Pages

Tuesday 29 November 2011

dasar umum pusaka islam





Undang-undang Pusaka Islam dibina di atas asas yang kukuh , yang tidak wujud dalam sistem pusaka yang lain. Dasar ini merupakan ciri utama kepada Undang-undang Pusaka Islam, iaitu:

1. Al-Wasatiyyah, iaitu satu sistem yang bersifat pertengahan (wasatiyyah) berbanding dengan sistem kapitalis dan komunis. Pemilikan individu diberi pengiktirafan dan dijamin melalui Undang-undang Pusaka Islam.

2. Al-Tawazun, iaitu satu sistem yang memberi perimbangan kepada pemilik harta untuk melupuskan hartanya atas kadar 1/3 selepas kematian dalam bentuk wasiat untuk kebajikan, dan 2/3 lagi untuk ahli- ahli waris sebagai harta pusaka mengikut hukum Syarak.

3. Al-Adalah; iaitu satu sistem pembahagian pusaka secara adil kepada semua ahli-ahli waris berdasarkan fitrah manusia, keperluan dan keakraban mereka dengan pewaris.

4. Al-Ijbar; iaitu satu sistem yang mewajibkan semua ahli-ahli waris menerima harta pusaka secara faraid dan pewaris tidak boleh menegah salah seorang ahli-ahli waris daripada menerima harta pusakanya, malah ahli-ahli waris wajib menerima harta pusaka segera selepas kematian, kecuali dia melepaskan haknya.

5. Perwarisan dikalangan keluarga terdekat; iaitu perwarisan yang berlaku dikalangan kaum kerabat terdekat dengan pewaris seperti suami isteri, dua ibu bapa, anakanak, saudara-saudara, bapa-bapa saudara dan dhawi alarham(menurut pendapat Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal) .

6. Penetapan bahagian untuk ahli-ahli waris; iaitu ahliahli waris fardu dan asabah akan menerima pusaka. Bahagian ahli-ahli waris ashab al-furud telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bahagian mereka sama ada 1/2, 1/4, 1/8, 2/3 , 1/3 atau 1/6 sepertimana dijelaskan dalam nas alQuran.

7. Ahli-ahli waris yang syumul; iaitu ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka adalah merangkumi semua ahliwaris atau kerabat, sama ada kecil atau besar, tua atau muda, kaya atau miskin dan janin dalam kandungan ibu mereka juga diberi hak dalam pusaka. Demikian juga suami atau isteri berhak menerima harta pusaka sekalipun mereka bukan kerabat, tetapi mereka mempunyai hubungan suci perkahwinan, pengorbanan, tolong menolong dan kesetiaan di antara mereka.

8. Hak wanita dan kanak-kanak dalam pusaka dan kadarnya; iaitu wanita dan kanak-kanak kecil dijamin hak mereka dalam pusaka Islam. Kadar yang sepatutnya diterima oleh wanita adalah 2/3, 1/3, 1/6, 1/2, 1/4 atau 1/8. Kanak-kanak kecil atau besar kadar penerimaan mereka dalam pusaka adalah sama sahaja.

9. Keutamaan kepada kaum kerabat yang lebih hampir dengan pewaris jika tidak ada halangan tertentu yang boleh menghalang mereka daripada menerima harta pusaka.

10. Berlebih kurang kadar (al-tafadul) dalam pembahagian pusaka adalah berasaskan kepada keperluan ahli-ahli waris (al-hajah), umpamanya wanita dan kanak-kanak kecil lebih memerlukan kepada harta, anakanak si mati lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan bapa dan datuk mereka dan lelaki lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan wanita kerana lelaki memikul tanggungjawab tertentu dalam agama.

11. Hukum pusaka Islam bersifat tetap (thabat); iaitu tidak berubah dan tidak boleh bertukar ganti sekalipun masa, lokasi dan individu berubah kerana ia merupakan ketetapan Allah s.w.t. melalui nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. kecuali dalam kes perwarisan datuk ketika bersama saudara-saudara dalam menerima pusaka dan wasiat wajibah yang ada ruang untuk berijtihad.

No comments:

Post a Comment