Pages

Monday, 12 September 2011

wtc -serangan

Pada awal pagi 11 September 2001, 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil yang berada dalam perjalanan ke San Francisco dan Los Angeles dari Boston, Newark, dan Washington, D.C.[10] Pada 8:46 pagi, Penerbangan 11 American Airlines terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh Penerbangan 175 United Airlines yang merempuh Menara Selatan pada 9:03 pagi.[11][12]

Sekumpulan lagi perampas menerbangkan Penerbangan 77 American Airlines ke dalam Pentagon pada 9:37 pagi,[13] dan yang satu lagi, iaitu Penerbangan 93 United Airlines, terhempas dekat Shanksville, Pennsylvania, pada 10:03 pagi, setelah para penumpangnya bertarung dengan perampas. Sasaran mutlak Penerbangan 93 dijangkakan sama ada bangunan Kapitol (tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat) atau Rumah Putih.[14][15]

Sesetengah penumpang sempat membuat panggilan dengan menggunakan khidmat telefon udara dalam kabin dan telefon bimbit[16][17] untuk memberikan maklumat mengenai pencerobohan perampas pesawat, bahawa cokmar atau suatu jenis semburan kimia beracun telah digunakan, seperti gas pemedih mata atau semburan lada, lebih-lebih lagi adanya penumpang yang cedera ditikam.[18][19][20][21] Dilaporkan bahawa dalam dua penerbangan terlibat, perampas menikam dan membunuh juruterbang, pramugari dan sekurang-kurangnya seorang penumpang.[22][23]

Suruhanjaya 9/11 mendapati bahawa dua orang perampas baru membeli peralatan tangan pelbagai fungsi jenama Leatherman sebelum menaiki pesawat.[24]Seorang pramugara Penerbangan 11, seorang penumpang Penerbangan 175, dan beberapa orang penumpang Penerbangan 93 menyebut bahawa para perampas itu memegang bom, tetapi salah seorang penumpang itu juga menyebut bahawa bom itu adalah palsu. Tiada kesan bahan letupan ditemui di tempat-tempat hempasan, maka Suruhanjaya 9/11 percaya bahawa bom-bom itu mungkin sekali palsu.[22]

Dalam Penerbangan 93 United Airlines, satu transkrip audio rakaman perakam suara kokpit mendedahkan bahawa para kakitangan dan penumpang cuba menawan semula kapal terbang daripada perampas setelah mengetahui bahawa pesawat-pesawat lain yang ditahan telah terhempas pada bangunan pada pagi itu melalui panggilan telefon.[25] Salah seorang perampas mengeluarkan arahan mengoleng kapal terbang apabila mereka semakin hilang kawalan pesawat kepada penumpang.[26] Tidak lama kemudian, pesawat itu terhempas di atas sebuah padang berdekatan Shanksville di Perbandaran Stonycreek, Kaunti Somerset, Pennsylvania, pada 10:03:11 pagi waktu tempatan (14:03:11 UTC).

Pemandangan World Trade Center sebaik selepas kedua-dua menara runtuh (7 World Trade Center kelihatan masih berdiri).

Dalam temuramah September 2002 yang dijalankan oleh Yosri Fouda, seorang pembikin dokumentari dan wartawan al Jazeera, Khalid Sheikh Mohammed dan Ramzi bin al-Shibh yang dipercayai mengaturkan serangan, mengakui bahawa pesawat keempat itu dihalakan ke arah Kapitol Amerika Syarikat, yang diberikan nama kod "Fakulti Undang-Undang",[27] bukan Rumah Putih. Mereka menjelaskan lagi bahawa al-Qaeda pada mulanya merancang untuk membawa pesawat yang dirampasnya itu ke tempat nuklear daripada World Trade Center dan Pentagon, tetapi akhirnya memutuskan untuk tidak menyerang loji nuklear "buat sementara" atas kebimbangan bahawa keadaan boleh "menjadi di luar kawalan".[28]

Tiga buah bangunan di Kompleks Pusat Dagangan Dunia runtuh akibat kegagalan struktur pada hari kejadian.[29] Menara selatan (2 WTC) runtuh kira-kira 9:59 pagi, setelah terbakar selama 56 minit disebabkan kesan pelanggaran Penerbangan 175 United Airlines.[29] Menara utara (1 WTC) runtuh pada 10:28 pagi, setelah terbakar selama kira-kira 102 minit.[29] Ketika menara utara runtuh, sisa runtuhannya turut merosakkan dan menyebabkan kebakaran bangunan 7 World Trade Center (7 WTC). Kebakaran ini marak selama berjam-jam dan turut menjejaskan keutuhan struktur bangunan, sehingga menyebabkan emper timur tumbang pada 5:20 petang, dan seluruh binaan runtuh seminit kemudian.[30][31]

Kejadian ini menimbulkan kekalutan yang berleluasa di kalangan pertubuhan berita dan pengawal lalu lintas udara di merata Amerika Syarikat. Semua lalu lintas utara awam antarabangsa dilarang mendarat di atas tanah AS selama tiga hari.[32] Pesawat yang sudah terbang pula dipaksa berpatah balik atau dilencongkan ke lapangan terbang di Kanada atau Mexico. Sumber berita menyiarkan laporan-laporan yang tidak disahkan dan sering kali bercanggah sesamanya sepanjang hari. Salah satu laporan yang terpenting adalah berkenaan bom kereta yang diledakkan di ibu pejabat Jabatan Negara di Washington, D.C.[33] Sebaik sahaja selepas melaporkan kejadian di Pentagon buat pertama kali, sesetengah media turut melaporkan bahawa berlakunya kebakaran di National Mall.[34] Satu lagi laporan tersiar dalam corong Associated Press yang mendakwa bahawa sebuah pesawat Delta Air Lines turut dirampas, tetapi rupanya laporan itu tersilap; pesawat ini pada awalnya disangka mempunyai risiko dirampas, tetapi ia mematuhi arahan pengawal dan mendarat secara selamat di bandar Cleveland, Ohio.[35]


Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:49, 12 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment