Pages

Saturday, 6 October 2012

pendidik A+





“Bukan mudah tuan. Saya amat terkejut ketika menguruskan satu kes lesbian di kalangan pelajar. Kata pelajar tersebut, ‘Syurga neraka masing-masing cikgu,’” 
sedih ustazah tersebut ketika menceritakan kepada saya.

Penyelesaian untuk sistem pendidikan?


Kata-kata di atas adalah dialog saya selepas habis program Pendidik A+ kali ketiga yang diadakan di Akademi Sinergi, Bangi pada 4 Ogos 2012. Saya jangkakan 20 orang, yang hadir lebih 40 orang. Ia sebagai petanda yang amat positif betapa ramai ingin membaiki diri untuk menjadi pendidik yang hebat.

“A+ ini ideal-lah Encik Fazrul.”

Saya setuju. Tetapi ia tidak mustahil. Ia bukan sahaja dilaksanakan oleh Nabi, malah oleh sahabat dan tokoh-tokoh pendidik sepanjang zaman. Saya bekerjasama dengan Akademi Sinergi untuk mengumpulkan tokoh pendidik yang dirindui. Saya menyemak kisah mereka. Kisah-kisah itu membuktikan Pendidik A+ memang sudah ada. Ia boleh dibina. Bukan hanya pada zaman Nabi. Bukan hanya pada zaman itu.

Pendidik A+ itu bukan sekadar mengajar akademik

Selepas habis program semalam, akan saya kendalikan program untuk melonjakkan dana untuk usahawan dan pemimpin – termasuk di sekolah-sekolah. Pendidikan memerlukan kos yang tersendiri.
Salah seorang peserta dari sekolah menengah di Bangi berkongsi dengan saya penyataan yang sering didengar oleh konsultan. “Kami tidak banyak bajet.”

Sehinggakan pada satu masa, saya tidak berminat untuk ke sekolah kerana ‘kurang bajet’ jika saya mementingkan hal bisnes saya. Namun itu tidak menyelesaikan masalah. Saya cuba cari penyelesaian. Dan nampaknya kini saya boleh hadir dengan model latihan komprehensif. Saya nyatakan pada cikgu yang berkata tersebut ‘saya akan ajarkan cikgu bagaimana meningkatkan dana tanpa cikgu perlu bekerja melampau-lampau. Lebih 100 cikgu dan lebih 2000 pelajar itu satu potensi yang besar. Insha-Allah”

Pendidik A+ mampu untuk meningkatkan dana sekolah dan sendiri agar terus mampu memberi dan berkhidmat pada anak bangsa.



sumber dari: membinalegasi.com

No comments:

Post a Comment