Pages

Monday, 12 May 2014

Hadiah Hari Guru






Saya dapat rasakan Hari Guru 2014 ini adalah hari guru yang paling 'gelap'. Kenapa saya katakan demikian? Lihat sahaja senario pendidikan kita hari ini sudah tidak seperti zaman 1990-an atau 1980-an.

Pendidikan ketika itu dalam melangkah kepada kemajuan dan kecemerlangan. Apabila tiba zaman milenium atau kini, pendidikan semakin merudum dan hambar. Saya boleh buktikan perkara ini dengan kepincangan yang berlaku sekarang.

Kebanyakan guru veteran yang saya temui sedih dan menyatakan kekesalan kerana pendidikan kini semakin hilang tumpuan. Sama juga dengan guru baharu, masing-masing sedih kerana mengajar adalah perkara nombor dua. Kerja pengkeranian menjadi tumpuan di sekolah.

Saya sendiri dalam keluarga pendidik, sering berdebat dan berbahas dengan ahli keluarga berkaitan isu-isu pendidikan masa kini dengan menyentuh permasalahan dan jalan penyelesaian.
Saya yakin, seluruh 418,000 orang guru mahukan perubahan, mengharapkan tugas mengajar menjadi tugas utama kembali bukannya kerja pengkeranian.

Lebih menyedihkan apabila sistem pendidikan negara dihadiahkan dengan satu sistem bertaraf dunia iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), malangnya kita sendiri tidak mampu menerima sistem ini dek kemampuan pendidikan yang masih di tahap lemah.

PBS menyebabkan tiga tahun guru hilang tumpuan mengajar, hilang masa bersama keluarga malah guru menjadi runsing melihatkan keadaan anak murid yang semakin pasif dan malas belajar.
2011-2014 adalah tahun 'kegelapan' bagi pendidikan negara. Saya mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu cakna dengan masalah ini. Selaku ketua menteri Malaysia, saya mengharapkan satu harapan kepada seluruh guru Malaysia agar sistem PBS ini dihentikan sebelum anak bangsa menjadi mundur, bukan hari ini, bukan tahun ini tetapi kesannya akan nampak lima tahun akan datang.

Kepada perdana menteri Malaysia, bantu kami. – 30 April, 2014.
* Penulis ialah aktivis pendidikan negara.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 



sumber dari: themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment