seorang teman menghantar email untuk dikongsi.......
Assalamualaikum, sebagai pembuka kata, salam perkenalan dari saya untuk pembaca semua. Semoga dengan apa yang dipaparkan menjadikan kita insan yang lebih mengutamakan insan yang bernama 'IBU'...
kita kaya apabila ibu bapa kita masih ada di dunia ni............. kita miskin apabila mereka telah tiada kelak.........
Selagi kita ada mempunyai ibu bapa jagalah hati dan perasaan mereka........
Semalam semasa saya pulang dari kerja saya terserempak dengan satu situasi yang merentap jantung dan hati saya semasa saya mengisi minyak kereta di stesyen minyak. Seorang ibu ditengking oleh anaknya sendiri supaya cepat berjalan kerana dia menuunggu di atas motornya. Saya tahu ibunya bekerja sebagai cleaner distesyen minyak tersebut. Dalam perjalanan balik terus saya terkenang dan terlalu rindu dengan arwah emak saya. Mengharap kematian emak saya adalah mimpi sahaja dan
bukannya benar-benar berlaku.
Betapa ada manusia tidak tahu menghargai ibu mereka semasa masih ada. Sementara terasa miskinnya saya didunia ini tanpa ibu tercinta.
Teringat juga saya bagaimana makcik saya menjaga anaknya yang HIV positif, siang malam adalah waktu yang singkat padanya menjaga anaknya di Hospital.
Disaat-saat akhir hayat anaknya masih merayu dengan doktor usahakanlah agar anaknya sembuh. Betapa kalau anaknya sedar adakah dapat dia tahu betapa berkorbannya ibu menghabiskan masa, wang ringgit dan tenaga dalam menjaga anaknya itu. Dan disaat anaknya dikapankan, menghalalkan, meredhakan dan mendoakan agar anaknya nanti diharap menunggunya di akhirat kelak. Itulah Ibu. Dan Alfatihah untuk adik sepupu saya.
Saya adalah anak ke sembilan dari dua belas adik beradik dimana enam perempuan dan enam lelaki. emak melahirkan saya dikala usianya 30 tahun.
Jikalau emak masih ada usia emak adalah 70 tahun. Dengan izin dan rahmat Allah emak mendapat anak anak lelaki dulu baru diikuti dengan anak anak perempuan. Dan yang bongsu adalah lelaki.Yalah anak lelaki apabila sudah berkeluarga dengan tanggung jawabnya sendiri tidaklah emak merasa sangat serpihan kesenangan anak-anaknya.
Tapi saya tahu hati emak, melihat anaknya bahagia dengan keluarga masing masing dia juga turut bahagia. Walaupun ayah bekerja tetap sebagai guru tapi emak tetap gigih mencari wang sampingan membesarkan anak-anaknya. emak berniaga kuih muih, menjual nasi lemak dan menjual bunga hiasan. Tapi peliknya hanya adik perempuan dan kakak saya yang mengikut bakat emak berniaga dan yang sepuluh lagi tidak.Apabila tiba musim buah-buahan emak gigih berniaga ditepi jalan dusun. Cara emak menyusun buah manggis sungguh cantik dan saya ‘terpaksa' menunggu digerai buahan emak. Tapi selalunya manggis dan rambuatan emak cepat habis. Emak pula menunggu jualan buah duriannya. Tapi itu semua kenangan lama dan kadang-kadang ingin sekali saya menikmati suasana itu kembali.
Apabila saya dan kakak kakak telah bekerja, emak mula ‘berehat' dari mencari wang tambahan belanja rumah. Walaupun emak agak mewah tetapi emak seorang yang berjimat dan rajin bersedekah Malangnya keselesaan emak tidak lama kerana emak mula sakit sakit. Sakit emak sekejap baik sekejap sembuh. Katanya perutnya terasa panas seperti lilin yang didekatkan ke kulit badan. Di Hospital Tawakal emak menerima rawatan tapi selepas lima hari emak agak sembuh dan doktor kata emak mengidap kerosakan saraf urat dan selepas ini kemungkinan emak akan mengidap penyakit lain seperti jantung, buah pinggang dan hati. Syukur di hari mak keluar dari hospital mak mendapat surat menunaikan fardhu Haji. Ini semua peraturan Allah. Di Mekah emak pula yang menjaga abah yang sakit teruk disana.
Sebulan selepas pulang dari Mekah penyakit emak datang semula, panas dalam perutnya bertambah kuat. Emak dimasukkan ke Hospital Universiti.Dan sejak itu sakit emak pasang surut selama lima tahun. Kakak yang bertugas sebagai guru tingkatan enam memohon ditukarkan bertugas dikampung. Disekolah kakak memohon pula mengajar murid-murid tingkatan 1 kerana ingin memandikan, menjaga emak disebalah pagi. Menyediakan makan minum emak dan kakak kedua saya akan menyambung tugasan di sebalah petang yang juga seorang guru. Akhirnya adik perempuan saya berhenti kerja dan saya satu satu anak perempuan emak yang bekerja jauh hanya mampu mengirim wang sebagai ‘gaji' adik yang berhenti kerja.
Apabila ada kesempatan saya akan pulang ke kampung menjaga emak. Saya mandikan emak dengan penuh kasih sayang dan mengharap emak akan sembuh. Mak hanya mampu terbaring.Tapi masih mampu tersenyum jika kami melayannya berbual dan menceritakan padanya bagaimana kuatnya emak panjat pokok manggis dan pulasan. Agaknya inilah rahmat pada saya yang lambat mempunyai anak. Keringkasan saya balik ke selangor dari johor pada bila bila masa kerana tidak perlu memikirkan hal anak-anak dengan suami yang begitu memahami situasi saya. Tahun 2003 adalah tahun ‘malang' bagi kami sekeluarga. Petang itu emak memanggil kak long yang sedang mengaji disisinya.
Emak kata badan emak terlampau ringan dan tidak berasa apa-apa. kakak mengajar emak mengucap dan memanggil kakak kedua saya. Dan disaat kakak memangku emak, emak pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. Dan saya yang diwaktu yang sama sedang berada di Hospital Pakar Johor kerana terlibat dengan kemalangan dengan patah kaki kiri. Semasa Doktor sedang menyimen kaki saya saya terdengar berita yang paling menyedihkan itu. Selepas siap kaki saya disimen, saya meminta kebenaran keluar dan terus pulang kekampung. Jam 12 malam saya sampai ke kampung. Sebaik melangkah masuk, hilang kesakitan dikaki, betapa saya peluk emak, menangisi pemergian emak. Emak yang rambutnya tidak beruban, wajah ‘kemudaan' menjelma semula dengan kurusnya seperti waktu mudanya.
Bezanya emak terbaring kaku, tinggalkan kami 12 beradik, suami yang dikasihi selama 50 tahun bersama dan cucu seramai 45 orang. Tahukah emak hingga saat ini, bila anak-anak emak berkumpul, akan diakhiri dengan tangisan tanpa suara, hanya air mata mengalir. Dan saya hingga ke saat ini air mata ini mengalir kadang-kadang deras dan kekadang tidak. Masih teringat pesan emak agar menjaga abah dan tetap pulang ke kampung dihari raya menjenguk abah. Percayalah emak, sekarang pada kami abah tulah abah dan abah tulah emak dan emak tetap permata hati kami buat anak anak emak. Pada mereka yang masih ada emak didunia ini, tunjukkanlah kasih sayang kepada kedua orang tuamu. Kamu adalah seorang yang kaya didunia ini jika masih mempunyai emak dan ayah. Untuk emak, Alfatihah sentiasa mengiringi emak. Tidak putus putus tahlil kami lakukan oleh anak anak emak ni.
Semoga Allah mengizinkan kami memeluk emak semula di Akhirat kelak dan inilah harapan kami. Amin.
kisah luahan hati seorang anak ini mengingatkan kita tentang pentingnya ibu bapa yang masih hidup. hargailah mereka selagi mereka masih ada. walaupun sudah agak terlewat untuk diucapkan, namun, bukanlah satu kesukaran untuk menyedekahkan Al-fatihah setelah ketiadaan mereka.
No comments:
Post a Comment