Pages

Monday 22 August 2011

solat witir



Salah satu sembahyang yang dilakukan pada waktu malam yang waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah datang waktu untuk menunaikan sembahyang sunat Fajar, baik didalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan lainnya dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Sembahyang Witir ini merupakan salah satu sembahyang sunat muakkad yang amat digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa melakukan sembahyang ini dengan sembahyang sunat Fajar, baik ketika baginda didalam kota (bermukim) ataupun ketika didalam musafir. Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan sembahyang Witir walaupun sekali.

Sabda Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Barang siapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami."

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya sembahyang sunat Witir walaupun ia tidaklah sampai hukum wajib.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim dari Ali ra yang bermaksud:

"Sebenarnya Witir itu bukanlah fardhu sebagaimana sembahyang kamu yang lima. Tetapi setelah Rasulullah saw melakukan sembahyang Witir baginda bersabda, " Wahai ahli Al-Quaran, kerjakanlah sembahyang Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil atau Esa) dan suka sekali kepada ganjil."

Rasulullah saw sering mengerjakan sembahyang sunat Witir ini sebanyak sebelas raka'at, dan ada juga yang meriwayatkan bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka'at satu salam.Bahkan ada yang meriwayatkan yamg Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak satu raka'at. Memandangkan ini maka sembahyang Witir ini boleh dilakukan paling sedikit stu raka'at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka'at dan keatas, maka tiga raka'at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.

No comments:

Post a Comment