Bagaimana rupanya taman tergantung
Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah puisi : ”Seseorang boleh minum pati buah di
taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.”
Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran
dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air, dan ke kota Babylon di
bawahnya.
Seluruh wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini
(penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak
taman.
Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh
tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan.
Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar
mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini
sangat memikat hati.
Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan
kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai
Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai
Iraqselatan.
Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon
didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran
kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur
Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan
Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan
catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu
pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.
Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan
astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini
berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua.
Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan
berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini ditulis di tanah liat
yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.
“Dongeng tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis
dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan pada festival
tahun baru di Babylon.
Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan
Tuhan Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi,
Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.
sumber dari: tulahan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment