Pages

Monday, 12 September 2011

wtc -mangsa

Terdapat sejumlah 2,996 kehilangan nyawa, termasuk 19 perampas dan 2,977 mangsa.[36] Taburan korban adalah seperti berikut: 246 orang di keempat-empat pesawat (daripada mana tiada yang terselamat), 2,606 orang di Bandar Raya New York, di dalam menara berkembar dan atas tanah, dan 125 orang di bangunan Pentagon.[37][38] Kesemua mangsa korban dalam kejadian ini adalah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh dalam serangan di Pentagon.[39]


Lebih 90 buah negara kehilangan warga dalam serangan ke atas World Trade Center.[40] Pada tahun 2007, pejabat pemeriksa perubatan Bandar Raya New York menambahkan Felicia Dunn-Jones ke dalam jumlah kematian serangan 11 September. Dunn-Jones meninggal dunia lima bulan selepas 9/11 akibat penyakit paru-paru yang berkaitan dengan keterdedahan kepada habuk ketika runtuhnya World Trade Center.[41] Leon Heyward yang mati akibat limfoma pada tahun 2008, ditambahkan dalam jumlah kematian pada tahun 2009.[42]

Kematian (tidak termasuk perampas)
Bandar Raya
New York
World Trade Center2,606[37][43]
American 1187[44]
United 17560[45]
ArlingtonPentagon125[46]
American 7759[47]
ShanksvilleUnited 9340[48]
Jumlah2,977
NIST menganggarkan seramai 17,400 orang awam berada di dalam World Trade Center sewaktu kejadian, sementara kiraan lawang putar daripada Lembaga Pelabuhan menyatakan bahawa 14,154 orang kekal dalam Menara Berkembar pada 8:45 pagi.[49][50]

Majoriti besar orang di bawah zon hempasan selamat mengosongkan bangunan, bersama 18 orang yang berada dalam zon hempasan di menara selatan, dan sebilangan kecil lagi di atas zon hempasan yang memanfaatkan satu-satunya ruang tangga yang masih elok dalam menara selatan.[51] Sekurang-kurangnya 1,366 orang terkorban berada di dalam atau atas aras terhempas di Menara Utara dan sekurang-kurangnya 618 orang di Menara Selatan, di mana usaha pengosongan telah bermula sebelum hempasan kedua.[52] Maka, lebih 90% pekerja dan pelawat yang terkorban di Menara Berkembar ini berada searas atau di atas kawasan hempasan.

Menurut Laporan Suruhanjaya, ratusan mangsa korban dibunuh serta-merta dalam hempasan, manakala yang selebihnya terperangkap dan mati selepas menara runtuh.[53] Sekurang-kurangnya 200 orang melompat sampai mati dari menara yang terbakar (seperti yang digambarkan dalam foto "The Falling Man"), menjunam beratus-ratus kaki tingginya hingga terhempap di jalan-jalanan dan bumbung-bumbung bangunan berdekatan.[54]

Sesetengah penghuni menara di atas zon hempasan bergegas ke aras bumbung dengan harapan diselamatkan oleh helikopter, tetapi pintu masuk bumbung dikunci. Tiadanya pelan yang wujud untuk penyelamatan dengan helikopter, dan pada 11 September, asap yang berkepul-kepul dan haba yang melampau menghalang usaha menyelamat oleh helikopter.[55]

Sejumlah 411 pekerja kecemasan yang bergerak balas kepada kejadian terkorban ketika cuba menyelamatkan orang serta memadamkan api. Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) keguguran 341 orang ahli bomba dan 2 orang paramedik.[56] Jabatan Polis Bandar Raya New York pula kehilangan 23 orang anggota.[57] Jabatan Polis Lembaga Pelabuhan kehilangan 37 orang pegawai,[58] dan 8 lagi EMT dan paramedik daripada perkhidmatan perubatan kecemasan swasta turut terkorban.[59][60]

Selain New York, negeri New Jersey juga paling teruk terjejas, dengan bandaraya Hoboken yang mengalami kematian teramai.[61]

Beberapa minggu selepas kejadian, bilangan korban dianggarkan melebihi 6,000,[62] tetapi rupanya ini lebih dua kali bilangan yang disahkan mati. Pihak bandaraya hanya mampu mengenal pasti identiti mayat untuk kira-kira 1,600 mangsa di World Trade Center. Pejabat pemeriksa perubatan juga mengumpul "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak terkenal pasti yang tidak dapat dipadankan dengan senarai mangsa korban".[63] Cebisan tulang masih ditemui pada tahun 2006, apabila para pekerja bersedia untuk merobohkan Bangunan Deutsche Bank yang rosak teruk.

Operasi tersebut siap pada tahun 2007. Pada 2 April 2010, sepasukan pakar antropologi dan arkeologi mula mencari tinggalan manusia, artifak manusia dan barang-barang milik peribadi di Kambus Tanah Fresh Kills di Staten Island.

Operasi itu siap pada Jun 2010 dengan penemuan 72 tinggalan manusia, maka jumlah mayat manusia yang dijumpai meningkat kepada 1,845. Identiti 1,629 mangsa serangan di World Trade Center telah dikenal pasti. Pemprofilan DNA dalam cubaan mengenal pasti mangsa tambahan sedang dijalankan.[64]


Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:49, 12 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment