Pages

Sunday 14 August 2011

botox bawa kesan serius


Hati-hati jika anda berhajat untuk menggunakan Botox sebagai rawatan kosmetik.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat memberi amaran baru-baru ini bahawa menggunakan bahan  ‘botulinum toxin’ seperti rawatan Botox yang popular di kalangan orang ramai ketika ini boleh membawa kepada kesan-kesan sampingan yang berbahaya termasuk kematian.


“FDA ingin memaklumkan bahawa kami semakin sedar akan adanya beberapa laporan mengenai reaksi-reaksi negatif daripada penggunaan ‘botulinum toxin’ termasuk kesukaran untuk bernafas dan kematian,” kata Dr Russell Katz, ketua divisyen produk neurologi FDA.

Reaksi ini berlaku jauh daripada bahagian tubuh di mana produk itu disuntik, tambahnya. ‘Botulinum toxin’ digunakan untuk beberapa tujuan seperti menegangkan kulit muka, menghilangkan keringat berlebihan dan memulihkan spasma atau kekejangan di kelopak mata dan leher.

Bagaimanapun, FDA tidak pula melarang penggunaan bahan tersebut.

Kenapa ingin menggunakan Botox sebagai rawatan kosmetik? Terima sahajalah kenyataan. Memang sudah sampai waktunya menghadapi usia senja. Yang penting, kesihatan harus dijaga dengan sebaik mungkin. Agar kita dapat teruskan beribadah hingga ke akhir hayat hidup ini. Memang benar, apabila sudah dibotox, wajah bertambah jelita. Malah berubah dari yang ORIGINAL. Namun, jangan lupa!! Di mata Allah swt tetap sahaja nampak kecacatannya. Cacat kerana mengubah ciptaan-Nya. Cacat kerana menolak anugerah dari-Nya jua.

Jangan samakan diri kita dengan dunia Barat! Duni Barat, mereka sayangkan dunia. Dunia adalah Syurga mereka. Namun bukan kita. Janganlah mudah ikut TREND masa kini yang memudharatkan diri sendiri. Tidak kelihatan ASLI. Kadang-kala saya lihat orang yang menggunakan botox ini mempunyai wajah yang serupa dengan yang lain. Hidungnya, matanya dan sebagainya. Maaf cakap leerrr, cam ALIEN pun ada.
Sebenarnya wajah yang kelihatan jernih dan berseri itu terlahir dari hati yang bersih serta air wudhu’ yang senantiasa membasahi wajah itu. Senyum walaupun dalam keadaan susah dan sedih agar melambatkan wajah kelihatan tua. 

No comments:

Post a Comment