Pages

Thursday, 25 October 2012

Aidiladha dan "korban"






Bismillahirrahmanirrahim

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

“Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama 2 hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang 2 hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama 2 hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada 2 hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” 
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Antara sirah yang paling biasa di dengar adalah peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hampir hampir menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang ikhlas berkorban demi menurut perintah Allah. Namun dengan kuasa Tuhan, anaknya itu diganti dengan seekor kibash.

Menyebut tentang ‘korban’, penulis sedikit sebanyak ingin mengajak sahabat-sahabat untuk duduk sebentar dan merenung kembali perjalanan kehidupan masing-masing. Apakah kisah di antara dua utusan Allah ini berjaya kita hayati dan diambil ibrah daripadanya, atau kita sekadar mendengar, menghafal tanpa menghayati mesej tersirat yang cuba disampaikan Allah buat kita.




No comments:

Post a Comment