Pages

Saturday 5 November 2011

perkara yang disembunyikan

rahasia wanitaبسم الله الرحمن الرحيمبسم الله الرحمن الرحيم

Setiap perkara di dunia ini ada yang perlu disembunyikan dan ada perlu diberitahu. Bukan semua benda kita boleh bagitahu, mungkin ada diantaranya yang boleh mengaibkan seseorang ataupun mengaib dirinya sendiri. Padahnya amatlah besar.


Namun, Allah menyuruh kita supaya kita sentiasa peka dan taat kepada perintahNya agar kita tidak terjerumus ke jalan yang salah. Allah SWT juga mengajak umatnya supaya sentiasa berfikir tentang nikmat dan ganjaran yang akan diberi olehNya.


“Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara iaitu :

1. Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
3. Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
5. Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam semua hari..”

~ Hukamah

No comments:

Post a Comment