Pages

Wednesday 26 September 2012

kambing muncul semasa raptai 1957





Raptai yang berlangsung pada 25 Ogos 1957 sempena menyambut hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diabadikan oleh The Straits Times terbitan 26 Ogos 1957.

Simboliknya…55 tahun yang lalu kambing pun boleh hidup bebas di Kuala Lumpur. Hari ini, cuma ‘ayam’ terpilih saja yang masih bebas, dan diberi ‘perlindungan’.







Ku sangka panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka hanya bertahan selama 6 tahun 15 hari. Kini nama ‘keramat’ itu sudah jadi sejarah. Begitu juga dengan lagu ‘Tanah Pusaka’ di bawah ini…aaahhh semuanya tinggal kenangan.

Sungguh gemilang negeriku
Yang ku puja oh tanah airku
Di merata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaya
Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Kau tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa di dalamnya
Hidup aman dan bersama
Bersatu kerja untuk Malaya
Musuh melanggar ku gempur
Sungguh rela ku gugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata



sumber dari: utuhpaloi.com

No comments:

Post a Comment