Pages

Saturday, 10 September 2011

sabar dan tabah



Apa yang lebih tepat adalah untuk menghargai mereka bila-bila masa pun .. semasa mereka masih ada kita kenalah menghargai mereka sesuai dengan keberadaaan mereka .. semasa mereka telah tiada kita kenalah pula menghargai mereka sesuai dengan ketiadaan mereka!

Ibu bapa paklong dua-dua sudah tiada .. paklong hanya dapat mengenang mereka .. baca Al-Fatihah, Surah Al-Iklas dan surah Yassin hadiah kat mereka .. berbuat baik dengan sahabat-sahabat mereka .. bersedekah atas nama mereka .. mengenang mereka dengan ingatan yang penuh kasih sayang dan penghargaan .. mencontohi dan melanjutkan amalan-amalan kebaikan yang mereka lakukan semasa hayat mereka!

So .. you all yang masih ada Ibu Bapa .. ada tak pelok cium mereka?
Usah malu .. pelok mereka .. cium mereka .. tak kan lah baru nak pelok baru nak cium apabila mereka telah menjadi mayat .. it's too late already you know! Masa hidup inilah kita kena berkongsi hubungan kasih mengasihi sayang menyayangi hormat menghormati dan saling menghargai satu sama lain!

Mana-mana yang ada masalah dengan Ibu Bapa .. cepat solve-kan .. sekali pun kita rasa mereka telah gagal dalam tugas dan tanggungjawab mereka sebagai orang tua .. itu tidak menjadi sebab untuk kita tidak meletakkan diri kita supaya berjaya melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang anak yang baik dan soleh!

... Alhamdulillah .. Hari Raya ini paklong lebih cool berbanding dengan Hari Raya yang lepas-lepas .. tak lah sedih sangat .. Allah SWT telah menjadikan perjalanan masa sebagai ubat yang melegakan duka perpisahan!

No comments:

Post a Comment