Pages

Wednesday 30 November 2011

akidah ummah kian terhakis




Akidah adalah alat terpenting dalam diri manusia yang menentukan hubungan mereka dengan Allah SWT. Tanpanya mereka tidak akan diterima di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang patuh dan taat terhadap segala titah perintah-Nya yang mampu membawa mereka menempuh hidup yang penuh dengan rahmat, keampunan daripada Allah SWT.
Apabila akidah tidak dijadikan alat terpenting dalam kehidupan manusia, maka berlakulah krisis keyakinan manusia terhadap kebenaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w., apatah lagi yang dijelaskan oleh para sahabat baginda dan para ulama di kalangan Tabiin selepas kewafatan para sahabat.
Ini kerana, apabila akidah tidak ada dalam diri manusia, maka segala tindakan, ungkapan kenyataan, cara hidup, cara berfikir mereka disandarkan kepada ilham akal semata-mata yang akan berfikir pada perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka. Justeru, lahirlah manusia yang tidak percaya kepada kebenaran Islam, lantaran beranggapan bahawa akal adalah utama yang memuktamadkan segala keputusan dalam kehidupan.
Lahirlah selepas itu, manusia-manusia yang menduakan Allah (syirik) dengan anggapan bukan untuk tujuan mensyirikkan Allah, tetapi mahu mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaran, sepertimana yang pernah berlaku di zaman Jahiliyyah yang dirakamkan Allah menerusia ayat 3 surah az-Zumar, maksudnya:
 
Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya."

Jadi persoalan akidah tidak boleh disandarkan kepada akal semata-mata tanpa disandarkan kepada wahyu Ilahi dalam al-Quran atau yang dijelaskan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. bagi memelihara ketulenan akidah daripada sebarang penyelewengan, kerosakan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi murtad, musyrik, mulhid atau apa sahaja nama yang menunjukkan mereka terkeluar daripada agama Islam.

Ya Allah

bersyukurlah

hijau yang tenang

mencari rezki

terpegun

berakit

tepi...tepi.....tepiii.........

ooppssss...jatuh ke

Quran Flash




Kini terdapat kaedah mudah membaca al-Quran sambil anda sedang bekerja tanpa membawa naskhah al-Quran itu sendiri.

Sungguh mudah menggunakannya, seolah-olah anda sedang memegang naskhah al-Quran itu sendiri...boleh diselak-selak, macam real je...juga anda boleh mencari mukasurat atau juzuk yang dikehendaki...sila klik ke link berikut:



Syukur Alhamdulillah.....
Aminnnnn......

betul ke ni

ada jam free

kata tak pada perokok

kasut siapa tu

cantiknya 'paper cup'

besarnya bola

keajaiban nombor dalam Al-Quran





Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


NOTA: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

sifat - sifat Al-Quran

al-quran-1.jpg



  • An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)
  • Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)
  • Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
  • Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)



Laman Wikipedia ini diubah buat kali terakhir pada 14:37, 24 November 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • nama - nama Al-Quran




    • Al-Kitaab (اﻟﻛتاب)bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
    Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)
    • Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
    Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)
    • Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
    Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)
    • At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
    Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)




    Laman Wikipedia ini diubah buat kali terakhir pada 14:37, 24 November 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • bukti Al-Quran






    Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dalam menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapatkan tiga kemungkinan.
    • Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.
    • Kedua, karangan Muhammad SAW.
    • Ketiga, berasal dari Allah SWT saja.
    Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi bahasa maupun gayanya.
    Kemungkinan pertama yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah karangan orang Arab merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah menentang mereka untuk membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :
    قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ"Katakanlah: 'Maka datangkanlah sepuluh surat yang (dapat) menyamainya" (Surah Hud 13).
    Di dalam ayat lain :

    قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِثْلِهِ"Katakanlah: ('Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat yang menyerupainya" (Surah Yunus 38).

    Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berhasil. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan berasal dari perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, ada tentangan dari Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab tentangan itu. Kemungkinan kedua yang mengatakan bahwa Al-Quran itu karangan Nabi Muhammad s.a.w., adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Nabi Muhammad s.a.w. adalah orang Arab juga. Bagaimanapun cerdiknya, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama seluruh bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal pula apabila Nabi Muhammad s.a.w. yang juga termasuk salah seorang dari bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu, jelas bahawa Al-Quran itu bukan karangan Nabi Muhammad s.a.w.. Terlebih lagi dengan banyaknya hadis shahih yang berasal dari Nabi Muhammad s.a.w. --yang sebagian malah diriwayatkan lewat cara yang tawatur, yang kebenarannya tidak diragukan lagi. Apabila setiap hadis dibandingkan dengan ayat manapun dalam Al-Quran, maka tidak akan dijumpai adanya kemiripan dari segi gaya bahasanya. Padahal Nabi Muhammad s.a.w., disamping selalu membacakan setiap ayat-ayat yang diterimanya, dalam waktu yang bersamaan juga mengeluarkan hadis. Namun, ternyata keduanya tetap berbeza dari segi gaya sasteranya. Bagaimanapun kerasnya usaha seseorang untuk menciptakan berbagai macam gaya bahasa dalam pembicaraannya, tetap saja akan terdapat kemiripan antara gaya yang satu dengan yang lain. Kerana semua itu merupakan bagian dari ciri khasnya dalam berbicara. Oleh kerana memang tidak ada kemiripan antara gaya bahasa Al-Quran dengan gaya bahasa hadis, bererti Al-Quran itu bukan perkataan Nabi Muhammad s.a.w. Sebab, pada masing-masing keduanya terdapat perbezaan yang tegas dan jelas. Itulah sebabnya tidak seorang pun dari bangsa Arab, orang-orang yang paling tahu gaya dan sastera bahasa arab, pernah menuduh bahwa Al-Quran itu perkataan Nabi Muhammad s.a.w. atau mirip dengan gaya bicaranya. Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu dicipta Nabi Muhammad s.a.w. dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah SWT dalam firman-Nya :
    وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ"(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: 'Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (bukan-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas" (Surah An-Nahl 103).
    Jika telah terbukti bahwa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Nabi Muhammad s.a.w., maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya.



    Laman Wikipedia ini diubah buat kali terakhir pada 14:37, 24 November 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • Al-Quran -pengenalan




    Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
    Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:
    "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

    Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
    Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
    Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.





    Laman Wikipedia ini diubah buat kali terakhir pada 14:37, 24 November 2011.

  • Terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • jejantas udara menara

    seorang sahabat mengirimkan email menceritakan pengalaman dapat menaiki jejantas udara menara kembar petronas......









    Walau pun telah beberapa kali menjejakkan kaki di KLCC, namun inilah kali pertama kami berpeluang untuk mengunjungi Jejantas Udara (Skybridge) yang terletak di tingkat 41, Menara Berkembar Petronas.
     
    Menurut wikipedia, jejantas ini terletak 170 meter dari paras tanah dan panjangnya 58 meter dan beratnya 750,000 kg. Jejantas ini terbuka kepada orang ramai, asalkan mendapat tiket percuma yang diberi mengikut resmi siapa dulu dia dapat (terhad kepada 1700 orang sehari).

    Ketika tiba di tingkat bawah menara untuk mendapatkan tiket masuk (tiada bayaran dikenakan) kira jam 10:05 pagi pada Ahad lepas, kami tiga beranak cuma boleh masuk ke jejantas tersebut pada jam 3:15 petang memandangkan ianya telah pun penuh. Kami mengambil keputusan untuk mengunjungi Petrosains terlebih dahulu sebelum menaiki jejantas tersebut.

    Jam 3:00 petang, kami mula memasuki pintu masuk untuk melihat tayangan video terlebih dahulu. Sebelum menaiki lif ke tingkat 41, kami diperiksa oleh kakitangan keselamatan seperti yang terdapat di KLIA. Sepanjang perjalanan dalam lif ke tingkat 41, kami diberi taklimat oleh kakitangan yang bertugas tentang jejantas udara ini serta dibenarkan berada di sana hanya 10 minit sahaja.

     



    Kalau terlambat, tiket habis...




    Pemandangan dari dalam jejantas udara...


     
    Taman KLCC


     
    Salah satu pemandangan dari jejantas udara

    Tuesday 29 November 2011

    pengurusan harta pusaka

    Kalau tuan tuan pergi jalan-jalan ke Seri Menanti atau Kuala Pilah, tuan-tuan akan lihat banyak rumah kampung yang usang dan tidak terurus. Laman yang semak dan rumah tua yang dibalut belukar adalah pemandangan yang biasa. Kebanyakan rumah dan tanh yang terbiar ini adalah peninggalan harta pusaka yang tidak diurus dengan baik. Negeri Sembilan khasnya mempunyai sistem adat tanah yang unik. Tanah pusaka hanya boleh turun kepada anak perempuan sahaja.

    Niat pengasas Adat Perpatih dulu sememangnya murni untuk membela nasib orang perempuan Minangkabau. Kerana orang lelaki mereka suka merantau, maka biarlah orang perempuan yang tinggal di kampung menjaga kebun dan rumah halaman mereka. Orang lelaki Minangkabau adalah perantau yang hebat. Mereka berdagang dan membina ekonomi di perantauan. Olehitu difikirkan mereka tiada perlu kepada harta pusaka. (Lihat saja di Chow Kit Road dan sekitar KL.. majoriti peniaga Melayu di sana adalah orang Minangkabau)
    Walaubagaimana pun sistem ini tidak lagi relevan pada zaman sekarang. Orang perempuan Melayu/Minang sudah ramai yang berhijrah ke merata pelusuk dunia. Samada mengikut suami atau mencari rezeki sendiri. Maka tinggallah tanah pusaka dan Rumah Gadang atau Rumah Induk usang terbiar. Tanah pusaka yang tidak boleh diturunkan kepada anak laki-laki menjadi semak samun yang membiak ular dan nyamuk.

    Maka di sinilah kita lihat peri pentingnya Pengurusan Harta Pusaka yang baik. Agar rumah dan tanah pusaka tidak terabai dan tidak memberi apa-apa faedah kepada para waris.

    Amanah Raya Berhad(ARB) memainkan peranan penting dalam hal ini. Masyarakat perlu disedarkan bahawa mereka perlu menulis wasiat dan tulis dengan sempurna. Dengan adanya wasiat yang baik, yakni, berdokumen dan ditadbir secara professional, maka perbalahan tentang harta pusaka peninggalan orang tua akan dapat dielakkan. Rumah-rumah usang dan tanah terbiar yang banyak bertaburan di seluruh negara mungkin dapat dimanfaatkan dengan baik.

    Satu akta baru perlu difikirkan bagaimana untuk menjadikan Penulisan Wasiat menjadi satu sabjek di sekolah-sekolah dan pusat pengajian. Adat-adat berkenaan tanah dan pusaka yang sudah lapuk harus ditukar. Orang Islam perlu kembali kepada Sistem Perwarisan yang termaktub dalam Al Quran. Begini sahaja akan dapat mengelakkan masalah harta beku. Menurut ARB, RM40B harta umat Islam di Malaysia beku kerana pengurusan harta pusaka yang tersangkut. Antara masalahnya ialah tiada wasi (pemegang amanah) yang professional dan waris-waris yang hilang entah ke mana. Proses untuk menguruskan harta pusaka jika tidak ada wasi yang professional amat lambat dan terpaksa menghadapi sistem birokrasi yang teruk. Para waris terpaksa turun naik mahkamah untuk mendapatkan kuasa dan membahagi-bahagikan harta pusaka. Bagaimana nasib anak-anak yatim dan para yang perlu menyambung kehidupan? Semasa ayah masih hidup mereka mungkin hidup senang tetapi oleh kerana si ayah tidak menulis wasiat secara sistematik, nasib keluarga yang ditinggalkan menjadi caca merba.

    Mahukah kita menjadi tidak tenteram di dalam kubur kerana harta peninggalan kita (dan hutang) tidak diurus dengan baik. Anak isteri jatuh miskin papa walaupun harta pusaka si ayah banyak. Mana pula orang yang bukan waris yang betul mengaut rezeki anak yatim yang kita tinggalkan. Adik beradik bergaduh berbutkan harta peninggalan kerana ayah tidak membuat wasiat. Dan berbagai-bagai lagi masalah yang banyak kita dengar.
    lagi maklumat saya terima dari email seorang sahabat....
    sila baca sebagai panduan....







    Apakah itu harta pusaka?

    Harta saya hari ini. Hari ini kita mempunyai pelbagai jenis harta sama ada kita sedari atau tidak. Antara harta yang kita miliki hari ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ), akaun-akaun simpanan atau semasa di bank, rumah, tanah, kenderaan seperti kereta dan motosikal, simpanan di Lembaga Tabung Haji, akaun pelaburan seperti di ASB, polisi insuran, polisi takaful, saham syarikat, saham koperasi, jam tangan rolex, barang kemas dan sebagainya. Pendek kata apa sahaja material yang merupakan milik sah kita dan mempunyai nilai adalah harta kita.

    Harta pusaka saya hari esok. Kesemua harta yang kita miliki di atas, sebaik sahaja kita meninggal dunia akan menjadi milik sah waris-waris kita mengikut Hukum Faraid. Mereka ( waris ) mempunyai bahagian ke atas harta pusaka itu mengikut kadar seperti yang ditentukan oleh Hukum Faraid. Semua orang mempunyai waris Faraid yang berbeza-beza.

    Bagaimanakah harta pusaka ini diuruskan ? Harta pusaka adalah amanah yang mesti diuruskan dengan baik oleh pentadbir harta pusaka tersebut. Pentadbir pusaka boleh dilantik di kalangan waris-waris atau syarikat amanah berlesen. Dia (pentadbir harta pusaka) perlu menjalankan banyak tugas seperti mengumpulkan waris-waris, mendapatkan maklumat mengenai harta dan hutang si mati, memfailkan permohonan pusaka sama ada di Amanah Raya Berhad, Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, memegang secara amanah harta, mengagihkan harta pusaka dan sebagainya. Sesuatu urusan harta pusaka itu boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya pentadbir harta pusaka itu mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam menjalankan tanggungjawabnya. Masalahnya, ramai orang tidak tahu apa yang mesti dilakukan dan ke mana harus mereka pergi sekiranya mereka ingin menjalankan tanggungjawab ini

    kepentingan merancang harta pusaka





    "RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut" - itulah tajuk sebuah buku yang baru penulis baca. Buku tersebut dikarang oleh Ustaz Md Ghazali Ibrahim turut memuatkan deraf membuat surat wasiat, surat hibah dan surat harta sepencarian. Beliau yang telah berkecimpung dalam bidang Faraid dan Pusaka lebih dari tiga tahun telah banyak memberi ceramah dan penerangan berkenaan isu tersebut sama ada dalam bentuk rundingcara, bengkel, kursus, seminar dan sebagainya.

    Penulis sebenarnya tidak terperanjat terhadap amaun tersebut memandangkan sebelum ini pernah mendengar taklimat mengenai perancangan harta pusaka anjuran
    Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd dua bulan lepas di Senawang. Melalui taklimat tersebut penulis mendapat tahu betapa ramainya umat Islam di negara ini yang mempunyai hartanah tetapi apabila meninggal, waris gagal menuntut harta tersebut akibat dari kegagalan si mati untuk membuat perancangan harta pusaka.

    Penulis sendiri akui kurang arif terhadap perancangan harta pusaka. Justeru itu, penulis cuba mendapat info berkenaan urusan harta pusaka ini dari sebuah kedai buku di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, buku yang dikarang oleh Ustaz Md Ghazali Ibrahim telah memberi sedikit sebanyak info yang diperlukan oleh penulis.

    Antara yang menarik di dalam buku tersebut yang penulis kira amat penting bagi kita semua ialah situasi di mana seorang suami telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan serta kedua ibubapanya. Arwah tidak meninggalkan sebarang harta melainkan simpanan di KWSP di mana isterinya adalah penama. Arwah juga masih berhutang dengan pihak bank.

    Setelah si isteri mendapat wang dari KWSP sebanyak RM24,000.00, beliau terus membuka akaun bank untuk anak-anaknya dan masing-masing mendapat RM2,000.00 seorang. Manakala bakinya disimpan untuk dirinya sendiri tanpa diberikan sedikit pun kepada ibu dan bapa mertuanya.

    Ibubapa arwah yang tidak berpuas hati telah mengadu kepada pejabat agama. Menurut tuan kadhi, berdasarkan kiraan faraid, bapa arwah sepatutnya mendapat 1/6, ibu mendapat 1/6, isteri arwah mendapat 1/8 dan anak lelaki dan perempuan kongsi pada bakinya. Ini bermakna, dari jumlah RM24,000.00 (kalau belum tolak hutang), bapa arwah mendapat RM4,000.00, ibu mendapat RM4,000.00. Bahagian isteri arwah hanya RM3,000.00. Bahagian anak lelaki ialah RM6,500.00 dan bahagian anak perempuan setiap seorang dapat RM3,250.00.

    Menurut tuan kadhi lagi, isteri arwah telah melakukan tiga dosa besar, iaitu:

    1. Beliau membuat dosa dengan memakan harta secara batil. Ini adalah kerana beliau mengambil hak kedua mertuanya di mana kedua mereka sebenarnya mempunyai hak ke atas harta pusaka anak sendiri.

    2. Beliau membuat dosa dengan memakan harta anak yatim. Ini adalah kerana anak-anak tersebut di bawah umur baligh atau pun di bawah 18 tahun. Mereka yang di bawah umur adalah anak yatim.

    3. Dosa yang ketiga adalah beliau telah memakan hak arwah suami yang masih belum dibersihkan. Ini adalah kerana arwah masih lagi berhutang dengan pihak bank semasa hidup. Sepatutnya wang tersebut hendaklah digunakan untuk melunaskan segala hutang-hutang arwah terlebih dahulu dan kalau ada lebih baru difaraidkan kepada waris-waris.

    Penulis merasa terkejut juga bila membaca kisah tersebut dan percaya ianya masih berlaku di kalangan kita. Hal ini adalah disebabkan ramai di kalangan umat Islam gagal untuk merancang harta pusaka serta gagal mempelajari ilmu faraid.

    pembaharuan undang - undang






















    Sebelum Islam terutamanya pada zaman Jahiliah, anak-anak perempuan, isteri, ibu-ibu dan ahli waris perempuan yang lain langsung tidak diberikan hak dalam harta pusaka. Demikian juga kanak-kanak yang belum baligh tidak diberikan hak dalam pembahagian harta pusaka. Perwarisan hanya berlaku kepada golongan lelaki 8 yang boleh mempertahankan kabilah dan keluarga dari serangan musuh. Perwarisan hanya berlaku atas dasar keturunan (untuk lelaki yang dewasa), perjanjian dan anak angkat.

    Selepas turunnya ayat al-mawarith, Undang-undang Pusaka Islam telah memperkenalkan satu pembaharuan dalam undang-undang pusaka, di mana golongan wanita telah diiktiraf oleh Islam dengan memberikan kepada mereka taraf ahli waris yang sah dan menetapkan kadar tertentu kepada mereka dalam harta pusaka.Daripada 12 golongan ahli waris ashab al-furud, seramai 8 orang adalah terdiri daripada ahli waris perempuan dan 4 orang sahaja yang terdiri dari ahli waris lelaki. Di antara pembaharuan yang diperkenalkan dalam Undang-undang Pusaka Islam ialah:

    1. Hak pusaka mempusakai adalah berasaskan kepada hubungan nasab (kerabat), akad perkahwinan, wala’ dan Islam.

    2. Tidak menafikan hak dalam pusaka antara lelaki dan perempuan, kecil atau besar, di mana semua mereka berhak menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewaris (si mati).


    3. Ibu bapa dan anak-anak tidak digugurkan daripada menerima harta pusaka dalam apa keadaan sekalipun. Kemungkinan kadar bahagian mereka dalam pusaka boleh berubah sekiranya terdapat ahli -ahli waris yang lain.


    4. Saudara-saudara lelaki dan perempuan tidak akan menerima harta pusaka sekiranya ada dua ibu bapa si 9 mati. Kewujudan saudara-saudara boleh mengurangkan bahagian ibu daripada 1/3 kepada 1/6.


    5. Apabila wujud ahli waris lelaki dan perempuan dalam satu kes, ahli waris lelaki akan mengambil dua bahagian ahli waris perempuan, atau dua bahagian untuk ahli waris lelaki dan satu bahagian untuk ahli waris perempuan.

    dasar umum pusaka islam





    Undang-undang Pusaka Islam dibina di atas asas yang kukuh , yang tidak wujud dalam sistem pusaka yang lain. Dasar ini merupakan ciri utama kepada Undang-undang Pusaka Islam, iaitu:

    1. Al-Wasatiyyah, iaitu satu sistem yang bersifat pertengahan (wasatiyyah) berbanding dengan sistem kapitalis dan komunis. Pemilikan individu diberi pengiktirafan dan dijamin melalui Undang-undang Pusaka Islam.

    2. Al-Tawazun, iaitu satu sistem yang memberi perimbangan kepada pemilik harta untuk melupuskan hartanya atas kadar 1/3 selepas kematian dalam bentuk wasiat untuk kebajikan, dan 2/3 lagi untuk ahli- ahli waris sebagai harta pusaka mengikut hukum Syarak.

    3. Al-Adalah; iaitu satu sistem pembahagian pusaka secara adil kepada semua ahli-ahli waris berdasarkan fitrah manusia, keperluan dan keakraban mereka dengan pewaris.

    4. Al-Ijbar; iaitu satu sistem yang mewajibkan semua ahli-ahli waris menerima harta pusaka secara faraid dan pewaris tidak boleh menegah salah seorang ahli-ahli waris daripada menerima harta pusakanya, malah ahli-ahli waris wajib menerima harta pusaka segera selepas kematian, kecuali dia melepaskan haknya.

    5. Perwarisan dikalangan keluarga terdekat; iaitu perwarisan yang berlaku dikalangan kaum kerabat terdekat dengan pewaris seperti suami isteri, dua ibu bapa, anakanak, saudara-saudara, bapa-bapa saudara dan dhawi alarham(menurut pendapat Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal) .

    6. Penetapan bahagian untuk ahli-ahli waris; iaitu ahliahli waris fardu dan asabah akan menerima pusaka. Bahagian ahli-ahli waris ashab al-furud telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bahagian mereka sama ada 1/2, 1/4, 1/8, 2/3 , 1/3 atau 1/6 sepertimana dijelaskan dalam nas alQuran.

    7. Ahli-ahli waris yang syumul; iaitu ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka adalah merangkumi semua ahliwaris atau kerabat, sama ada kecil atau besar, tua atau muda, kaya atau miskin dan janin dalam kandungan ibu mereka juga diberi hak dalam pusaka. Demikian juga suami atau isteri berhak menerima harta pusaka sekalipun mereka bukan kerabat, tetapi mereka mempunyai hubungan suci perkahwinan, pengorbanan, tolong menolong dan kesetiaan di antara mereka.

    8. Hak wanita dan kanak-kanak dalam pusaka dan kadarnya; iaitu wanita dan kanak-kanak kecil dijamin hak mereka dalam pusaka Islam. Kadar yang sepatutnya diterima oleh wanita adalah 2/3, 1/3, 1/6, 1/2, 1/4 atau 1/8. Kanak-kanak kecil atau besar kadar penerimaan mereka dalam pusaka adalah sama sahaja.

    9. Keutamaan kepada kaum kerabat yang lebih hampir dengan pewaris jika tidak ada halangan tertentu yang boleh menghalang mereka daripada menerima harta pusaka.

    10. Berlebih kurang kadar (al-tafadul) dalam pembahagian pusaka adalah berasaskan kepada keperluan ahli-ahli waris (al-hajah), umpamanya wanita dan kanak-kanak kecil lebih memerlukan kepada harta, anakanak si mati lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan bapa dan datuk mereka dan lelaki lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan wanita kerana lelaki memikul tanggungjawab tertentu dalam agama.

    11. Hukum pusaka Islam bersifat tetap (thabat); iaitu tidak berubah dan tidak boleh bertukar ganti sekalipun masa, lokasi dan individu berubah kerana ia merupakan ketetapan Allah s.w.t. melalui nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. kecuali dalam kes perwarisan datuk ketika bersama saudara-saudara dalam menerima pusaka dan wasiat wajibah yang ada ruang untuk berijtihad.

    akibat lambat pengurusan






    INILAH AKIBATNYA APABILA URUSAN HARTA PUSAKA DIPANDANG REMEH SEMASA HAYAT KITA :

    • Pembekuan Harta Pusaka oleh Amanah Raya Berhad
    • Proses Penyelesaian Harta Mengambil Masa Yang Terlalu Lama
    • Persengketaan Sesama Ahli Keluarga Yang Tersayang
    • Pembolotan Harta oleh Mereka Yang Tidak Bertanggung-jawab
    • Pembahagian Harta Yang Tidak Betul Serta Tidak Berlandaskan Syariat Islam
    • Terpaksa Melalui Proses Perundangan Yang Rumit Akibat Daripada Urusan Harta Pusaka Yang Tertangguh
    • Bayaran Guaman Yang Tinggi

    kategori pemilikan





    KATEGORI PEMILIKAN YANG PERLU KEPADA WASIAT :

     
    * lPemegang Akaun Simpanan dan Semasa di bank

    * Pelaburan Saham-saham seperti ASN, ASB, ASM Dan Saham-Saham Amanah Yang Lain

    * Pencaruman di KWSP dan Akaun di Tabung Haji

    * Pemilik Polisi, Insuran dan Takaful

    * Pemilik Hartanah (Rumah dan Tanah) serta Harta Tak Alih yang Lain

    * Pemegang Saham Syarikat (Tersenarai dan Persendirian)

    * Apa Sahaja Harta Bernilai yang Ditinggalkan Atas Nama Simati Contohnya Seperti Barang Kemas

    dalil berkaitan harta pusaka

     
     
     
     
     
     
    Al-Quran - Surah al-Nisa'; ayat 10, 11 dan 176
     
    “Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, dan jika kamu mempunyai anak bagi isteri seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki(seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada harta Tetapi jika saudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seseorang, maka sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun”.
    ( Surah an-Nisa': ayat 12 )
    Hadith Rasulullah s.a.w
    Antaranya adalah :
     
    “ Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya”. ( Riwayat Bukhari )

    tanggungjawab waris



    Sebelum pembahagian harta pusaka, waris –waris wajib menyelesaikan perkara berikut :

    • Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar yang wajib sahaja

    • Menjelaskan hutang si mati :

    • Hutang kepada Allah swt seperti Zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah.

    • Hutang kepada manusia

    • Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.

    pembahagian perlu disegerakan





    Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi menggelakkan perkara seperti berikut :

    • Memakan dan menguasai harta dengan cara batil

    • Hutang tidak dijelaskan dengan segera

    • Wasiat tidak disempurnakan dengan segera

    • Bilangan waris bertambah ramai akibat kematian berlapis

    • Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan yang sebenar

    • Harta tidak terurus atau terbiar

    • Urusniaga tidak dapat dijalankan

    • Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris-waris kerana masih didaftar dengan nama simati

    • Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya

    pembahagian perlu disegerakan

    pengertian harta pusaka





    Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia, (untuk diwarisi oleh keluarganya). Dalam bahasa Arab, pusaka dipanggil Al Irth, Al Wirth, atau Al Wirathah yang dalam bahasa Melayu dipanggil Warisan.Menurut istilah Syara’ harta warisan atau mirath ialah harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia yang telah menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagih-agihkan di kalangan mereka yang berhak.

    Harta Pusaka termasuk:

    • Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati yang diperolehi semasa hayatnya secara halal seperti melalui jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.

    • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati

    • Hutang kepada si mati yang di jelaskan selepas kematian

    • Dividen /faedah yang terbit daripada harta si mati

    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

    • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya


    Harta Pusaka Tidak Termasuk:

    • Harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan yang dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya

    • Khairat kematian

    • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian

    • Faedah kematian /amaun tambahan KWSP

    • Imbuhan, pampasan dan sagu hati

    • Pencen

    • Bayaran – bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 Perkeso

    • Harta yang dipinjam

    buat mu ibu





    Ibu...bergenang airmataku
    Terbayang wajahmu yang redup sayu
    Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
    Bagaikan laut yang tak bertepian

    Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
    Tidak pun kau merasa jemu
    Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
    Dari kecil hingga dewasa

    Hidupmu kau korbankan
    Biarpun dirimu telah terkorban
    Tak dapat ku balasi
    Akan semua ini
    Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

    Ibu...kau ampunilah dosaku
    Andainya pernah menghiris hatimu
    Restumu yang amat aku harapkan
    Kerana di situ letak syurgaku

    Tabahnya melayani kenakalan anakmu
    Mengajarku erti kesabaran
    Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
    Menyuluh jalan kehidupan

    Kasih sayangmu sungguh bernilai
    Itulah harta yang kau berikan

    Ibu...kau ampunilah dosaku
    Andainya pernah menghiris hatimu
    Restumu yang amat aku harapkan
    Kerana di situ letaknya syurgaku

    Tabahnya melayani kenakalan anakmu
    Mengajarku erti kesabaran
    Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
    Menyuluh jalan kehidupan

    Kasihanilah, Tuhan
    Ibu yang telah melahirkan diriku
    Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
    Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
    Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


    Album : Kalimah Cinta
    Munsyid : Aeman

    e-jenazah -perkhidmatan tambahan





    e-Jenazah juga menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan. Perkhidmatan ini direkabentuk dan ditawarkan kepada pelanggan e-Jenazah sebagai satu opsyen untuk menjadikannya lebih bersepadu dan memudahkan waris simati.
    Perkhidmatan tambahan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
    1. Perkhidmatan Catering
      Perkhidmatan ini boleh dipohon oleh waris semasa berhubung dengan ‘Call Centre’ untuk mendapatkan perkhidmatan e-Jenazah. Perkhidmatan ini termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam yang disediakan dalam pakej standard dan premium. Pelanggan boleh membuat pilihan dan kadar caj bagi perkhidmatan ini terdapat dalam laman web e-Jenazah .
    2. Perkhidmatan kenduri Arwah
      e-Jenazah juga menyediakan perkhidmatan mengadakan kenduri arwah bagi memudahkan urusan waris. Dalam mengadakan kenduri ini , kami menyediakan beberapa pakej yang boleh dipilih oleh waris atau boleh diwasiatkan oleh pelanggan semasa masih hidup melalui laman web e-Jenazah. Diantara pakej yang tawarkan adalah seperti berikut:-
      • Kenduri arwah dengan bacaan tahlil dan jamuan makan dimasjid berdekatan selama 3 hari berturut-turut.
      • Kenduri arwah dengan bacaan Yasin diikuti tahlil dan doa oleh para hafiz di madrasah tahfiz yang terpilih.
      • Bacaan keseluruhan Al-Quran oleh para hafiz di madrasah Tahfiz terpilih.
        Perkhidmatan - perkhidmatan diatas boleh didapati dengan caj yang dapat dirujuk dalam laman web.
    3. Perkhidmatan Bantuan Tuntutan Lepas Kematian
      e-Jenazah juga ingin membantu waris untuk membuat tuntutan tuntutan yang layak bagi pihak simati. Ianya dilakukan melalui pertalian kepada beberapa agensi dan syarikat insuran di dalam laman web e-Jenazah agar proses tuntutan dapat dipermudahkan.

    e-jenazah -huraian perkhidmatan






    Sebagai menghalusi skop pekhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, maka dihuraikan setiap satu dari elemen perkhidmatan yang telah dinyatakan diatas.
    1. Khidmat pengurusan jenazah selepas kematian
      Apabila sesuatu kematian terjadi, kerapnya keluarga waris simati akan merasakan satu kesedihan dan tekanan yang agak kuat. Pada saat ini khidmat nasihat dan bantuan dalam menguruskan jenazah yang baru meninggal itu dengan sebaiknya akan sedikit melegakan keluarga waris. Panel pengurusan Jenazah kami akan dengan segera sampai ditempat jenazah berada, bagi memastikan keadaan jenazah diuruskan dengan sepatutnya. Bergantung kepada keadaan dan sebab kematian, beberapa langkah pengurusan awal akan dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetap.
    2. Khidmat nasihat kepada waris simati
      Pengurusan jenazah banyak menimbulkan kekeliruan sehingga sebahagian dari amalan adalah bertentangan dengan syarak dan ini membebankan jenazah sekaligus menyebabkan dosa kepada para hadirin. Panel Pengurusan Jenazah kami akan sedia memberikan khidmat nasihat apabila berlaku situasi begini dan diperingkat yang lebih serius, Panel Penasihat Syarie kami yang terdiri dari peguam syarie dan pakar pakar hukum yang bertauliah dapat dihubungi untuk membantu.
    3. Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS
      e-Jenazah, sebagaimana yang disebutkan sebelum ini adalah satu perkhidmatan yang akan memberi kelegaan kepada waris simati. Bagi tujuan ini, semasa mendaftar dengan e-Jenazah, pelanggan akan diminta mengisi borang saudara terdekat untuk dihubungi (maksima 20 orang) bagi membolehkan ‘Call Centre’ kami menghantar pesanan ringkas secara otomatik kepada semua ahli keluarga terdekat apabila berita kematian dilaporkan.
    4. Pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah
      Apabila kematian berlaku di hospital, didalam zon ahli, maka e-Jenazah akan menyediakan pengangkutan untuk membawa jenazah ke rumah waris seperti yang ditetapkan. Perkhidmatan ini akan diberikan tidak mengira waktu. Pihak e-Jenazah mempunyai pasukan yang bersedia 24 jam. Perkhidmatan ini hanya diberikan bagi kes kematian yang terjadi dalam zon ahli. (contohnya: Ali mendaftar dalam zon Pulau Pinang A (Pulau) dan kematian terjadi di Hospital Pantai (Bayan Lepas) maka perkhidmatan ini adalah layak diterima olehnya. Tetapi jika kematian berlaku di luar zon ahli maka, perkhidmatan boleh juga diberikan dengan kadar bayaran yang di tetapkan dalam Jadual B - caj pengangkutan antara zon. ( Contohnya :- Ali mendaftar di Pulau Pinang A (Pulau) dan Meninggal di zon Perak A (Perak Utara), setelah waris Ali menghubungi call centre e-jenazah dan menyatakan yang arwah Ali perlu diuruskan jenazahnya dan juga dikebumikan di Pulau Pinang, maka perkhidmatan pengangkutan yang akan diberikan oleh e-Jenazah akan dicaj mengikut Jadual B. Tetapi jika, waris simati tidak berhajat untuk kebumikan simati di zon asal ahli, tetapi ingin dikebumikan di zon dimana ia meninggal, maka ianya dapat dilaksanakan melalui prosedur biasa dengan syarat zon tersebut adalah zon perkhidmatan e-Jenazah.
    5. Membantu waris dalam menguruskan proses dokumentasi kematian
      Satu lagi urusan yang agak membebankan waris simati adalah untuk mendapatkan dokumentasi kematian. Salah satu dari perkhidmatan e-Jenazah adalah membantu waris dalam mendapatkan dokumen-dokumen ini. Sebahagian dari kes Kematian adalah agak rumit, terutama jika ianya melibatkan kes kes jenayah. Dengan panel-panel yang berpengalaman, e-Jenazah dapat membantu waris menangani permasaalah ini.
    6. Memandikan Jenazah
      Urusan memandikan jenazah akan dilaksanakan dan disempurnakan oleh panel pengurus jenazah kami dengan menitik beratkan elemen hukum dan sensitiviti. Jenazah lelaki akan dimandikan oleh lelaki dan jenazah wanita akan dimandikan oleh wanita. Ditempat dimana tiada kemudahan mandi mayat maka pihak e-jenazah akan menyediakan kit mandi mayat bergerak secara percuma. Perkhidmatan ini termasuklah semua peralatan mandi yang diperlukan dan ditetapkan dalam jadual C – Perkakasan Mandi Jenazah
    7. Mengkafankan Jenazah
      Urusan mengkafan jenazah akan dilaksanakan sepenuhnya oleh panel pengurusan Jenazah kami dengan sentiasa menitikberatkan elemen hukum dan sensitiviti. Semua peralatan dan perkakasan yang berkaitan dengan urusan ini akan disediakan oleh panel kami mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam jadual D – Perkakasan Pengkafanan.
    8. Solat Jenazah
      Dalam menawarkan pengurusan Solat Jenazah, kami akan menyediakan pengangkutan untuk jenazah yang telah siap dikafan dan dimasukkan ke dalam keranda dari rumah hingga ke Masjid atau surau yang terdekat untuk disembahyangkan oleh waris dan para tetamu yang hadir. Andainya waris simati ingin lebih ramai orang untuk menyembahyangkan jenazah, maka usaha untuk mendapatkan jumlah yang ramai ini tidaklah termasuk dalam skop perkhidmatan ini.
    9. Mengkebumikan Jenazah
      Dalam menguruskan pengkebumian jenazah, pihak e-Jenazah akan menguruskan semua urusan seperti menggali liang lahat, mengkebumikan dan pembacaan talqin. Hadiah Qatam AlQuran (30 Juzuk) oleh para Al-Hafiz Sebagai satu hadiah yang tidak ternilai dari e-Jenazah untuk para pelanggan, adalah majlis bacaan keseluruhan Al-Quran oleh para Al Hafiz akan diadakan dan dihadiahkan kepada arwah melalui Madrasah Tahfiz AlHasani yang berada dibawah naungan syarikat ini.
    10. Akses www.urusjenazah.com
      Satu lagi kemudahan yang akan diberikan kepada pelanggan e-Jenazah adalah ekses ke portal urusjenazah.com, portal ini dibangunkan oleh kumpulan pakar e-Jenazah dalam menyediakan satu platform yang memuatkan informasi dan kemudahan interaktif yang dapat membantu khususnya pelanggan dan umat Islam umumnya. Portal ini akan memuatkan platform intraktif dengan pelanggan, terutamanya untuk urusan pendaftaran ahli, kemaskini data, urusan pembayaran dan lain-lain kemudahan. Kami juga memuatkan Prosedur Operasi pengurusan jenazah yang lengkap, senarai panel pengurusan jenazah di setiap zon dan panel penasihat syariah. Portal ini juga mempunyai link dengan beberapa aplikasi yang akan dibangunkan oleh e-Jenazah seperti, e-pusara, e-yatim, e-wasiat, e-sadaqah, e-faraid dan beberapa lagi aplikasi yang sedang dirancang oleh kumpulan teknikal kami.

    Monday 28 November 2011

    e-jenazah -pengurusan lengkap





    e-Jenazah menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah lengkap, segera, sistematik dan berlandaskan hukum syarak kepada setiap pelanggannya pada bila bila masa melalui kawalan dan pengoperasian pusat ‘ call-centre’ yang boleh dicapai melalui ekses mudah.
    Pekhidmatan pengurusan jenazah yang akan diberikan adalah seperti berikut :-
    1. Khidmat pengurusan jenazah selepas kematian.
    2. Khidmat nasihat kepada waris simati.
    3. Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS.
    4. Pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah.
    5. Membantu waris dalam menguruskan proses dokumentasi kematian.
    6. Memandikan Jenazah.
    7. Mengkafankan Jenazah.
    8. Solat Jenazah*
      *Membantu dalam menyelenggarakan Solat Jenazah dengan waris.
    9. Pengebumian Jenazah.
    10. Hadiah Qatam Al-Quran (30 Juzuk) oleh para Al-Hafiz.
    11. Akses www.eJenazah.com sebuah portal yang merupakan platform yang memuatkan sumber ilmu dan ruang maya untuk umat Islam berintraksi sambil beramal.

     

    e-jenazah




    sekapur sirih seulas pinang


    ejenazah.com adalah satu cetusan ilham ke arah menyediakan satu sistem pengurusan jenazah lengkap, sistematik dan berlandaskan syariah.
    Kami mengabungkan kumpulan pengurusan professional yang bertauliah, prasarana lengkap kemudahan ICT & Call Centre dan prosedur operasi (SOP) yang berlandaskan syariah dalam menyediakan perkhidmatan yang melegakan kepada umat Islam.
    Dengan lahirnya ejenazah.com, umat Islam boleh menarik nafas lega, kerana hanya dengan satu panggilan telefon ke call center kita yang beroperasi 24 jam, semua urusan jenazah akan disempurnakan oleh mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman dan senantiasa dipantau oleh pengurusan yang cekap.
    ejenazah.com dilahirkan kepada masyarakat Islam sebagai pelengkap amalan pengurusan jenazah sedia ada yang dijalankan oleh individu atau khairat kematian. Memahami sensitiviti masyarakat Islam, kami menggunakan khidmat anak tempatan untuk menyempurnakan tugas kifayah ini, kami juga akan bekerjasama dengan khariah-khariah dan khairat kematian dalam menambahbaik perlaksanaan tanggungjawab ini.
    Di samping pengurusan jenazah lengkap, ejenazah.com ingin memberikan sumbangan yang lebih kepada masyarakat Islam dengan menyediakan lebih banyak kemudahan dan faedah lain seperti di bawah terutamanya kepada ahli-ahlinya.
    1. Gerbang Ilmiah Maya
      • Mengumpulkan gedung ilmu dalam bidang fardu ain dan fardu kifayah secara maya kepada umat Islam.
      • Juga memberikan kemudahan kepada umat Islam dalam membuat rujukan untuk wasiat, faraid dan sebagainya secara online.
      • Ruang forum soal jawab agama yang akan dikendalikan oleh panel syariah ejenazah.
    2. Pembangunan Insaniah
      • Ejenazah.com juga menyediakan kursus-kursus yang berkaitan pembangunan insaniah dan berbentuk motivasi kepada masayarakat Islam.
    e-jenazah senantiasa peka dalam bidang perlaksanaannya mengikut hukum dan sunnah. Demi memastikan ianya tidak tersasar dari maksud kifayah yang sebenarnya, maka kami merasa bertuah kerana Sahibul Samahah Tan Sri (Dr.) Hj Harussani, Mufti dan Tokoh Agama Negara yang terbilang telah menjadi Ketua Penasihat Syariah e-jenazah.com melalui nasihat dan tunjuk ajar beliau insyaallah e-jenazah.com akan senantiasa berada di atas landasan yang betul dan sempurna.

    terciptanya "perempuan"

    pada hari penciptaan perempuan, malaikat bertanya kepada ALLAH SWT.....

    " Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

    Lalu ALLAH SWT menjawab...
    "Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..



    * TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

    * SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

    * PELUKAN & CIUMAN’nya boleh memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

    * Dia TERSENYUM bila melihat temannya TERTAWA..

    * Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

    * Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .

    * Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..