Abu Hurairah r.a. meriwayatkan yang bermaksud :
“Siapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda, maka al-Quran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali“.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).
Satu ketika dahulu dalam era sebelum dan awal kemerdekaan negara, ibu bapa akan cuba mendidik anak mereka pandai membaca al-Quran. Bahkan apabila ada di antara anak mereka yang pandai membaca al-Quran mereka akan sentiasa disebut-sebut.
Namun era tersebut telah berlalu. Sesiapa yang pandai membaca al-Quran tidak lagi dipandang setinggi dahulu. Tetapi mereka yang pandai membaca al-Quran secara bertaranum pula menjadi tumpuan umum. Bahkan terdapat banyak pertandingan-pertandingan membaca al-Quran secara bertaranum tumbuh bak cendawan selepas hujan.Walau bagaimanapun, fenomena membaca la-Quran secara bertaranum di era 80an sehingga kini dibapati semakin tidak dihiraukan. Kini memiliki anak hufaz adalah satu kebanggaan kepada ibu bapa. Ia turut menjadi sebutan masyarakat Islam setempat apabila ada dalam kalangan masyarakat mereka ada yang menjadi hafiz atau hafizah.Namun adakah setakat itu sahaja al-Quran tersebut harus dipandang? Andai setakat itu sahaja impian kita terhadap generasi akan datang, kita sebenarnya tidak berpandangan jauh dan tidak memiliki misi yang tinggi untuk memperjuangkan Islam.
Sebaliknya visi atau misi ibu bapa Islam atau muslim hanya berada dalam lingkungan pandangan masyarakat atau lebih kepada pandangan untuk mencari glamor.Memang benar 30 juzu’ al-Quran di dalam dada itu penting. Tetapi jika sekadar memperoleh title ‘al-hafiz’ atau ‘al-hafizah’ dibelakang nama zuriat keturunan kita sebenarnya tidak mempunyai banyak bezanya dengan golongan orentalis yang turut menghafal al-Quran. Bahkan mereka memahami setiap isi al-Quran tersebut tetapi sayang kerena mereka menggunakannya untuk memusuhi Islam.
Memahami al-Quran dengan mentaddarbur kandungannya sebenarnya adalah lebih penting supaya al-Quran itu benar-benar hidup dalam masyarakat Islam. Oleh itu, tidak cukup untuk golongan ibu bapa muslim hanya mempunyai misi dan visi menjadikan anak mereka hufaz sahaja. Seharusnya mereka perlu berfikiran jauh sebagaimana ibu Sultam Muhammad al-Fateh.
Sultan Muhammad al-Fateh memiliki visi yang cukup hebat iaitu ingin menjadikan anaknya sebagai pembuka kepada Kota Konstentinopal.
Dikisahkan bahawa sejak Sultan Muhammad al-Fateh lahir sehingga masih di bawah jagaan ibunya, Sultan Muhammad al-Fateh telah dibawa ke tebing bukit menghadap tebing Kota Konstentinopal setiap pagi. Sambil menghadap tebing tersebut ibu Sultan Muhammad al-Fateh berkata kepada anak kesayangannya lebih kurang begini
“Wahai anakku, di sana terdapat Kota Konstentinopal dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera”. Ketahuilah anakku, engkaulah orangnya”.
Setiap hari ibunya tanpa bosan melakukan sedemikian rupa sehingga Sultan Muhammad al-Fateh boleh berjalan.
Bagaimana pula dengan ibu bapa muslim hari ini?
Hadith yang mana menjadi matlamat kita?
Bagi saya ada satu lagi hadith iaitu berkenaan kemunculan Imam Mahdi. Hadithnya bermaksud sebagaimana berikut;
“Kaum kerabatku atan menerima bencana dan penyingkiran selepas aku tiada kelak sehingga datang satu kaum daripada TIMUR”.
(Hadith riwayat Ibn Majah).
Kalaupun anak kita bukan Imam Mahdi, biarlah mereka menjadi Asbabu Rayati Sud (Pasukan Panji Hitam) pendokong, penolong kanan, tentera atau apa sahaja yang membawa maksud generasi kita yang lahir atau bakal lahir nanti adalah pendokong Islam secemerlang tentera Sultan Muhammad al-Fateh.

sumber dari: radieah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment