Pages

Sunday, 14 October 2012

ucapan takziah dalam Islam






Saya baru menerima khabaran berita kematian ayah seorang teman baik, Muhammad Nur Waafi Badruldin. Semoga Waafi dan keluarga terus bersabar dan semoga Allah mencucuri rahmat serta mengampunkan ayahnya.
Ucapan takziah bermaksud menghiburkan orang yang ditimpa musibah dengan menyebut hal-hal yang dapat menghapuskan duka dan meringankan penderitaan. Hukum takziah adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya sesama Islam yang ditimpa musibah, melainkan ia akan diberi balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dari pakaian kemuliaan dihari kiamat kelak.”
Masa yang paling afdal untuk mengucapkan ucapan takziah ialah sebelum mayat dikebumikan dan berlanjutan sehingga tiga hari mulai dari hari matinya. Jika tidak ada di tempat kematian itu atau tidak mengetahui akan kematian yang berlaku maka bolehlah mengucapkan takziah bila mana perkhabaran kematian tersebut diberitahu.


Lafaz ucapan takziah daripada orang Islam kepada orang Islam yang kematian keluarga adalah seperti berikut :
أعظم الله أجرك وأحسن عزائك وغفر لميتك
“semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati”

Sunat bagi keluarga yang kematian itu menjawab menjawab ucapan takziah dengan lafaz :

جزاك الله خيرا
“semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya kepada saudara.”

Ucapan takziah hanya disunatkan sekali sahaja, ucapan diucapkan kepada seluruh kerabat si mati, besar mahupun kecil, lelaki atau perempuan tetapi tidak boleh mengucapkan takziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah. Ucapan takziah melalui surat juga dibolehkan.



sumber dari: shakirshafiee.com

No comments:

Post a Comment