Pages

Tuesday 29 November 2011

pembaharuan undang - undang






















Sebelum Islam terutamanya pada zaman Jahiliah, anak-anak perempuan, isteri, ibu-ibu dan ahli waris perempuan yang lain langsung tidak diberikan hak dalam harta pusaka. Demikian juga kanak-kanak yang belum baligh tidak diberikan hak dalam pembahagian harta pusaka. Perwarisan hanya berlaku kepada golongan lelaki 8 yang boleh mempertahankan kabilah dan keluarga dari serangan musuh. Perwarisan hanya berlaku atas dasar keturunan (untuk lelaki yang dewasa), perjanjian dan anak angkat.

Selepas turunnya ayat al-mawarith, Undang-undang Pusaka Islam telah memperkenalkan satu pembaharuan dalam undang-undang pusaka, di mana golongan wanita telah diiktiraf oleh Islam dengan memberikan kepada mereka taraf ahli waris yang sah dan menetapkan kadar tertentu kepada mereka dalam harta pusaka.Daripada 12 golongan ahli waris ashab al-furud, seramai 8 orang adalah terdiri daripada ahli waris perempuan dan 4 orang sahaja yang terdiri dari ahli waris lelaki. Di antara pembaharuan yang diperkenalkan dalam Undang-undang Pusaka Islam ialah:

1. Hak pusaka mempusakai adalah berasaskan kepada hubungan nasab (kerabat), akad perkahwinan, wala’ dan Islam.

2. Tidak menafikan hak dalam pusaka antara lelaki dan perempuan, kecil atau besar, di mana semua mereka berhak menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewaris (si mati).


3. Ibu bapa dan anak-anak tidak digugurkan daripada menerima harta pusaka dalam apa keadaan sekalipun. Kemungkinan kadar bahagian mereka dalam pusaka boleh berubah sekiranya terdapat ahli -ahli waris yang lain.


4. Saudara-saudara lelaki dan perempuan tidak akan menerima harta pusaka sekiranya ada dua ibu bapa si 9 mati. Kewujudan saudara-saudara boleh mengurangkan bahagian ibu daripada 1/3 kepada 1/6.


5. Apabila wujud ahli waris lelaki dan perempuan dalam satu kes, ahli waris lelaki akan mengambil dua bahagian ahli waris perempuan, atau dua bahagian untuk ahli waris lelaki dan satu bahagian untuk ahli waris perempuan.

No comments:

Post a Comment