Pages

Wednesday, 12 September 2012

5 disiplin diet ketika raya



Setelah sebulan berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga, kini tiba saatnya kita sama-sama menyambut Syawal yang mulia. Selain memperoleh pahala puasa, tidak ketinggalan kita juga mampu meningkatkan disiplin dan kualiti peribadi kepada suatu tahap yang lebih baik dan bermakna. Malahan, bagi segelintir wanita, berpuasa merupakan salah satu alternatif untuk mendidik dirinya berdiet.
Natasha umpamanya mampu mengurangkan 10 kilogram (kg) dalam masa sebulan berpuasa. Namun malangnya, setelah menyambut lebaran, berat badannya naik mendadak, gara-gara tidak mengawal pemakanannya sepanjang Syawal. Beberapa tip yang disediakan ini mungkin boleh diamalkan supaya perkara yang menimpa Natasha tidak berulang.

roti.jpg



1) MAKAN SECARA SEDERHANA

Tiada diet khusus untuk sambutan hari raya, sebaiknya sebagai wanita yang matang kita perlu bijak dalam mengawal pemakanan. Sambutlah hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan kebanyakannya terdiri daripada makanan berat. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk kita menikmati pesta makan dan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan.

2) KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERKOLESTEROL

Tidak dinafikan pelbagai hidangan disajikan ketika mengunjungi rumah saudaramara, tetapi anda sebaiknya cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi seperti sup tulang. Tidak salah menjamah, tetapi jangan terlalu banyak.

3) KURANGKAN MINUMAN BERGAS

Selain daripada menjaga pemakanan, minuman manis juga perlu dikurangkan seperti minuman berkarbonat. Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air bergas untuk tetamu, sebagai tetamu anda sebaiknya perlu bijak mengawal diri dengan banyakkan minum air putih.

4) AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Setiap hari sebelum keluar dari rumah, apa kata rancang perjalanan anda untuk sepanjang hari. Kemudian, cuba atur diet anda, sekiranya rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah seterusnya mungkin ada boleh menikmati pemanis mulut seperti puding roti atau sebagainya. Namun, segalanya bergantung kepada diri sendiri.

5) LAKUKAN SENAMAN

Walaupun sibuk dengan jemputan rumah terbuka saban minggu, anda sepatutnya tidak melupakan rutin wajib untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan iaitu senaman. Cuba curi masa sekurangkurangnya berjoging setempat sebelum memulakan hari anda. Pastikan anda melakukan senaman.



sumber dari: karangkraf.com

No comments:

Post a Comment