Pages

Tuesday 4 September 2012

wasiat dan syarat sah






Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah pula maksudnya pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia. Mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati. Islam amat menggalakkan umatnya supaya berwasiat dalam merancang harta. Namun demikian wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga harta sahaja.

Wasiat dan hibah

Wasiat merupakan satu dokumen undang-undang tertentu mengenai bagaimana anda mengagihkan harta benda dan segala hak-hak anda seperti anak-anak selepas kematian anda. Ia juga merupakan satu amanat terakhir anda kepada pewaris anda yang masih hidup mengenai harapan anda kepada mereka.

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.
(Sumber rujukan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
Apakah syarat asas sah wasiat ?

Menurut Wills Act 1959 secara umum sebagai berikut;

a) Harus secara bertulis;
b) Pewaris harus menandatangani kehendak yang dinyatakan diakhir dokumen;
c) Harus ada paling sedikit dua atau lebih saksi hadir pada masa yang sama untuk menyaksikan dan membuktikan tanda tangan dari pewaris tersebut.

Penerima (beneficiary) pewasiat tidak boleh menjadi saksi, jika saksi merupakan penerima manafaat (benefeciary) waris, bahagian miliknya akan
terbatal.
d) Pewaris harus waras fikiran dan tidak di bawah pengaruh yang tidak semestinya selama pelaksanaan wasiat (will)

e) Pewaris bukan di bawah umur yang layak membuat wasiat iaitu 18 tahun ke atas



sumber dari: buatwasiat.com

No comments:

Post a Comment