirik: M. Nasir



Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta... demi cinta...

rindukan emak


Saya sebenarnya tak tahu nak buat macam mana sekarang ni. Saya sebenarnya terlalu rindukan arwah emak yang telah pergi pada 23 Julai lepas. Saya tak tahu kena terlalu rindukan emak. Mungkin saya anak lelaki yang bungsu. Tambahan pula saya jarang menjengguk emak sebelum ini. Saya terkilan sangat sebab tak dapat luahkan perasaan gembira atau sedih bersama emak. Emak banyak membuatkan sembahyang hajat untuk saya dan adik beradik lain supaya sentiasa sihat dan mencapai cita-cita masing-masing sepanjang dia sihat. Tak putus-putus harapan dan doa ibu pada kami. Tapi sekarang ni emak dah tak ada. Kalau saya di pejabat emak selalu telefon pada waktu tengahari utk berbual-bual dgn saya. Tapi sekarang dah tak ada. Kadang tu saya menangis sorang -sorang bila tengok no telefon emak.

Sejak saya kahwin, saya jauh dari emak sebab emak di Johor dan saya di Selangor. Tambahan pula tugas yg dipikul juga berat, susah nak balik ke kampung. Emak sebenarnya dah lama sakit luekimia, tapi tak pernah cakap pada saya. Rindu pada emak bertambah lagi tambahan pula saya fikirkan datangnya ramadan.

Saya berharap saya boleh jumpa ibu secepat mungkin di alam lain.

dabbaah




Dalam Al-Quran Allah berfirman bahwa di akhir zaman akan ada binatang yang membawa pesan keimanan untuk terakhir kalinya. Tertera dalam surat An Naml ayat 82

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.
Bisa saja ayat ini ditafsirkan bahwa binatang yang dikenal sebagai Dabbah mampu berbicara dengan manusia sebagaimana Allah maha menciptakan segala sesuatu. Kalaupun binatang ini tidak berbicara mungkin dia membawa pesan-pesan ilahiah sehingga manusia menyimpulkan dari pesan-pesan yang dibawanya bahwa orang-orang jaman dulu atau sebelumnya tidak beriman kepada Allah sehingga mereka telah diazab.  Pesan-pesan itu bisa saja berupa gen-gen tubuhnya yang luar biasa  kompleks tapi mampu dibaca oleh  analisis-analisis modern.  Kalau kita pernah saksikan  ada  binatang atau fenomena  alam yang bertulis  lafaz Allah mungkin juga si Dabbah  menunjukan hal serupa.

Di antara tanda Kiamat kubro –setelah pintu taubat ditutup dengan terbitnya matahari dari barat– adalah keluarnya binatang bumi yang lain dari biasanya, di mana ia bisa berbicara kepada manusia dan memilah-milah mana mukmin dan mana kafir untuk melengkapi maksud ditutupnya pintu taubat. Munculnya tanda ini sama dengan tanda-tanda yang lain berdasar kepada al-Qur’an dan sunnah.
Firman Allah,

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82).

Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Zur’ah berkata,

Ada tiga orang kaum muslimin yang duduk di sisi Marwan bin al-Hakam, mereka mendengarnya –sementara dia menyinggung tanda-tanda Kiamat– menyatakan bahwa Dajjal adalah tanda pertama yang muncul. Maka Abdullah bin Amru berkata, “Marwan tidak mengucapkan apa-apa, saya telah menghafal suatu hadits dari Rasulullah saw yang tidak aku lupakan sesudah aku mendengarnya dari beliau, beliau bersabda, ‘Tanda yang pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat dan munculnya binatang bumi kepada manusia di waktu Dhuha. Apa pun dari keduanya mendahului yang lain maka yang lain menyusul tidak lama kemudian’.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سِتًّا الدَّجَّالَ، وَالدُّخَانَ، وَدَابَّةَ الأَرْضِ، وَطُلُوْعَ الشَمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَأَمْرَ العَامَّة، وَخُوَيِّصَةَ أَحَدِكُمْ.
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw bersabda,


“Bersegeralah berbuat baik sebelum datangnya enam perkara: Dajjal, dukhan, binatang bumi, terbitnya matahari dari barat, Kiamat dan kematian salah seorang dari kalian.” (HR. Muslim)
 
Dari Hudzaefah bin Usaid Al-Ghifari berkata, Rasulullah saw melewati kami, sementara kami sedang berbincang-bincang. Beliau bertanya, “Apa yang kalian perbincangkan?” Kami menjawab, “Kiamat.” Beliau bersabda, “Kiamat tidak datang sehingga kalian melihat sepuluh tanda sebelumnya: dukhan, Dajjal, binatang bumi, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga pembenaman: pembenaman di timur, pembenaman di barat dan pembenaman di jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang menggiring manusia ke padang Mahsyar.” (HR. Muslim, Abu Dawud, dan at-Tirmidzi).

Di antara sifat binatang yang dijadikan oleh Allah sebagai salah satu tanda Kiamat adalah bentuk dan perbuatannya yang lain dari biasanya, ia bisa berbicara dan berdialog dengan manusia dan dia memberi cap iman atau kufur kepada mereka.

Sebagaimana keterangan yang ada di dalam hadits Abu Umamah bahwa Rasulullah bersabda, “Binatang bumi itu keluar maka ia memberi cap kepada manusia di wajah mereka. Kemudian jumlah mereka meningkat sehingga seseorang membeli onta dia ditanya, ‘Dari siapa kamu membeli onta itu?’ Dia menjawab, ‘Dari salah seorang yang dicap wajahnya…’.” (HR. Ahmad, dishahihkan oleh al-Albani dalam as-Silsilah ash-Shahihah nomor 322).

Keterangann lebih dari ini tentang sifat-sifat dan ciri-ciri binatang ini maka ia hanyalah perkakataan orang-orang tertentu yang perlu dibuktikan dengan hadits yang shahih dari Rasulullah saw, jika tidak maka cukuplah hadits shahih sebagai pemberi keterangan, selebihnya wallahu a'lam.

Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dalam tahqiq Musnad Imam Ahmad berkata, “Ayat Al-Qur’an secara jelas mengatakan dengan bahasa Arab bahwa ia adalah “دابة ”, dan artinya jelas dan dikenal dalam bahasa Arab, tidak diperlukan ta’wil. Hadits telah menjelaskan perbuatannya. Dan banyak sekali hadits-hadits baik yang shahih atau lainnya yang menyatakan datangnya tanda Kiamat ini (binatang bumi) dan bahwa ia keluar di akhir zaman. Dan terdapat atsar-atsar yang menjelaskan sifatnya tetapi ia tidak dinisbatkan kepada Rasulullah saw sebagai penyampai dari Tuhannya dan penjelas bagi ayat-ayat kitabNya, maka tidak apa-apa apabila kita meninggalkannya. Silakan melihat –sebagai contoh– Tafsir Ibnu Katsir (6/305-310).

Akan tetapi sebagian orang di zaman ini yang menisbatkan diri mereka kepada Islam, di mana ucapan yang mungkar dan akal yang rusak menguasai mereka, mereka tidak ingin beriman kepada perkara ghaib, mereka hanya mau beriman kepada sesuatu yang riil yang telah digariskan oleh guru dan teladan mereka dari kalangan Eropa penyembah berhala, para pengikut madzhab permisif, yang membuang segala agama dan akhlak, mereka ini tidak bisa beriman kepada apa yang kita imani, mereka juga tidak bisa mengingkari secara jelas maka mereka kehilangan kontrol, kebingungan dan berpura-pura. Selanjutnya mereka menta’wilkannya, membelokkan ucapan dari makna asli yang sebenarnya berdasarkan bahasa Arab, mereka merubahnya sebagai rumus (teka-teki), hal itu karena pengingkaran yang bercokol di dalam jiwa mereka.


Lebih dari itu sebagian dari mereka menukil ta’wil dari seorang dari India yang dikenal dari kelompok yang menisbatkan dirinya kepada Islam, padahal ia adalah musuh utama Islam dan kaki-tangan para penjajah, musuh-musuh Islam. Lihatlah orang-orang seperti ini, dari sumber manakah mereka berkoar-koar? Dan berpijak kepada apa mereka bertindak? Neraka mana lagi yang mereka masuki? Semua itu karena mereka tidak meyakini ayat-ayat Allah.”