Pages

Wednesday, 26 September 2012

khidmat terakhir seorang anak



sekadar gambar hiasan



Emel yang diterima pagi tadi membuat aku terpanggil untuk memuat-naik di sini dengan harapan dapat dijadikan iktibar.

“Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kepada ibu-bapa ialah MEMANDIKAN, MENGKAPANKAN, MENYEMBAHYANGKAN DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.

Lakukan dengan tangan-tangan kita sebagai anak-anak.

Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu-bapa kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah rentetan pengalaman Dr Harun Din dan keluarga.

Jiran kepada ibu Dr Harun Din (Dr HD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. Beliau memberi salam tetapi tiada jawapan. Beberapa kali salam diberikan namun masih tiada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu Dr HD, dan terlihat dia sedang sujud dalam solat.

Lalu jiran ini balik ke rumah.

Beberapa minit kemudian, dia datang semula untuk berjumpa ibu DR HD. Dilihatnya masih sujud.
Hatinya berkata-kata - macam ada yang tak kena. Dia masuk ke rumah untuk melihat dari dekat ibu Dr HD.
Subhanallah…rupa-rupanya, ibu Dr HD telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan sujud menghadap Allah.

Ya Allah mulianya kematian ibu Dr HD.

Perkara yang paling mulia yang dilakukan keluarga Dr HD ialah: Menyempurnakan sendiri jenazah ibu mereka – mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kebumikan tanpa jenazah ibu mereka disentuh orang lain.

Ada jiran-jiran yang ingin membantu tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan lembut, “BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBERI KHIDMAT YANG TERAKHIR UNTUK IBU”.

Ketika hujah itu diberikan, masyarakat yang hadir menitiskan air mata kerana insaf betapa mulianya anak-anak yang dikandung, dilahir dan dibesarkan oleh ibu itu. Paling menyayat hati masyarakat yang hadir apabila adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke liang lahad mengebumikan jenazah ibu mereka.

Beberapa orang yang hadir memohon dan berkata, “Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini, menurunkan jenazah ibu Tuan Guru.”
Permintaan ini ditolak oleh Dr HD dengan hujah yang sama, “Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu”.

Yang hadir di tanah perkuburan ketika itu menitiskan air mata tawaaduk atas ketinggian akhlak anak-anak yang diasuh hingga sedemikian.

Hebat ibu ini memupuk akhlak dan keilmuan anak-anak mereka. Maka tidak hairanlah bahawa Dr HD, Hasan Din dan Ishak Din disegani oleh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana akhlak mereka yang mulia.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya berlinangan apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan bersama jenazah ibu bulan Feb 2009 yang lalu.

Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.

Wallahu A’lam.

Baca – hayati, selami dan insafi.”

NOTA KAKI:

Terfikir…seorang pemimpin negara pernah mempersenda air jampi Dr Haron Din. Apakah pemimpin tersebut memiliki keilmuan hingga boleh mengurus sendiri jenazah ibunya?



sumber dari: utuhpaloi.com

No comments:

Post a Comment