Pages

Thursday, 15 September 2011

wahabi -Imam Abu Zuhrah

Kenyataan ini diambil dan diterjemahkan secara ringkas dari kitab Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah (muka surat 199 – 121) karangan Imam Abu Zuhrah.

Berikut merupakan kenyataan dan pandangan beliau mengenai kaum Wahabi:

1. Tidak memadai dengan menetapkan ibadah seperti mana yang ditetapkan oleh Islam di dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan menurut pandangan Ibn Taimiyyah (sahaja), bahkan mereka (Wahabiyyah) berkehendak untuk menjadikan setiap perbuatan ibadah lain (termasuk tradisi setempat) agar tidak terkeluar dari lingkungan Islam dengan menyuruh kaum muslimin mengikut peraturan mereka itu. Mereka mengharamkan rokok secara keras sekali sehingga orang awam di kalangan mereka beranggapan bahawa perokok adalah seperti orang musyrik. Mereka (Wahabiyyah) menyerupai kaum Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar.

2. Pada awalnya mereka (Wahabiyyah) turut mengharamkan kopi dan benda yang mempunyai persamaan dengannya ke atas diri mereka, tetapi mereka menghalalkan semula selepas itu.

3. Sesungguhnya Wahabiyyah merasakan tidak cukup dengan dakwah semata-mata, bahkan mereka sanggup mengangkat pedang (menggunakan kekuatan senjata) untuk memerangi para penentang mereka dengan dakwaan bahawa mereka memerangi bidaah iaitu perkara mungkar yang wajib diperangi. (Atas dasar ini) mereka berpendapat bahawa wajib berpegang dengan amar ma’aruf dan nahi mungkar, seperti mana dalam firman Allah SWT (di dalam surah ali-Imran, ayat 110).
Ketika konflik dan peperangan pemikiran Wahabiyyah meletus di bawah pimpinan Muhammad bin Saud, datuk kepada keluarga Saudiyyah yang berkuasa di tanah arab iaitu besan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab dan juga pengikut mazhabnya, dia (Muhammad bin Saud) mendukung (mazhab Wahabiyyah) dengan kekuatan pedang. Ia mendakwa sesungguhnya perbuatan itu (memerangi kaum muslimin) adalah untuk menegakkan al-Sunnah dan memusnahkan bidaah. Kemungkinan dakwah keagamaan mereka yang menggunakan kekerasan itu adalah satu pemberontakan ke atas pemerintahan al-Uthmaniyyah. Dakwah seperti ini terus berjalan dengan sokongan kekuatan senjata. (Melihat perkembangan Wahabiyyah ini) maka pemerintahan al-Uthmaniyyah menghadapi mereka dengan kekuatan senjata juga, tetapi tidak dapat mengalahkan dan menghilangkan kekuatan mereka, sehinggalah Gabenor Mesir iaitu Muhammad Ali turun dengan tenteranya yang kuat untuk menghadapi mereka dan berjaya menghancurkan kekuatan kaum Wahabi setelah beberapa kali bertempur. Maka kekuatan mereka (Wahabiyyah) tinggal beberapa kabilah sahaja pada ketika itu. Adapun dakwah mereka di markas Riyad terus berlangsung dengan kekerasan.

4. Sesungguhnya setiap tempat yang mereka duduki jika terdapat kuburan atau binaan maka mereka akan menghancurkan dan memusnahkannya sehingga sebahagian penulis dari Eropah mengatakan mereka sebagai penghancur tempat-tempat ibadah. Walaubagaimanapun, dakwaan mereka (penulis Eropah) agak keterlaluan kerana kubur bukanlah tempat ibadah. Tetapi mereka (Wahabiyyah) turut menghancurkan masjid yang terdapat kubur padanya dengan mengambil hadith tentang larangan Nabi SAW ke atas perbuatan Bani Israil ketika mana mereka menjadikan sebilangan kubur sebagai masjid.

5. (Kekerasan Wahabiyyah) tidak berhenti setakat itu sahaja kerana mereka terus mendatangi kubur-kubur lain dan menghancurkannya. Ketika mana mereka memiliki kembali kekuasaan di negara al-Hijaziyyah, mereka turut menghancurkan semua kubur para sahabat dan meratakannya dengan tanah. (Kubur para sahabat) tidak lagi kelihatan pada waktu ini melainkan tanda-tanda bagi menunjukkan tempat kubur tersebut. Mereka hanya membenarkan menziarahinya sahaja dengan memberi salam kepada penghuni kubur itu dengan berkata “assalamualaik”.

6. Sesungguhnya mereka (Wahabiyyah) menghalang perkara-perkara kecil yang tiada padanya penyembahan dan tidak pula membawa kepada keberhalaan dengan menyatakan ketidaksetujuan mereka, seperti mengambil gambar fotografi. Kita boleh temui dalam pelbagai fatwa mereka dan risalah-risalah yang ditulis oleh ulama mereka. Namun para penguasa mereka (pemerintah negara Wahabi) tidak memperdulikan kata-kata tersebut dan mereka mempamerkan (gambar dan lukisan) pada dinding.

7. Sesungguhnya mereka memperluaskan makna bidaah dengan perluasan yang ganjil sehingga mereka beranggapan bahawa memasang kain pada Raudhah yang mulia adalah perkara bidaah. Mereka menghalang menukar kain yang baru ke atasnya (Raudhah) sehingga kain itu menjadi jijik dipandangan mata. Jika tiada nur yang memancar dalam diri sesiapa yang menziarahi Nabi SAW atau merasakan dia bukan di tempat turunnya wahyu ke atas penghulu para rasul SAW (pasti mereka merasa jijik dengan kain tersebut).
Terdapat sebilangan dari mereka (Wahabiyyah) beranggapan seseorang muslim yang mengucapkan kalimah sayyidina Muhammad adalah bidaah yang tidak harus (dilarang), mereka (Wahabiyyah) benar-benar sangat melampaui batas. Pada jalan dakwah pula, mereka sangat keras dalam percakapan sehingga kebanyakkan manusia benci dan enggan bersama mereka.

8. Pada hakikatnya Wahabi telah malaksanakan pandangan Ibn Taimiyyah dan sangat keras dalam pandangannya. Apa yang kami nyatakan tentang pendapat Ibn Taimiyyah ketika menyebut mazhab yang menisbahkan diri mereka sebagai Salaf maka mereka (Wahabiyyah) terima. Tetapi mereka memperluaskan lagi pengertian bidaah dan memandang perkara yang tiada hubungan dengan ibadah juga adalah bidaah. (Adapun bidaah adalah perkara) untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan ia tiada asal dalam agama. Maka memasang kain di Raudhah yang mulia, contohnya, tidak ada seseorang pun yang berkata ia merupakan ibadah dengan pelbagai bentuknya. Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanya untuk menghiasinya supaya tertarik melihatnya. Seperti mana hiasan di Masjid Nabawi. Sungguh pelik (Wahabiyyah) kerana mereka mengingkari kain (Raudhah) tetapi tidak mengingkari (menghiasi) Masjid Nabawi, kerana kedua-dua perkara ini berada dalam posisi yang sama.

Mesti diketahui sesungguhnya ulama Wahabiyyah berkeyakinan bahawa pendapat mereka sahaja yang betul dan tidak mungkin salah, sedangkan pendapat selain mereka adalah salah dan tidak mungkin betul. Bahkan sesungguhnya mereka beranggapan membangunkan kubur dan sekitarnya adalah seperti membangunkan kuil dan berhala. Mereka memerangi Khawarij yang mengkafirkan penentang mereka dan memeranginya, seperti mana yang telah kami sebutkan. Keadaan ini tidak mendatangkan bahaya (pada ketika itu) kerana mereka tinggal di padang pasir, tetapi keadaan ini menjadi bahaya setelah mereka bergabung dengan orang lain ketika pemerintahan negara al-Hijaziyyah kembali kepada keluarga Saud. Raja Abd Aziz dari keluarga Saud menetapkan pendapat mereka (Wahabiyyah) untuk kegunaan diri mereka sendiri sahaja dan bukan untuk orang lain. Dia (Raja Abd Aziz) terus berjalan dan melangkah (tidak mengikut pandangan Wahabiyyah) sehingga ia memasang kain baru untuk Raudhah menggantikan kain yang buruk itu. Tetapi ditangguhkan sementara pemasangan kain baru itu sehingga Masjid Nabawi selesai dibaiki. Dia meninggal dunia sebelum sempat melaksanakannya dan berharap pengganti beliau dapat melaksanakan apa yang dia inginkan itu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment