Pages

Thursday 6 September 2012

waris yang layak






Hari ini saya nak berkongsi senarai ahli waris yang layak menerima harta pusaka seperti yang tertera pada laman web mais.net.my

Senarai Waris Yang Layak Menerima Harta Pusaka

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki seperti berikut:

1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki dari seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
8. Anak saudara lelaki sebapa
9. Bapa saudara seibu sebapa
10. Bapa saudara sebapa
11. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara sebapa
13. Suami
14. Hamba sahaja

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:

1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka ialah:

1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaja

Jika kesemua ahli waris di atas wujud, hanya 5 orang yang layak iaitu:

1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris yang berikut:

1. Bapa
2. Ibu
3. Anak lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami / Isteri

Info ini bukan keperluan kepada saya sahaja tetapi kepada semua kita. Anda mungkin anak kepada seseorang, bapa saudara kepada seseorang atau abang/adik kepada seseorang.

Jangan beranggapan keluarga tidak berharta kerana harta meliputi tanah, bangunan, barang kemas ( emas dan perak ), takaful/insurans dan wang tunai dan akhirnya binatang ternakan. Kambing dan lembu itu juga harta yang boleh difaraidkan.

Hubungan keluarga bukan sahaja ibu, bapa dan anak-anak tetapi diri kita sebagai individu kepada orang lain atas status sebagai bapa/ibu saudara, sepupu , cucu , nenak saudara sebapa dan lain-lain.



sumber dari: mais.net.my

No comments:

Post a Comment