Pages

Thursday, 25 October 2012

hari yang terpenting





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji dan syukur kita panjatkan pada Allah SWT, Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang telah melalui jalan juang ini, jalan jihad dan dakwah, jalan amal dan tarbiyah.

Hari Raya Eiduladha atau disebut sebagai Hari Raya Korban merupakan hari terpenting bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari yang mulia ini sama diraikan ketika umat islam menunaikan ibadah haji di Makkah al-Mukarramah. Pada hari ini umat Islam berkumpul menyatakan pada seluruh dunia bahawa mereka adalah ummah wahidah ” umat yang satu“. Umat yang memiliki satu akidah, satu kiblah, satu risalah. Dari sinilah terbitnya satu kekuatan dan kesepaduan ikatan persaudaraan sesama muslim yang diikat atas nama iman dan Islam.

Betapa besar dan agungnya Hari Raya Eiduladha kerana ia dikaitkan dengan peristiwa korban yang telah ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S. Pengorbanan ini merupakan kemuncak tertinggi yang telah dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sebagai tanda ubudiyah dan wala yang tidak berbelah bagi terhadap perintah Allah SWT. Allah menyatakan di dalam al-Quran :

Allah tidak menerima daging dan darah korban kamu tetapi yang ia terima adalah ketaqwaan kamu..”.

Inilah prinsip dan maqasid dari ibadah korban yang kita lakukan. tidak lain dan tidak bukan ialah nilai TAQWA. Pengorbanan yang dilakukan mesti menjurus ke arah melahirkan makna TAQWA. Saban tahun kita melihat umat Islam saling berlumba-lumba mengerjakan ibadah korban, namun apakah TAQWA telah berjaya memberikan nilai tambah baru pada kehidupan umat ini. Amat malang jika kita sering melakukan ibadah korban tetapi hakikat Taqwa jauh terpisah dari batang tubuh umat yang telah menjadi rahsia kejayaan umat ini.



sumber dari: maalimfitariq.wordpress.com

No comments:

Post a Comment