Pages

Sunday 2 September 2012

sakit kepala migrain





Di antara sakit kepala yang biasa di kalangan kita ialah sakit kepala disebabkan migrain dan sakit kepala disebabkan sinus. Adakah kedua-duanya sama atau berbeza?

Sebenarnya banyak persamaan simptom asas di antara kedua-dua jenis sakit kepala ini, namun terdapat juga simptom khusus bagi mengenalpasti jenis sakit kepala tersebut. Mengetahui jenis sakit kepala yang betul adalah penting kerana ia berkait rapat jenis rawatan dan ubat yang harus diberikan.

Di antara simptom sama yang dikongsi oleh kedua-dua jenis sakit kepala ini ialah sakit kepala terutamanya di dahi yang disertai dengan gatal mata atau mata berair dan sakit ini dikaitkan dengan pergerakan.

Bagi sakit kepala migrain ditambah dengan simptom khusus iaitu rasa loya atau muntah, sensitif kepada bunyi atau cahaya, dan sakit kepala berdenyut yang teruk di sebelah kepala sahaja.



Sakit kepala sinus selalunya disebabkan oleh infeksi dan radang (bengkak) di laluan hidung dalam (nasal) yang biasanya menunjukkan simptom hidung tersumbat (sesak) di samping terasa sakit dan tekanan ke atas dahi dan di belakang tulang pipi.



Oleh kerana penyebab sakit kepala berbeza, maka rawatan dan ubat untuk mengurangkan sakitnya juga berbeza. Bagi sakit kepala migrain, yang penting ialah menghentikan atau mengurangkan rasa sakit dengan makan ubat (contoh triptans) dan hindari penyebab kepada migrain tersebut.
Bagi sakit kepala sinus, ubat diperlukan bagi mengurangkan hidung tersumbat dengan cara melegakan laluan nasal di samping ubat penahan sakit atau antibiotik (nasal steroids).



sumber dari: sitik.wordpress.com

No comments:

Post a Comment