Pages

Wednesday 12 September 2012

hindari fruktosa buatan






Sejak kebelakangan ini, masalah obesiti sering mengancam golongan kanak-kanak dan dewasa. Hal ini berpunca daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan. Kajian mendapati bahawa fruktosa dapat merangsang sel lemak tertentu pada kanak-kanak supaya membiak lebih cepat.

Fruktosa merupakan satu komponen daripada sirap jagung dengan kandungan fruktosa tinggi yang banyak digunakan sebagai pemanis pada pelbagai jenis makanan dan minuman seperti minuman ringan, gula-gula dan makanan olahan.



Pada masa ini, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa dianggap seperti wabak dan terus berkembang di seluruh dunia. Keadaan ini jelas akan meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit lain yang telah dikenalpasti mula menyerang generasi muda.

Peningkatan dalam kes penyakit diabetes di kalangan kanak-kanak khususnya yang mempunyai masalah obesiti semakin dapat dilihat. Apa yang lebih menakutkan ialah keadaan ini akan meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit jantung lebih awal.

Pakar perubatan juga mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam kes tekanan darah tinggi dan peningkatan kolesterol di kalangan kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan.
Para penyelidik juga telah membuat kajian mengenai sel lemak yang terdapat di bawah kulit dan sel visceral (terdapat di perut) yang diperoleh daripada 32 orang kanak-kanak dengan berat badan normal dan belum mencapai akil baligh. Sel-sel tersebut diletakkan di dalam larutan glukosa pada paras normal, glukosa paras tinggi dan dalam larutan fruktosa paras tinggi.



Dalam kajian tersebut, para penyelidik mendapati bahawa, sel lemak yang terdapat pada larutan fruktosa berpecah dan membiak dengan banyak berbanding sel lemak yang terdapat di dalam larutan glukosa.
Walaubagaimanapun, sel visceral dan sel lemak di bawah kulit yang terdapat dalam larutan glukosa menunjukkan penolakan terhadap insulin iaitu faktor risiko diabetes.

Apa yang penting, melalui kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan tidak kira daripada jenis apapun akan meningkatkan kalori dalam badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah berat badan.



sumber dari: inhealthbeauty.com

No comments:

Post a Comment