Pages

Saturday 1 March 2014

diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4






Pembinaan KLCC ataupun dipanggil juga Menara Berkembar Petronas telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad yang juga merupakan Perdana Menteri pada waktu tersebut. Ianya terletak ditengah kota Kuala Lumpur yang merupakan tapak lumba kuda.  Konsep reka bentuk menara KLCC merupakan cetusan sendiri Tun Dr. Mahathir di mana beliau mahu menerapkan unsure-unsur islam dalam pembinaan tersebut. Bagi mencapai matlamat tersebut KLCC telah direka khas oleh Cesar Pell, seorang arkitek dari Argentina. Antara tujuan utama projek mega ini ialah memaju Negara menuju kearah negara maju 2020 dan memperkenal Malaysia ke seluruh dunia.
Pembinaan KLCC mula dijalankan pada tahun 1993 dan siap sepenuhnye pada tahun 1998.  Menara KLCC merupakan menara berkembar yang setiap satu menara terdiri dari 88 tingkat. Menara ini juga mempunyai jambatan tergantung bagi menghubungkan kedua menara yang mana jambatan tersebut merupakan jambatan tergantung diudara yang pertama di dunia. Dua  kontraktor telah dilantik bagi melaksanakan projek ini iaitu Bob Pratt bagi menara 1 dan jon Du Dunsford bagi menara 2. Ini dibuat kerana Perdana Menteri mahu mewujudkan persaingan yang mana boleh mempercepatkan pembinaan KLCC.

Dalam pembinaan KLCC ini terdapat banyak halangan yang telah berlaku seperti hujan lebat yang tidak dapat diramalkan serta masalah paling besar yang dihadapi dimana struktur tapak tanah yang merupakan tanah kapur yang dicadangkan adalah tidak stabil untuk menampung berat bangunan. Oleh hal demikian tapak KLCC telah dianjak 60 meter dan menggunakan cerucuk besar yang ditanam sehingga 120 meter ke dalam kerak bumi untuk membuat batuan dasar diatasnya seperti memaku bangunan ke tanah. Selain itu dalam menyiapkan kerja-kerja pembiaan KLCC, proses pembinaan telah dilaksanakan 24 jam sehari tanpa henti, dimana setiap tingkat disiapkan dalam masa 4-8 hari.  Proses pembinaan menara 1 yang diketuai oleh Bob Prat telah bermula 30 hari lebih awal dari menara 2 tetapi disebabkan oleh kesilapan strukur pembinaan ditingkat 70 di menara 1, menara 2 diketuai Jon Dunsford telah siap seminggu lebih awal.

Selain dari dua kontaktor ini,nama-nama lain yang memainkan peranan penting dalam pembinaan KLCC ialah Krish Krisnaswami yang bertidak sebagai jurutera bagi memastikan spesifikasi konkrit yang digunakan adalah betul, Charlie Thornton sebagai jurutera struktur pembinaan dan Charlie Chellah sebagai ketua logistic serta Wong ChinFung sebagai ketua pemasangan lantai.

Projek yang bernilai lebih dari 200 billion USD ini telah menjadi mercu tanda kebangkitan Malaysia dalam bersaing dengan Negara-negara maju seperti Amerika dan juga Eropah.



sumber dari: akubudakkelantan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment