Pages

Friday 11 November 2011

perguruan di pandangan ISLAM






Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion tersebut dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman:

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”. (Surah an-Nahl: 125).

Dan Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya”.

Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan di atas, menunjukkan dengan jelas akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam profesion perguruan.Seorang pendidik mestilah menyedari hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Ia hendaklahlah meletakkan tanggungjawab ini di atas dasar pahala dan dosa. Kerja pengajaran adalah sebahagian amal soleh manakala enggan menyampaikannya dosa yakni siksaan api neraka. (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam, Desimber 1987). Jika dilihat dari sudut sejarah dan budaya, guru atau pendidik adalah dianggap sebagai profesion yang mulia. Sejarah menunjukkan hubungan di antara istana dengan tuan guru. Ulama’ dan guru adalah rapat dan dimuliakan berbanding dengan jawatan-jawatan lain. Dari segi budaya, konsep berguru amat diutamakan.

Belajar bukan setakat untuk mendapatkan ilmu, apa yang lebih penting ialah berguru untuk membina akhlak dan adab berilmu.(Dr.Tajul Ariffin Noordin & Dr.Nor’ Aini in Noordin & Dr.Nor’ Aini Dan, 2002)

No comments:

Post a Comment