Pages

Tuesday 4 September 2012

pentadbir dan keutamaan pengurusan





Wasi atau Pentadbir (juga di kenali sebagai Executer) ialah yang dilantik oleh penulis wasiat untuk melaksanakan arahan dalam wasiat selepas kematiannya. Wasi boleh terdiri dari individu atau organisasi pentadbiran harta pusaka seperti Amanah Raya Bhd. Mereka mestilah bersikap amanah dan berintergriti tinggi dan boleh dipercayai oleh pewasiat. Pelantikan wasi sangat penting dan mestilah dari pihak yang berpengalaman dan profesional seperti ARB. Dalam sesetengah kes seperti jika aset kasar pewasiat bernilai melebihi RM600,000 , maka pihak wasi disyaratkan oleh pihak makamah supaya menyediakan 2 pemegang Bon yang sama nilai dengan aset kasar simati (RM600,000 X 2 orang). Ini amat membebankan wasi/executer untuk mendapatkan 2 Bon jaminan dari 2 individu. Bon jaminan ini sebagai jaminan yang executer tidak melakukan penyelewangan ke atas harta simati. Oleh yang demikian melantik wasi kepada individu sangat tidak digalakan. Adalah lebih digalakan penulis wasiat melantik pihak organisasi sebagai wasi seperti Amanah Raya Bhd. Ini kerana mereka sudah berpengalaman dan sangat profesional. Kami di buatwasiat.com memang menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan penyediaan wasiat dengan pihak ARB.

Benefisiari (beneficiary) ialah pihak yang akan mendapat manafaat dari arahan pembahagian harta anda. Ia boleh terdiri dari kalangan waris atau bukan waris anda. Bukan waris seperti anak angkat, badan amal/kebajikan dan lain-lain. 

Waris ialah orang yang mempunyai hubungan pertalian darah dengan penulis wasiat seperti isteri, anak-anak, kedua ibubapa dan mereka2 yang mendapat manafaat menurut hukum faraid.

Keutamaan pentadbiran harta pusaka

1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
2. Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama
3. Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia
4. Pembahagian Harta Sepencarian
5. Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti badan amal makisma 1/3 dari harta anda)
6. Pembahagian Kepada Waris

Pembahagian kepada waris anda akan dilakukan selepas 5 perkara di atas diselesaikan terlebih dahulu. Ini kerana menurut wasiat islam hutang tidak akan langsai sekalipun anda sudah meninggal dunia. Menyelesaikan hutang dengan Allah dan manusia menjadi keutamaan pentadbiran wasiat.  


sumber dari: buatwasiat.com

No comments:

Post a Comment