Persoalannya, "Betulkah
kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu
ke?"
Pada mulanya saya
tersenyum.
Yelah, lagi-lagi
jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.
Namun, setelah saya
fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh
diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan
melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan
jodoh.
Justeru, silap
dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar
terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada
masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah
kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.
Jadi akhirnya, saya
memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu
di sini.
Ramai
yang keliru
Jika kita lihat
pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang
keliru berkenaan persoalan jodoh.
Sejak di bangku
sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula
'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal.
Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan
adakah si dia itu 'jodohku'?
Kemudian, gejala
ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di
universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk
jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting,
e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka.
Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.
Mereka
hangat bercinta.
Namun, menurut apa
yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash'
ataupun istilah lainnya 'break-up'.
Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak
kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh
mereka tidak diketemukan.
Janji-janji setia
di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang
menyakiti jiwa.
Namun, mengapa
semua ini berlaku?
Usaha telah kita
letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam
hidup kita?
Atau apakah selama
ini kita silap dalam berusaha?
Jodoh, adakah ia
suatu ketentuan?
"... Sesungguhnya
Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65:
3]
Benar. Jodoh itu
merupakan salah satu ketentuan dari Allah.
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan
Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan
Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman
kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak
sempurna.
Sebagaimana dalam
sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian
darinya),
Malaikat jibril
yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian
beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w.
bersabda,
"Iaitu hendaklah
engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya,
rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula
kepada takdir (Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk, semuanya dari
Allah jua."
Lelaki itu berkata:
"Tuan
benar."
[HR.
Muslim]
Maka di
sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada
terletak pada ketentuan Allah. Tiada
sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan
izinNya.
Usaha
yang sebenarnya
Sudah menjadi
sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan
apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil
'usaha'.
Baik. Bagaimana
untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya
sudah mula berusaha mencari?
Saya sependapat
dengan Ustaz Hasrizal.
Dalam persoalan
usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri
dahulu.
Jika dalam masa
terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas
apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak
perlu.
Masa terdekat itu
kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu.
Mengapa?
Kerana apabila kita
sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk
menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah
berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua
insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu
ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan
punya masa depan bersama.
Namun, cuba
katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua
orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?
Tiada.
Yang ada mungkin
persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula
menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.
Lalu, akhirnya kita
dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple'
dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.
Dan tempoh masa
yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat
perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan)
dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak
mampu lagi menahan syahwat.
"Mata boleh berzina
dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan
berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati
pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR
Bukhari dan Muslim]
Malah akhirnya,
berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat
mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.
Itulah hasilnya
apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi
tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang
meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh.
Na'udzubillahimindzalik.
Dan wahai hati-hati
yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun,
apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun
tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak
Allah?
Justeru, di sini
suka saya tekankan sekali lagi.
Jika kita tahu bahawa kita belum lagi
merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru,
tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'. Dikhuatiri,
usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita
kelak.
Jodoh itu dalam
ketentuanNya, maka, jika kita mahu
berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka?
Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?
Jika
sudah mampu
Seperti yang saya
katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa
terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan
mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu
dijaga.
Sebaik-baiknya,
kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada
yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan
juga memanjangkan hasrat.
Dan jika merasakan
tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk
bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang
terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.
Usaha
yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri
Ok. Kalau kita ini
agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu
berusaha apa-apa?
Tidak juga
sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain
la.
Usaha
yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada
'MENCARI'.
Ya. Kita
pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah
menjadi lumrah. Oleh itu, dalam
kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu.
kan?
Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan
menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita
juga.
Sebagaimana
firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,
"Perempuan-perempuan
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk
perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik
untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan
yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka
memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24:
26]
Makanya,
mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih
utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka
kita perlu yakin, inilah cara yang
sebaik-baiknya.
Jika kita hanya
limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah
silap besar.
Mungkin... pasangan
kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan
tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat
jahat.
Kalau jalan yang
diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak
mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.
Dan pada saya,
usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk
menghadapi pernikahan.
Mengapa? Kerana
membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita
mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.
Oleh itu, persediaan
dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang
lagi.
Sebagai
lelaki, kita perlu melatih diri kita
agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah
atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.
Sebagai
wanita pula, persiapkanlah diri kalian
dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian,
anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti,
inshaAllah. Kalian
perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa
depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.
Dan
tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak
kurang besarnya juga.
Latihan-latihan dan
persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya
sebulan sebelum pernikahan?
Sudah tentu
tidak.
Maka ayuh, kita
mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.
sumber dari: starzzsite.blogspot.com
No comments:
Post a Comment