Pages

Tuesday 4 September 2012

peranan wasiat dan perlaksanaan






Antara peranan wasiat ialah

1. Memudahkan urusan pengagihan harta kepada waris yang berhak
2. Mengarahkan wasi/pentadbir mengagihkan harta dan hak-hak anda menurut kemahuan anda
3. Mempercepatkan proses pengagihan harta anda kepada 3-6 bulan berbanding antaar 2-10 tahun tanpa wasiat
4. Membolehka wasi/pentadbir menyelesaikan hutang anda.
5. Mengelakan atau mengurangkan kemungkinan pertelengkahan antara waris
6. Meringankan beban waris anda selepas kematian anda
7. Mengelakkan harta anda dibekukan dalam tempoh masa yang lama


Bahagian Penting dokumen wasiat

  1. Nasihat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami , anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
  2. Nama isteri/suami, anak-anak dan ahli waris.
  3. Pengagihan harta dan hutang yang dimiliki semasa hidup.
  4. Arahan untuk melunaskan segala hutang
  5. Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau tujuan kebajikan.
  6. Pelantikan Wasi/Pentadbir, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur.
  7. Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.
  8. Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen Wasiat selepas kematian Pewasiat.
Pelaksanaan Wasiat

Sebagai Wasi, AmanahRaya akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian harta pusaka berwasiat dengan cepat dan profesional.
Fi perkhidmatan pelaksanaan wasiat adalah bergantung kepada fi perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka. Kadar fi perkhidmatan harta pusaka adalah tertakluk kepada kadar fi semasa.


  • 4.00% ke atas RM 25 000 yang pertama dari nilai harta kasar anda.
  • 3.00% ke atas RM225 000 yang berikutnya dari nilai harta kasar anda
  • 2.00% ke atas RM250 000 yang berikutnya dari nilai harta kasar anda
  • 1.00% ke atas RM500 000 yang berikutnya dari nilai harta kasar anda
  • 0.50% ke atas baki selebihnya dari nilai harta kasar anda

Tanggungjawab AmanahRaya sebagai Wasi
  • Memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi
  • Mengenalpasti harta dan hutang simati
  • Melunaskan hutang dan memastikan cukai dibayar serta pemulangan cukai difailkan dengan teratur
  • Membahagikan harta mengikut arahan yang diberikan dalam Wasiat (bagi yang bukan beragama Islam)
  • Membahagikan harta mengikut Hukum Faraid kepada waris yang berhak dan benefisiari yang telah ditentukan oleh simati dalam dokumen Wasiat (bagi yang beragama Islam).


sumber dari: buatwasiat.com

No comments:

Post a Comment