Pages

Saturday, 22 September 2012

menangis bukan kerana lemah





Membuka bicara hati yang mungkin sukar untuk diluahkan 
dan ditelan bak kata pepatah, "diluah mati emak, ditelan mati bapa". 

Hati yang terluka pasti akan terpancar melalui mata. 
Air mata ibarat bisikan hati 
dan perasaan tidak mampu meluahkan bicara 
ketika dilanda situasi yang penuh ideologi 
yang cukup mencalarkan hati dan perasaan. 

Semua orang mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk dirinya begitu juga diriku. 
Biarlah diri ini hanya bergelar anak tiri 
 namun jiwa dan hati ini ada perasaan ingin disayangi. 

Bagi diriku daku tak pernah rasa gembira sejak daku dimuka bumi ini. 
Sungguh tidak bersyukurnya daku bicara seangkuh ini. 
Alhamdulillah daku sering diberikan rezeki dari pada Nya 
 namun satu yang diriku tergapai-gapai untuk dikecapi iaitu nikmat hidup berkeluarga. 

Keluarga adalah segalanya bagi semua orang 
dan setiap orang ada kisah layar bahtera cerita kekeluargaan mereka. 
Bicara alam maya mungkin dapat mengurangkan sedikit bebanan perasaan yang melanda diriku. 

Daku seakan-akan dilanda konflik perasaan. 
Manja dan gurau perlu bertempat. 
Mungkin kali ini silapku. 
Manja dan gurau tidak bertempat. 
Tangisan sahaja yang menemani hari ku semalam. 
Daku tidak berhenti menangis walaupun berada di tempat awam. 
Lemahnya diri ini ya Allah. 
Salah siapa sebenarnya. 

Bukan mencari pesalah namun mencari punca berlaku. 
Adakah sikap ibu dan bapaku yang membuatkan diriku begini? 
Adakah tidak cukup didikan? 
Adakah lemah iman di dada membuatkan daku begini? 
Ya Allah Yang Maha Pengasihani, bantulah hamba mu yang Hina ini. 
Adakah perkahwinan kedua ibu ku lagi membuatkan daku terasa? 
Adakah ketidakadilan mereka menjadikan diriku semakin sensitif? 
Atau Allah SWT meniupkan dan menganugerahkan sifat ini kepadaku? 

Terlampau banyak persoalan yang tidak terjawab. 
Diri ini semakin complicated. 
Kita tidak boleh mengubah sikap seseorang melainkan diri dia sendiri. 
Aku terima sikap garang kedua ibu bapaku. 
Aku redha ya Allah ya tuhanku.


sumber dari: malutapigeram.blogspot.com

No comments:

Post a Comment