Pages

Sunday 2 September 2012

lapisan lilin di kulit epal



Hampir semua epal yang dibeli dari pasar/pasaraya mempunyai lapisan nipis lilin sebagai bahan pengawet bagi melindungi dan menjaga kesegaran dan kerangupan buah epal, menjaga kualiti buah epal supaya tidak mudah rosak oleh bakteria di samping memperlahankan proses buah menjadi terlalu ranum kerana selalunya buah epal dieksport oleh negara pengeluar ke negara-negara lain di serata dunia yang sudah tentu pengangkutannya mengambil masa yang lama.

Kebiasaannya, buah epal dibalut dengan lapisan nipis lilin ini sebelum dipakej. Buah-buah ini dibasuh dengan menyental permukaan buah supaya kotoran dan sisa bahan kimia yang melekat dapat ditanggalkan. Sentalan ini menyebabkan lilin semulajadi yang memang ada di permukaan buah epal ini berkurangan sebanyak 50%. Inilah sebab utama lapisan lilin dibalut (cara celupan atau semburan) pada kulit epal.


Lapisan nipis lilin pada kulit epal yang dikikis.

Persoalannya, adakah lapisan lilin pada kulit epal ini berbahaya kepada kesihatan kita sebagai pengguna?

Kebiasaannya, lilin yang digunakan ialah jenis lilin sayuran (vegetable wax), iaitu lilin canauba atau shellac. Lilin ini dianggap selamat untuk dimakan bersama buah. Namun begitu, apa yang ditakuti ialah kalau ada pengeluar/pengeksport buah epal yang kurang bertanggung-jawab yang menggunakan lilin berasaskan petroelum, seperti paraffin, yang bahaya kepada kesihatan. Pihak berkuasa perlu prihatin tentang perkara ini supaya tidak membenarkan epal import yang menggunakan lapisan lilin berasaskan petroleum.

Walau apapun, jangan makan epal terus dari pasar tanpa membersihkan kulitnya terlebih dahulu. Jika hendak selamat tanpa ragu-ragu, eloklah buang terus kulit epal sebelum memakannya. Jika hendak makan kulit epal, buahnya hendaklah dibasuh dengan bersih. 

Kulit epal boleh dibersihkan dengan dua cara:

1. Bersihkan kulit epal dengan air suam kerana air suam dapat membuang lapisan lilin ini, selain membuang kotoran dan sisa bahan kimia di kulit epal.

2. Sebelum dibasuh, dengan menggunakan kertas tisu, bersihkan kulit epal dengan sedikit cuka makan (asid asetik) kerana cuka makan ini juga dapat menanggalkan lapisan nipis lilin ini.



sumber dari: sitik.wordpress.com

No comments:

Post a Comment